Majlis pernikahan lazimnya dirancang rapi bagi memastikan setiap detik berjalan lancar dan indah.
Namun bagi pelakon aksi terkenal, Pablo Amirul, hari bahagianya diuji dengan satu detik cemas apabila api kecil muncul di bahagian kanan pelamin ketika majlis sedang berlangsung, Isnin lalu.
Insiden yang berlaku di The Dove Hall, Jalan Tun Razak itu sempat mengejutkan para tetamu yang hadir. Namun di sebalik suasana cemas itu, reaksi kedua-dua pengantin menjadi tumpuan apabila mereka kekal tenang malah sempat tersenyum dan ketawa.
Menariknya, Pablo mengakui situasi itu membuatkan dia dan isterinya saling berpandangan sebelum ketawa kecil. Baginya, detik tidak dijangka itu lebih kepada satu pengalaman unik berbanding satu tragedi.
“Mungkin sebab saya pelakon aksi, jadi saya biasa dengan situasi mencabar. Bila tengok ia terkawal, kami boleh senyum dan ketawa saja,” ujarnya berseloroh.
Tambahnya lagi, sekiranya keadaan bertukar menjadi lebih serius, keselamatan isterinya tetap menjadi keutamaan.
“Kalau api itu merebak atau meletup, sudah tentu saya akan bertindak. Keutamaan saya mestilah isteri,” katanya.
Ads
Api kecil di bahagian kanan pelamin itu bagaimanapun berjaya dipadamkan dengan pantas oleh krew majlis.
Sah Bergelar Suami Isteri
Pada majlis penuh bermakna itu, Pablo Amirul, 41 tahun, sah bergelar suami kepada Dr Hana Rose dengan sekali lafaz.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Majlis akad nikah tersebut turut disaksikan oleh ahli keluarga terdekat termasuk abang kepada pengantin perempuan, dalam suasana sederhana tetapi penuh makna.
Ads
Pablo menyerahkan wang tunai RM800, kelengkapan solat serta sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin. Jumlah wang hantaran pula tidak didedahkan kepada umum.
Pasangan pengantin tampil segak dan anggun dalam persalinan sedondon rona putih, melengkapkan suasana majlis yang tetap kelihatan indah meskipun diuji dengan insiden api kecil di pelamin.
Kisah Cinta Yang Bermakna
Untuk rekod, Pablo mula berkenalan dengan Dr Hana Rose, atau nama sebenarnya Hani Farhana Hasrosani, seorang doktor estetik, pada April tahun lalu. Hubungan yang bermula secara sederhana itu akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.
Biarpun hari bahagia mereka diuji dengan detik cemas akibat api kecil di pelamin, pasangan ini membuktikan bahawa ketenangan dan sikap positif mampu mengubah situasi tegang menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan.
Dalam perjalanan rumah tangga, ujian boleh datang tanpa diduga. Namun bagi Pablo Amirul dan isterinya, detik cemas itu bukan sahaja dihadapi dengan tenang, malah disambut dengan senyuman dan ketawa.
Sumber : Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vietnam antara negara pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti dan travel. Selain destinasi bersejarah dan kawasan melancong menarik sebab utama pelancong memilih ke Vietnam adalah untuk membeli-belah.
Namun, disebalik keghairahan rakyat kita memebeli belah di negara vietnam ini, rupanya ramai tak tahu bahawa kereta kabel terpanjang di dunia sebenarnya ada di salah satu negara Asia Tenggara iaitu Vietnam?
Menurut laman sesawang Seasia.co, kereta kabel merentasi laut yang menghubungkan bandar An Thoi dan Pulau Hon Thom itu diiktiraf sebagai kereta kabel paling panjang di dunia.
Ia mempunyai 70 buah gondola yang boleh membawa 30 penumpang setiap satu dan juga dikatakan yang paling selamat dan tercanggih di dunia.
Penumpang yang menaikinya boleh menikmati pemandangan 360 darjah pulau tersebut dan juga lautan di sekelilingnya.
Terletak di Teluk Siam di koridor ekonomi marin Vietnam-Kemboja-Thailand, Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam dan mempunyai banyak pantai yang indah.
Selain itu Taman Negara Phu Quoc pula merupakan habitat kepada ratusan spesies tumbuhan, berpuluh-puluh daripadanya telah disenaraikan sebagai spesis yang terancam di Vietnam dan juga dunia.
Taman tersebut juga merupakan sebahagian daripada rizab biosfera Kien Giang yang telah diiktiraf sebagai Rizab Biosfera Dunia oleh UNESCO pada 2006.
