
Selepas penantian panjang selama tujuh tahun, kumpulan K-Pop sensasi, EXO akhirnya mengesahkan kepulangan mereka ke Malaysia menerusi jelajah Asia ‘EXO PLANET #6 – EXhOrizon’ dan dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada Jun ini sekaligus menandakan penampilan berkumpulan pertama mereka di negara ini sejak kali terakhir pada tahun 2019.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram rasmi EXO, pengumuman ini juga secara tidak langsung mengubat kerinduan EXO-L tempatan yang sekian lama menantikan kemunculan semula EXO secara lengkap.
Sebelum ini, aktiviti kumpulan yang dianggotai oleh Xiumin, Suho, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O., Kai dan Sehun ini terpaksa diperlahankan susulan pengambilan anggota tentera secara berperingkat oleh ahli-ahlinya bermula pada tahun 2019 yang telah memberi kesan kepada jadual promosi dan jelajah dunia mereka.
BACA: Lightstick Wajib Cas! Ini Konsert K-Pop Di Kuala Lumpur 2026 Yang Peminat Patut Alert!

Bagaimanapun, mereka kini kembali aktif di pentas menerusi jelajah ‘EXhOrizon’ dan bersedia untuk menghangatkan semula legasi mereka sebagai antara kumpulan paling berpengaruh dalam industri K-Pop.
Dalam pada itu, jelajah Asia ‘EXhOrizon’ akan membuka tirai di Seoul dengan konsert selama tiga malam dari 10 hingga 12 April 2026 di KSPO Dome. Seterusnya, EXO akan mengunjungi beberapa bandar utama Asia termasuk Ho Chi Minh City, Nagoya, Bangkok, Macau, Osaka, Jakarta dan Hong Kong sebelum tiba di Kuala Lumpur.
Sekadar info, konsert di Malaysia dijadualkan berlangsung pada 20 Jun ini di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Setakat ini, maklumat lanjut mengenai harga tiket serta pelan tempat duduk masih belum diumumkan oleh pihak penganjur, namun pengumuman tersebut dijangka bakal mencetuskan keterujaan besar dalam kalangan peminat tempatan.

View this post on Instagram
Selepas persinggahan di Kuala Lumpur, EXO akan meneruskan jelajah Asia ini ke beberapa destinasi lain termasuk Manila, Tokyo, Kaohsiung dan Singapura. Singapura bakal menjadi hentian terakhir jelajah ‘EXhOrizon’ yang dijadualkan berakhir pada 26 Julai ini.
Konsert ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila ia menjadi persembahan berkumpulan pertama EXO sejak jelajah dunia ‘EXO Planet #5 – EXplOration’ pada tahun 2019. Peminat boleh menjangkakan persembahan yang meraikan diskografi luas kumpulan ini, merangkumi lagu-lagu ikonik seperti Monster, Growl, Tempo, Overdose dan Obsession yang pernah menguasai carta muzik global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!















