Berita gembira buat peminat K-Pop tempatan apabila MONSTA X secara rasmi mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia menerusi konsert jelajah dunia ‘The X: Nexus’ yang akan berlangsung beberapa bulan lagi sekaligus menambah senarai konsert besar K-Pop yang bakal diadakan di Kuala Lumpur tahun ini.
Menerusi perkongsian menerusi aplikasi X rasmi kumpulan itu, Kuala Lumpur tersenarai sebagai salah satu hentian tambahan bagi jelajah The X: Nexus, selepas kumpulan tersebut terlebih dahulu mengumumkan persembahan di beberapa bandar antarabangsa termasuk Bangkok, Jakarta dan Taipei. Selain Malaysia, Hong Kong dan Macau turut diumumkan sebagai destinasi baru jelajah berkenaan.
Konsert MONSTA X di Malaysia dijadualkan berlangsung pada 28 Mac ini, Sabtu, bertempat di Mega Star Arena. Pemilihan tarikh dan lokasi ini dijangka menarik kehadiran ribuan peminat memandangkan sambutan luar biasa yang sering diterima kumpulan tersebut setiap kali mengadakan persembahan di rantau Asia.
Ads
Untuk pengetahuan, konsert ini dianjurkan oleh MXE Entertainment dengan kerjasama T-Rex Studio. Setakat ini, maklumat lanjut berhubung penjualan tiket termasuk harga dan pelan tempat duduk masih belum didedahkan. Namun, peminat dinasihatkan untuk bersedia dan menantikan pengumuman rasmi daripada pihak penganjur dalam masa terdekat.
Lebih menarik, kehadiran MONSTA X yang dianggotai oleh Shownu, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney, dan I.M ke Kuala Lumpur kali ini amat dinanti-nantikan kerana ia menandakan kepulangan semula kumpulan tersebut ke Malaysia selepas hampir tujuh tahun. Kali terakhir MONSTA X bertemu peminat tempatan adalah menerusi konsert jelajah ‘We Are Here’ yang berlangsung pada tahun 2019.
Ads
Ads
Sepanjang perjalanan kerjaya mereka, MONSTA X dikenali sebagai antara kumpulan K-Pop yang memiliki identiti muzik tersendiri serta persembahan pentas yang penuh bertenaga. Jelajah dunia ‘The X: Nexus’ juga dilihat sebagai platform penting buat kumpulan ini untuk terus mengukuhkan pengaruh mereka di peringkat antarabangsa.
Di samping itu, para peminat terutamanya Monbebe disarankan untuk terus mengikuti perkembangan terkini menerusi akaun media sosial rasmi MXE Entertainment dan T-Rex Studio bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai konsert MONSTA X ‘The X: Nexus’ di Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi penonton Malaysia yang mengikuti program hiburan terkenal Amerika Syarikat, RuPaul’s Drag Race musim terbaharu ini, pasti ada yang menarik perhatian anda.
Sekadar pengetahuan pembaca REMAJA, drag queen adalah suatu istilah yang merujuk kepada segolongan orang kebiasaannya lelaki yang berpakaian dan bersolekan menampakkan ciri keperempuanan (drag) serta berperwatakan seperti kaum tersebut secara berlebihan untuk tujuan hiburan.
Baru-baru ini, peserta rancangan yang menghimpunkan ratu drag terbaik itu telah mencuri perhatian warganet apabila ada seorang peserta menggunakan nama ‘Malaysia’ menyertai program musim ke-15 itu.
Seorang lelaki berpenampilan wanita (drag queen) bernama Malaysia Babydoll Foxx bersaiz gempal dan merupakan orang kulit hitam berasal dari Miami, Florida, Amerika Syarikat itu menyifatkan, Malaysia merupakan satu nama yang indah.
Oleh hal demikian, dia memilih nama tersebut sebagai nama pentas atau ratu drag bertanding dalam program hiburan berkenaan.
“Saya dapat nama Malaysia Babydoll Foxx daripada ibu saya yang memiliki sebuah pusat asuhan harian kanak-kanak.
“Ada seorang kanak-kanak yang menghadiri pusat asuhan tersebut dan namanya ialah Malaysia. Saya fikir itu adalah nama yang paling indah.
