
Memang untung dan meriah betul! Tahun 2026 mungkin menjadi antara tahun paling sibuk buat peminat K-Pop di Malaysia kerana Kuala Lumpur sekali lagi dipilih sebagai lokasi hentian jelajah dunia bagi pelbagai artis dan kumpulan popular dari Korea Selatan.
Seperti yang kita tahu, daripada legenda generasi awal K-Pop sehinggalah bintang solo dan kumpulan generasi terbaru, pentas hiburan ibu kota bakal menyaksikan deretan konsert berskala besar. Paling menarik, kehadiran artis-artis ini dijangka menarik ribuan peminat tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun. Dah alang-alang itu, meh Remaja kongsikan beberapa konsert K-Pop yang bakal menghangatkan lagi pentas di Kuala Lumpur untuk tahun ini!

Super Junior: Super Show 10
Super Junior bakal membuka tirai kemeriahan tahun 2026 menerusi Super Show 10 yang dijadualkan berlangsung pada 17 Januari 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Konsert ini menandakan kepulangan kumpulan legenda K-Pop yang popular dengan lagu seperti Sorry, Sorry, Superman, Mamacita dan sebagainya itu bakal membuat persembahan penuh nostalgia buat peminat setia mereka yang digelar E.L.F.

Festival K-SPARK Malaysia 2026
Festival K-SPARK Malaysia 2026 pula akan berlangsung pada 31 Januari 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Acara berskala mega ini menghimpunkan pelbagai artis terkenal termasuk G-DRAGON, Hwasa, DPR IAN dan ITZY, sekaligus dijangka menjadi antara festival K-pop terbesar di Malaysia. Paling menarik, penampilan penyanyi tempatan seperti DOLLA juga turut dinantikan.

TXT ‘ACT : TOMORROW’
Penampilan sulung mereka di negara ini sememangnya menambahkan lagi keterujaan bagi MOA apabila TXT (TOMORROW X TOGETHER) mengesahkan Kuala Lumpur sebagai hentian rasmi jelajah dunia ‘ACT : TOMORROW’ yang akan berlangsung pada 14 Februari 2026, bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kim Se-jeong ‘Tenth Letter Fan Concert’
Seterusnya, ‘girl crush’ kesayangan ramai, Kim Se-jeong akan tampil dengan konsep lebih intim menerusi ‘Tenth Letter Fan Concert’ yang dijadualkan pada 7 Mac 2026 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, sempena ulang tahun ke-10 kerjaya beliau sebagai anak seni.

NCT WISH Live in Malaysia
Sub-unit terbaru dari SM Entertainment, NCT WISH juga bakal mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 6 dan 7 Mac 2026 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, sekaligus mencuri tumpuan peminat NCTzen tempatan.
View this post on Instagram
Chen EXO ‘ARCADIA’ Solo Tour
Penyanyi utama EXO, Chen, akan membawa jelajah solo ‘ARCADIA’ ke Kuala Lumpur pada 29 Mac 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Pasti para peminat tidak sabar dengan konsert ini kerana ia akan memberi fokus kepada kekuatan vokal Chen menerusi lagu-lagu balada dan persembahan solo berskala penuh.

ATEEZ ‘In Your Fantasy World Tour’
Antara yang paling dinantikan ATINY, ATEEZ pula bakal kembali ke Kuala Lumpur menerusi jelajah ‘In Your Fantasy World Tour’ pada 22 Mac 2026, bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, menjanjikan persembahan bertenaga tinggi yang sinonim dengan kumpulan tersebut.

MONSTA X ‘THE X: NEXUS’
MONSTA X juga bakal menggegarkan Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada jelajah dunia mereka ‘THE X: NEXUS’, apabila kumpulan ini mengesahkan konsert mereka akan berlangsung pada 28 Mac 2026 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Hentian ini menandakan kepulangan kumpulan itu ke Malaysia selepas hampir tujuh tahun sejak terakhir mereka tampil di sini pada 2019.

Taeyong NCT – ‘TY TRACK – REMASTERED’
Penyanyi rap atau ketua kepada kumpulan NCT, Taeyong, dijadualkan bakal mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia pada 11 April 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya, selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraan pada Disember tahun lalu.

IVE ‘SHOW WHAT I AM’
Popular menerusi lagu-lagu hit yang mendominasi carta muzik antarabangsa seperti I AM, BADDIE, LOVE DIVE dan After LIKE. IVE turut memasukkan Kuala Lumpur sebagai hentian jelajah dunia mereka pada 4 April 2026, dengan konsert dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Kehadiran kumpulan ini dijangka mendapat sambutan hangat memandangkan populariti mereka yang terus meningkat di peringkat global.

TREASURE ‘Pulse On Tour’
Kali ketiga menjejakkan kaki di Malaysia, TREASURE pula akan kembali menemui peminat Malaysia menerusi konsert ‘Pulse On Tour’ pada 30 Mei 2026, bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, sekaligus menandakan kesinambungan sokongan kuat TEUME tempatan.

BTS World Tour
Akhir sekali, menjadi kemuncak tahun 2026 dijangka tertumpu kepada kepulangan penuh BTS menerusi jelajah dunia, dengan dua malam persembahan dijadualkan pada 12 dan 13 Disember 2026. Lokasi konsert dijangka melibatkan stadium berskala besar di Kuala Lumpur dan akan diumumkan kelak.

Nah! Dengan barisan artis yang pelbagai serta tarikh konsert yang hampir memenuhi kalendar sepanjang tahun, 2026 jelas menandakan era kebangkitan besar industri konsert K-Pop di Malaysia. Kuala Lumpur pula terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi utama hiburan K-Pop di rantau ini, didorong oleh sokongan peminat tempatan yang semakin matang, berpengaruh dan sentiasa bersedia untuk menyokong artis kegemaran mereka.
Agaknya konsert yang mana satu bakal menjadi pilihan? Adakah korang bersedia untuk menjerit bersama ribuan peminat lain?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!












