Setelah hype dan promosi meluas oleh pengamal media antarabangsa, kumpulan sensasi Korea Selatan, Blackpink akhirnya menjayakan konsert atas talian pertama mereka pada tengah hari tadi.
Konsert yang digelar ‘The Show’ ini seharusnya menemui peminat pada bulan Disember lalu. Namun disebabkan oleh beberapa insiden kes positif COVID-19 yang membelengu acara hiburan di Korea, label Blackpink iaitu YG Entertainment mengambil keputusan untuk menunda konsert tersebut sehingga ke hari ini.
Usai jam 1 tengah hari waktu Malaysia, para BLINKS sudahpun bersiap sedia di hadapan televisyen, komputer riba, tablet dan telefon pintar mereka untuk didendangkan dengan lagu popular, Kill This Love
..and we were already blown.
Seperti yang ramai jangkakan, YG tidak ‘lokek’ untuk berbelanja dalam bab persediaan mana-mana konsert kumpulan dii bawah labelnya.
Sebaik saja lagu kedua (Crazy Over You) dan ketiga (How You Like That – that dance number though, hot!) dipersembahkan, penulis sudah dapat mengagak bahawa konsert atas talian ini akan berjalan pantas.
Ya, adalah momen di mana Blackpink berinteraksi bersama penonton, Lisa mengucapkan hi kepada ibu bapanya di Thailand, keempat-empat ahlinya mengingati semula konsert pertama yang mereka jayakan pada tahun 2018 dan beberapa lagi momen interaksi.
Ads
Namun, hampir 90 peratus intipati The Show memfokuskan kepada persembahan Blackpink. But hey, that is what we came for, right? Cumanya, penonton sedikit ‘semput’ dengan persembahan back-to-back mereka.
Blackpink meneruskan rentak cemerlang dengan lagu-lagu popular seperti Playing With Fire, Lovesick Girls, Sour Candy (OMG thank you set designer) sehinggalah ke beberapa persembahan kegemaran penulis seperti Pretty Savage dan Love You To Hate Me.
Bahagian rap Lisa menerusi Love You To Hate Me misalnya masih menjadi salah satu muat naik popular yang tular di media sosial. She just perfected it with that eye rolls at the end.
Sudah tentu, BLINKs ternanti-nantikan persembahan solo ahli Blackpink. Di sinilah momen di mana masing-masing selesa untuk ‘menjadi diri sendiri’ dan benar-benar menguasai kreativiti serta identiti diri selaku penghibur.
Ads
Penulis harus mengucapkan tahniah kepada Jennie sebaik saja penghibur berusia 25 tahun menamatkan persembahan SOLO, hari ini
I literally stood up and gave her an applause. Ini merupakan persembahan terbaik SOLO yang pernah Jennie jayakan selain daripada di Coachella 2019. She just had fun with the rap addition dan apabila seorang penghibur berada dalam elemennya tersendiri, tiada apa yang dapat menghentikannya.
Sudah tentu, kita semua menghargai momen Lisa yang menari sambil menyanyikan lagu Say So nyanyian original Doja Cat. Dia mengingatkan penulis kepada ahli Wonder Girls dengan kostum tersebut. Sementara itu, Jisoo berjaya menonjolkan emosinya sebagai seorang vokalis (dan pelakon) menerusi lagu nyanyian Tove Lo, Habits.
Tumpuan penuh terarah kepada Rosé apabila buat pertama kalinya, single solo pertamanya berjudul GONE akan didengarkan kepada BLINKs di seluruh dunia. And what a beautiful moment that was.
Blackpink menyudahkan konsert The Show dengan lagu-lagu kegemaran ramai, Ddu DU Ddu Du, Whistle, Bombayah dan Forever Young.
Ads
Jadi persoalannya, adakah konsert atas talian kali ini mencapai jangkaan luar biasa yang diletakkan pada bahu YG Entertainment dan Blackpink ataupun tidak?
Secara peribadinya, mereka amat memuaskan hati peminat dari aspek visual. Set pentas, klip video dan pakaian mereka menepati standard yang telah diletakkan YG selama ini.
Beberapa perubahan tempo, penambahan babak, bait nyanyian serta rap dan bahagian tarian ekstra amatlah kami hargai. Ia membuatkan Blackpink tampil segar walaupun mereka menyanyikan beberapa lagu yang telah berusia hampir 4 tahun.