“Tengok saya, saya indah (cantik). Saya layak menggunakan nama itu, bukan?,” katanya dalam sebuah muat naik video di YouTube.
Sekadar informasi, RuPaul’s Drag Race merupakan sebuah program hiburan popular yang menghimpunkan drag queen terbaik bagi merebut hadiah lumayan berjumlah AS$ 100,000 (RM 442,000).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, penyanyi dan pelakon kesayangan ramai, Ayda Jebat meraih perhatian apabila berkongsi perkembangan terkini beliau selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah mild slipped disc.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ayda atau nama sebenarnya Nurul Suhada Jebat (33) memaklumkan bahawa dirinya kini sedang berehat dan menerima rawatan di wad.
“Assalamualaikum! Baru tahu ada mild slipped disc. Okay, saya rehat dulu daripada buat aktiviti lasak…janji! (Nurse dan staf dekat sini kalau boleh nak pagar bilik ini sebab pesakit asyik ‘kabur’ ke sana ke sini),” seloroh Ayda.
Walaupun kini dalam keadaan kurang sihat, pelantun lagu ‘Memerang’ itu tersentuh dengan keprihatinan para peminat dan kenalan yang tidak henti-henti bertanya khabar serta menitipkan doa buat dirinya.
“Terima kasih semua yang mendoakan, yang DM, WhatsApp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang,” katanya dengan penuh rasa syukur.
Dalam pada itu, melalui perkongsian sama, isteri kepada personaliti televisyen, Nabil Mahir itu turut meminta nasihat daripada mereka yang pernah mengalami masalah posterior disc agar dapat pulih dengan lebih cepat.
Kredit: Instagram Ayda Jebat
“Teruskan doa biar cepat sihat! Buat yang pernah ada posterior disc, share tips nak cepat baik please… Salam Ramadan juga buat semua,” tambahnya.
Sementara itu, di ruangan komen, ramai peminat serta rakan-rakan artis turut membanjiri dengan ucapan semangat dan doa agar penyanyi yang popular melalui lagu Pencuri Hati itu segera sembuh dan dapat kembali aktif seperti sedia kala.
Kami di REMAJA juga turut mendoakan agar kesihatan Ayda kembali pulih seperti sebelum ini, aameen!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah namanya Nur Fazura, pakailah baju apa, mekap dan dandanan rambut bagaimana sekalipun, hasilnya tetap gorgeous juga.
Petang tadi telah berlangsungnya persandingan kali ketiga untuk Fazura dan Fattah Amin. Kali ini, mereka meraikan penyatuan ini bersama para peminat pula selepas majlis resepsi sebelum ini diadakan khas untuk keluarga, sahabat, rakan media dan selebriti.
Dalam pada semua orang memuji busana songket ber-cape berwarna biru cair daripada Altelia Amani yang disarung Fazura, tak kurang juga yang memuji teknik dandanan rambut dan solekannya.
Clean dan polos, ia bukan hanya sesuai untuk majlis resepsi dan akad nikah. Malah ia juga sesuai untuk everyday look korang.
Fazura mendapatkan khidmat jurumekap Japhet (KF) Bong dan jurudandan CKay Liow.
Untuk bahagian wajah, KF mulakan dengan langkah skin preparation seperti moisturizing cream dan instant mask untuk melembapkan kulit dan menutup liang pori.
Selepas KF siapkan solekan natural untuk Fazura, dia menggunakan bulu mata palsu 3D Silk Lash by BeFaz. Menurutnya, ia tidak sukar pun untuk dipakai – hanya lekat, tekap dan siap!
Bagi dandanan rambut sanggul ke belakang pula, CKay menggunakan produk dari koleksi Schwarzkopf Osis seperti hair wax dan hairspray.
Kesemua rahsia ni sebenarnya bukanlah rahsia sangat pun, semuanya ada dijual di portal online dan kedai farmasi. Cuma tinggal curi masa sedikit dan apply pada muka dan rambut.
Mana tahu, boleh jadi secantik Fazura!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 18, ramai rakan sebaya sedang menjejak kaki ke universiti, tapi Aliff bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyimpan wang demi melanjutkan pelajaran.
Sebagai anak...