Malam ‘4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert’ yang bakal dilangsungkan di Plenary Hall KLCC pada 9 Mei 2026 menawarkan tujuh kategori tiket berlainan; setinggi RM6,999 sehingggalah serendah-rendah RM299.
Kategori tiket paling lumayan yang dinamakan sebagai ‘Setiaku Korbankan’ (Super VIP) itu sedikit sebanyak telah mengejutkan peminat setia Fauziah setelah pengumuman berlangsung semalam.
Meninjau respon balas di media sosial, rata-rata merasakan harga tiket Super VIP ini adalah antara yang tertinggi pernah ditawarkan oleh mana-mana penganjur acara konsert di Malaysia.
“Betul-betul ‘Setia Ku Korbankan’ Ni… Korbankan duit!”
“Demam harga…”
“Harga 6,999 tu kalau dapat bawa balik kak Jie sehari okay lah.. #SediakuKorbankan”
Pembeli Tiket Super VIP Akan ‘Enjoy’ Hadiah Istimewa
Begitupun, korang janganlah terkejut kerana selain mendapat tempat duduk terbaik di Plenary Hall KLCC nanti, korang juga akan diberikan kelebihan istimewa yang lain.
Ads
Antaranya, pembeli akan menikmati sesi ‘Meet & Greet’ bersama Fauziah Latiff, mendapat satu set persalinan gaun couture bernilai RM15,000 oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail yang juga merupakan pemilik syarikat penganjur IDEATELIAR serta paling istimewa, hadir ke sesi eksklusif Fine Dining bersama Fauziah Latiff sendiri!
Tiket Super VIP ini bagaimanapun terhad kepada 36 pembeli sahaja setelah penjualan tiket dibuka pada 26 Januari 2026 (Isnin) jam 12 tengah hari.
Selain kategori tiket tersebut, penganjur juga menawarkan tiket bernilai RM1,299 (VIP – Dari Kaki Tangga Ke Menara), RM899 (Teratai Layu Di Tasik Madu), RM699 (Kau Merubah Segalanya), RM599 (Yang Lebih Kau Cinta), RM399 (Apa Sebenarnya) dan RM299 (Enggan).
Sebagai info, ini merupakan julung kalinya penyanyi kesayangan ramai, Fauziah Latiff muncul dengan konsert solo pertamanya sepanjang pembabitan selama 40 tahun dalam industri.
“Saya menerima pelawaan ini kerana IDEATELIER datang dengan niat yang sangat tulus untuk meraikan perjalanan 40 tahun ini dengan cara yang sangat ikhlas dan bermakna.
“Setelah sekian lama saya memilih untuk memperlahankan langkah, saya rasa inilah waktunya untuk kembali menemui peminat dalam sebuah konsert yang benar-benar istimewa,” ujarnya pada sidang media yang berlangsung semalam.
Ads
Sepanjang malam ‘4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert’ nanti, Fauziah yang mesra dengan panggilan Kak Gee akan mengimbau semula lagu-lagu ikonik dan momen behind-the-scenes yang meninggalkan kesan mendalam sejak kemunculannya pada era 80-an hingga ke hari ini.
Ezuwan mewakili IDEATELIER berkata, disebabkan momen ini cukup istimewa buat Fauziah Latiff, mereka ingin memastikan ia berlangsung pada standard tertinggi.
“Kami mahu penonton pulang dengan kepuasan seperti menyaksikan konsert paling bermakna, paling berkualiti dan paling ‘mahal’ dari segi emosi dan pengalaman,” katanya.
REMAJA pasti, ada sahaja peminat yang sanggup berhabisan wang demi menikmati malam konsert solo bersama Fauziah Latiff dengan susunan muzik segar, pentas megah dan membawa pulang pengalaman yang benar-benar memberi makna buat mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang legenda K-Pop, G-Dragon baru-baru ini kembali mencuri perhatian para peminat apabila tindakannya yang mengutamakan kebajikan staf sendiri menjadi bualan hangat dalam industri hiburan. Penyanyi rap yang terkenal dengan pengaruh besar itu sekali lagi membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar populariti, tetapi juga bagaimana beliau menghargai individu di belakang tabir.
Memetik laporan media tempatan Korea Selatan, G-Dragon atau pemilik nama sebenar Kwon Ji-yong (38) secara peribadi telah menyediakan apartmen serta ruang kediaman berasingan untuk pasukan lamanya yang dikenali sebagai ‘Team GD’ sebagai usaha memastikan kestabilan tempat tinggal dan pada masa sama meningkatkan keselesaan persekitaran kerja mereka.
Difahamkan, langkah ini dilihat sebagai satu inisiatif luar kebiasaan dalam industri hiburan, khususnya apabila melibatkan kebajikan staf yang sering berada di belakang tabir. Penyediaan tempat tinggal seperti ini bukan sahaja memberi ketenangan kepada pasukan, malah secara tidak langsung membantu meningkatkan produktiviti kerja mereka.
Dalam perkembangan sama, G-Dragon turut dilaporkan menubuhkan sebuah yayasan berkepentingan awam dikenali sebagai ‘JUSPEACE’ dengan menggunakan dana peribadinya sebanyak 300 juta Korea Won (kira-kira RM806,000). Penubuhan yayasan ini juga mencerminkan kesungguhan beliau dalam membina sistem sokongan yang lebih tersusun.