Adakah penulis kecewa apabila mendapati Ice Cream dan Bet You Wanna tidak dimasukkan ke dalam senarai trek persembahan hari ini? Ya. Lebih-lebih lagi lagu Bet You Wanna. Ia merupakan salah satu daripada lagu kegemaran ramai daripada album penuh tersebut. Seperkara lagi, penulis sebenarnya amat mengharapkan agar trek Love You To Hate Me dikekalkan seperti ritma asal.
BAGAIMANAPUN, kesemua itu tidak sama sekali merencatkan sejam tontonan The Show.
Kesimpulannya, ia merupakan sebuah konsert atas talian yang padu. Blackpink telah membuktikan bahawa mereka bukanlah grup perempuan yang hanya bergantung harap kepada populariti, dunia glamor, pakaian berjenama dan hype picisan.
Mereka telah mengotakan jangkaan menggunung para peminat dan jujur, I think they have exceeded our expectation this time around.
Penyanyi dan Pelakon terkenal Korea Selatan, IU baru-baru ini mendermakan wang sejumlah 100 juta won bersempena Hari Kanak-Kanak Korea.
Melalui aplikasi X, IU atau nama sebenar Lee Ji-eun berharap agar lebih ramai kanak-kanak membesar dengan sihat dan dilimpahkan kasih sayang.
“May all children be loved and grow up healthily. Support for IUEANA this spring.”
Kredit: X IU Official
Sejak menempa nama dalam industri hiburan, IU bukan sahaja terkenal dengan bakatnya.
Malah, dia yang terkenal dengan gelaran Nation’s Little Sister itu juga sangat disegani kerana sifat pemurahnya yang suka menderma kepada golongan yang memerlukan.
Difahamkan, jumlah yang didermakan oleh IU sempena Hari Kanak-Kanak Korea Selatan setiap tahun sehingga kini sahaja sudah mencecah lebih kurang 5 billion won!
Selain itu, IU juga sedang aktif dengan konsert jelajah dunia H.E.R. World Tour Concert dan bakal membuat persembahan secara langsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 8 dan 9 Jun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majlis pernikahan lazimnya dirancang rapi bagi memastikan setiap detik berjalan lancar dan indah.
Namun bagi pelakon aksi terkenal, Pablo Amirul, hari bahagianya diuji dengan satu detik cemas apabila api kecil muncul di bahagian kanan pelamin ketika majlis sedang berlangsung, Isnin lalu.
Insiden yang berlaku di The Dove Hall, Jalan Tun Razak itu sempat mengejutkan para tetamu yang hadir. Namun di sebalik suasana cemas itu, reaksi kedua-dua pengantin menjadi tumpuan apabila mereka kekal tenang malah sempat tersenyum dan ketawa.
Menariknya, Pablo mengakui situasi itu membuatkan dia dan isterinya saling berpandangan sebelum ketawa kecil. Baginya, detik tidak dijangka itu lebih kepada satu pengalaman unik berbanding satu tragedi.
“Mungkin sebab saya pelakon aksi, jadi saya biasa dengan situasi mencabar. Bila tengok ia terkawal, kami boleh senyum dan ketawa saja,” ujarnya berseloroh.
Tambahnya lagi, sekiranya keadaan bertukar menjadi lebih serius, keselamatan isterinya tetap menjadi keutamaan.
“Kalau api itu merebak atau meletup, sudah tentu saya akan bertindak. Keutamaan saya mestilah isteri,” katanya.
Api kecil di bahagian kanan pelamin itu bagaimanapun berjaya dipadamkan dengan pantas oleh krew majlis.
Sah Bergelar Suami Isteri
Pada majlis penuh bermakna itu, Pablo Amirul, 41 tahun, sah bergelar suami kepada Dr Hana Rose dengan sekali lafaz.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Majlis akad nikah tersebut turut disaksikan oleh ahli keluarga terdekat termasuk abang kepada pengantin perempuan, dalam suasana sederhana tetapi penuh makna.
Pablo menyerahkan wang tunai RM800, kelengkapan solat serta sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin. Jumlah wang hantaran pula tidak didedahkan kepada umum.
Pasangan pengantin tampil segak dan anggun dalam persalinan sedondon rona putih, melengkapkan suasana majlis yang tetap kelihatan indah meskipun diuji dengan insiden api kecil di pelamin.
Kisah Cinta Yang Bermakna
Untuk rekod, Pablo mula berkenalan dengan Dr Hana Rose, atau nama sebenarnya Hani Farhana Hasrosani, seorang doktor estetik, pada April tahun lalu. Hubungan yang bermula secara sederhana itu akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.