Pulau Phu Quoc telah menerima hampir 362,000 orang pelancong asing pada tahun lalu, meningkat 72 peratus berbanding tahun 2016 dan menyasarkan sekurang-kurangnya kedatangan setengah juta pelancong tahun ini.
So apa tunggu lagi, jom la try kereta kabel ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Jun sehingga Oktober dikatakan antara masa terbaik untuk bercuti ke Jepun, betul ke?
Mungkin ya, mungkin juga tidak – bergantung kepada musim di Jepun yang korang suka. Namun sekiranya korang memang mempunyai perancangan untuk bercuti ke sana – specifically ke Tokyo – dalam masa terdekat, mungkin Brandon Salim boleh bekalkan beberapa tip untuk korang.
Brandon yang juga merupakan pemegang watak KJ di samping Randy Pangalila, Ikmal Amry dan Hafreez Adam dalam drama bersiri Gantung pernah ke Jepun untuk penggambaran filem Winter in Tokyo.
Dari kiri: Hafreez Adam, Randy Pangalila, Ikmal Amry dan Brandon Salim.
Dan sebelum itupun, Brandon pernah ke sana untuk urusan lain termasuk bercuti. Sebagai pelancong pro ke Jepun, ini adalah 4 perkara yang dia recommend untuk korang lakukan di sana.
Sea urchin atau landak laut mungkin kedengaran ganjal kepada kita di Malaysia. Namun ia adalah antara makanan yang biasa dinikmati oleh orang Jepun. Brandon sendiri pernah merasai landak alut yang dijual di Pasar Ikan Tsujiki, Tokyo.
“Itu adalah pasar ikan paling terkenal di Tokyo. Ada saja stok ikan baru seperti ikan Tuna di sana tetapi saya akan mencari sea urchin pada waktu malam selepas tamat shooting. Memang segar dan sedap!” katanya.
Di Jepun, selain berjalan kaki, basikal adalah ‘alat pengangkutan yang biasa digunakan terutamanya di kalangan remaja. Salah satu sebabnya adalah untuk melihat daerah di Jepun.
Jika di Tokyo mungkin basikal amat berguna untuk cepat sampai ke sesebuah tempat. Namun jika di kawasan separa urban, pemandangan semasa menunggang basikal memang mendamaikan, kata Brandon. “Kita boleh lihat tasik yang cantik, pokok, sungai dan segalanya yang indah. Laluan berbasikal di sana juga amat teratur dan selamat.”
Yes, why not! Bercuti ke luar negara sambil mendengar muzik favourite korang. Band kegemaran Brandon ialah One OK Rock. “Saya suka sangat dengan band ini. Sebenarnya saya tak berkesempatan untuk menonton konsert mereka sewaktu berada di Jepun kerana perlu rush pulang ke Indonesia. Sekarang memang menyesal!”
Jika tak sempat untuk ke konsert, Brandon menasihatkan korang untuk download muzik best daripada penyanyi atau band negara berkenaan. Kemudian dengarkan saja playlist tersebut sepanjang percutian korang.
Kalau nak menonton konsert tu, depends juga pada timing kan? Tetapi kalau nak menonton movie tempatan di pawagam di Jepun, mesti tak ada masalah. Menurut Brandon, menonton di pawagam orang rasanya berbeza tau!
“Saya pernah menonton filem Blue Spring Ride iaitu filem live action ilham anime dan komik romantik. Susah saya nak lupakan pengalaman itu,” tambahnya.
Rasanya kalau kita bercuti di mana-mana negara asing, cubalah untuk adapt masuk dengan kehidupan seharian remaja di sana. Jangan sekadar melawat tempat tumpuan pelancong je.
Barulah feel sikit travelogue korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja tidak kenal dengan figura terkenal, Beyonce? Bekas ahli kumpulan Destiny’s Child itu bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi hebat, bahkan dia juga seorang ibu yang hebat kepada tiga orang cahaya mata.
Jumaat lalu, Beyoncé menjemput anak sulungnya, Blue Ivy ke atas pentas semasa perhentian Jelajah Dunia Renaissance di Paris.
Semasa bintang pop itu menyanyikan lagu “My Power” dan “Black Parade” dari album Renaissance, anak perempuannya yang berusia 11 tahun turut serta menari bersama dengan penari lain di atas pentas.
Penyanyi legenda itu juga memuatnaik gambar penampilan mengejut anak perempuannya di laman Instagram sebagai tanda penghargaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.