Menerusi inisiatif tersebut, pelantun lagu ‘POWER’ itu turut berhasrat untuk melindungi hak para trainee (pelatih) selain meningkatkan kebajikan staf dalam industri hiburan yang sering berdepan tekanan kerja yang tinggi. Usaha ini sekaligus memperlihatkan sisi kemanusiaan seorang figura besar dalam dunia K-Pop.
Menariknya, keutamaan terhadap staf tetap menjadi fokus utama G-Dragon walaupun beliau kini sedang merancang fasa baharu dalam kerjayanya selepas meninggalkan agensi lama. Dalam pada itu, pendekatan ini menerima pujian ramai kerana dianggap mempunyai ‘visi jangka panjang’ yang jarang dimiliki oleh selebriti lain.
Untuk rekod, G-Dragon mula mencipta nama sejak debut bersama kumpulan BIGBANG pada tahun 2006 dan kini sedang membuat persiapan untuk ‘comeback’ penuh kumpulan tersebut sempena ulang tahun ke-20 mereka. Tahun lalu, beliau juga berjaya mencuri perhatian menerusi album solo ketiganya berjudul ‘Übermensch’.
Selain itu, beliau turut mengukuhkan pengaruh globalnya apabila mengadakan jelajah dunia di 17 bandar dengan keseluruhan 39 persembahan yang berjaya menarik lebih 820,000 penonton. Sebelum ini, G-Dragon pernah menjadi topik hangat selepas dilaporkan menerima agihan keuntungan sekitar 65 bilion Korea Won, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai antara ikon paling berpengaruh dalam industri hiburan Korea Selatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, nama penyanyi dan anggota kumpulan terkenal BLACKPINK, Lisa hangat dibincangkan di aplikasi X gara-gara lelaki yang digosipkan sebagai kekasihnya, Frédéric Arnault dikatakan memberi sokongan kepada zionis Israel untuk menyerang Palestin.
Menurut sumber, keluarga Frédéric Arnault merupakan penyokong terbesar Israel yang telah menyumbangkan USD 120 juta setiap tahun kepada pasukan tentera Israel untuk berperang di negara Palestin dan Lubnan.
Dalam pada itu, ibu kepada Lisa atau nama sebenar Lalisa Manobal (27) yang lebih dikenali sebagai Mommy Chitthip juga mencetus kemarahan para peminat apabila dia didapati menekan butang ‘like’ di setiap komen positif yang berkaitan dengan Israel di aplikasi Instagram peribadi miliknya.
Hal tersebut telah mengundang beberapa andaian bahawa Lisa dan keluarganya memberikan sokongan terhadap pihak zionis Israel dan cuma menutup mata mengenai keadaan di Palestin pada ketika ini.
Susulan itu, terdapat beberapa peminat yang terkejut dan kecewa atas tindakan sang idola K-pop itu dan ada yang menyarankan supaya lebih ramai peminat lain berhenti untuk mengikuti Lisa BLACKPINK dan keluarganya di mana-mana aplikasi media sosial milik mereka.
Selain itu, ada juga peminat yang mengecam tindakan beberapa pihak terutamanya peminat ‘hardcore’ atau ‘solo stan’ yang seperti membutakan mata dengan tindakan penyanyi lagu ‘Rockstar’ yang mendiamkan diri tetapi sebelum ini mengecam beberapa idola K-Pop lain yang menyokong Israel.
Sehingga hari ini, Lisa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan model popular, Meerqeen turut tidak ketinggalan bagi melaungkan solidariti buat saudara Islam, yang sedang ditimpa ujian berat di bumi Palestin.
Menerusi sebuah coretan panjang lebar di Instastory miliknya, bekas peserta Hero Remaja itu memanjatkan doa kepada saudara sesama Islam di sana.
Selain itu, pelakon naskhah hit Nenek Bongkok Tiga itu juga berharap agar bantuan yang disalurkannya sampai kepada mereka yang memerlukan di sana.
“Semoga semua pemberianku sampai pada semua yang ada di Palestin Ya Allah. Amin Ya Rabb. Itu sahaja yang saya boleh bantu dari jauh. Ya Allah lindungi dan tolonglah saudara kami di Palestin.
“Kurniakan mereka kekuatan, kesihatan dan keselamatan. Berikanlah hidayah kepada para pemimpin. Sabarkan keluarga para pejuang dan jadikan wafat mereka sebagai syuhada,” katanya.
Pada masa sama, Meerqeen turut menitipkan harapan agar semua doa-doanya kepada seluruh rakyat di Palestin dimakbulkan yang Maha Esa.
“Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar. Ya Allah tunjukkanlah kemukjizatan, qudrahMu. Balaslah pengorbanan, airmata, nyawa dan darah mereka di dunia dengan kemenangan di akhirat dengan syurgaMu.
“Ya Allah Ya Ghafur, ampuni kami, maafkanlah kami yang tidak punya kemampuan membebaskan Masjidil Aqsa. Yang hanya mampu mempersembahkan sebuah doa. Kabulkanlah doa kami dan harapan orang-orang Palestin, Amin Allahumma amin,” tulisnya lagi.
Terkini di media sosial, warganet telah melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Ia susulan daripada majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Ramai nama artis dan pempengaruh yang terpalit dan disenaraikan dalam #celebrityblocklist.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.