Biarpun hari bahagia mereka diuji dengan detik cemas akibat api kecil di pelamin, pasangan ini membuktikan bahawa ketenangan dan sikap positif mampu mengubah situasi tegang menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan.
Dalam perjalanan rumah tangga, ujian boleh datang tanpa diduga. Namun bagi Pablo Amirul dan isterinya, detik cemas itu bukan sahaja dihadapi dengan tenang, malah disambut dengan senyuman dan ketawa.
Sumber : Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila masuk bulan baru pasti peminat setia Kdrama ternanti-nanti akan senarai drama terbaru yang akan release. Jeng..jeng..jeng…Dah sedia dengan 10 K-Drama yang bakal ditayangkan pada April ini!
Ini lihat antara K-Drama yang bakal disiarkan pada April ini.
“Dr. Romantic” ialah sebuah drama yang memaparkan kisah sebenar doktor di Hospital Doldam yang usang.
Pelakon utama: Ahn Hyo-seop, Lee Sung-kyung, Han Suk-kyu, Kim Ju-hun, Kim Min-jae, So Ju-yeon
Tarikh tayangan: 28 April
Platform: SBS, Disney+
Paper Moon
“Paper Moon” mengikuti Yoo Yi-hwa, yang tidak berpuas hati dengan kehidupannya dan mengambil pekerjaan di sebuah bank. Namun, dia mula menggelapkan wang dari bank tersebut dan membawa kepada peristiwa yang boleh menghancurkannya.
Pelakon utama: Kim Seo-hyung, Yoo Sun, Lee Chun-hee, Seo Young-hee, Yoon Bo-ra
Tarikh tayangan: 10 April
Platform: Genie TV, ENA, TVING
Stealer: The Treasure Keeper
“Stealer: The Treasure Keeper” mengisahkan tentang seorang jurugambar yang mengambil gambar orang mati dan mengetahui kepentingan kehidupan ketika dia bertemu dengan seorang wanita yang melindunginya daripada kematian .
Pelakon utama: Joo Won, Lee Joo-woo, Jo Han-chul, Kim Jae-won, Choi Hwa-jung
Tarikh tayangan: 12 April
Platform: tvN, Viu
Family
“Family” ialah drama komedi thriller yang mengisahkan tentang suami ejen NIS yang menyamar sebagai pekerja pejabat biasa dan isteri yang manis namun kejam, juga mengimpikan keluarga yang sempurna.
Pelakon utama: Jang Hyuk, Jang Na-ra
Tarikh tayangan: 17 April
Platform: tvN, Disney+
Queen Maker
“Queen Maker” mengisahkan tentang wanita yang bernama Hwang Do-hee, seorang yang genius dalam pembuatan imej dan mendominasi bahagian perancangan strategik di sebuah syarikat yang besar serta dia ingin menjadi seperti Oh Gyeong-sook, merupakan seorang peguam yang menjaga hak asasi manusia.
Pelakon utama: Kim Hee-ae, Moon So-ri
Tarikh tayangan: 14 April
Platform: Netflix
Bora! Deborah
“Bora! Deborah” akan menggambarkan kisah Debora, seorang jurulatih cinta terkenal dan Soo-hyuk, seorang lelaki bergaya yang menghadapi kesukaran dalam cinta.
Pelakon utama: Yoo In-na, Yoon Hyun-min, Joo Sang-wook
Tarikh tayangan: 12 April
Platform: ENA
The Good Bad Mother
“The Good Bad Mother” adalah drama menyentuh hati, yang mengisahkan tentang ibu dan anak yang mencari kebahagiaan sejati, membuatkan penonton ketawa serta menitiskan air mata.
Pelakon utama: Ra Mi-ran, Lee Do-hyun, Ahn Eun-jin
Tarikh tayangan: 26 April
Platform: JTBC, Netflix
Doctor Cha Jung Sook
Drama ini akan mengikuti Cha Jung-sook yang memutuskan untuk kembali kepada kerjayanya selepas 20 tahun menjadi suri rumah. Namun, perjalanannya tidak semudah yang disangka dan banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum memenuhi impiannya.
Pelakon utama: Uhm Jung-hwa, Kim Byung-chul, Myung Se-bin, Min Woo-hyuk
Jadi, selamat menonton, tapi jangan smapi tak pergi terawih pula..hiks!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!