“Konon Untuk Simpati…”, Tapi Akhirnya Pemilik Rumah Penuh Sampah Kena Kecam Teruk Dengan Netizen

Share

Dua hari lalu, akhbar Sinar Harian melaporkan kisah sebuah keluarga di Taman Melur, Padang Serai, Kulim yang hidup dalam serba kemiskinan. Bukan saja miskin tapi lebih teruk rumah disewa pasangan suami isteri dengan tiga anak masih kecil itu dipenuhi dengan sampah sarap, seolah-olah langsung tidak pernah dibersihkan.

Kata-kata pemilik rumah iaitu Sariah Ahmad bahawa dia mempunyai sebab tersendiri iaitu tidak mampu mengemas rumahnya ternyata mendatangkan kemarahan kepada netizen yang kemudian mengecam tindakan pasangan suami isteri ini sebagai PEMALAS. Lebih dari 2.5 k komen di fb Sinar Harian dan majoritinya menyelar pasangan ini sebagai pemalas kerana banyak memberi alasan sedangkan mereka tidak punya sakit apa-apa.

Lebih menggemparkan ada jiran di perumahan tersebut mendakwa anak pasangan ini berkeliaran dan mengutip sesuatu di atas pasir termasuk “bermain” dengan najis mereka sendiri.

Percakapan juga sudah dikeluarkan oleh pihak JKM yang melakukan gotong royong di rumah ini berkata, mereka akan mengambil anak-anak pasangan ini demi memberi persekolah sempurna kerana situasi rumahnya sudah tidak seperti rumah lagi. Baca semua komen-komen netizen di sini.

 

Ramai mengecam sikap pemalasnya

 

Inilah dakwaan dari jiran yang mendakwa sudah tidak larat menegur sikap pasangan ini

Lima beranak di Taman Melur, di sini pasrah tinggal di dalam rumah yang dipenuhi sampah. Keadaan luar rumah yang tidak terurus dan dipenuhi sampah sehingga mendatangkan bau busuk memberi pelbagai reaksi tidak senang kepada jiran sekeliling.

Tinjauan Sinar Harian ke dalam rumah yang disewa keluarga terbabit juga sangat menyedihkan apabila memikirkan tiga beradik yang berusia dua, lima dan lapan tahun terpaksa menggadai nyawa dalam keadaan kotor itu. Hanya berbekalkan tilam lusuh yang dihampar di ruang tamu dipenuhi sisa sampah dan pakaian tidak dibasuh menjadi tempat mereka beristirehat setiap hari.Malah di setiap tiga bilik rumah itu juga tidak terurus dan ruangan dapur pula dipenuhi pakaian, pinggan mangkuk serta periuk yang tidak dibasuh.

Beginilah keadaan rumah yang memaklumkan dia tidak berdaya mengemasnya sedangkan tidak punya sebarang penyakit

Penghuninya, Sariah Ahmad, 38, berkata, mereka mempunyai sebab tersendiri apabila terpaksa tinggal dalam keadaan begitu.

“Saya tak mampu nak uruskan rumah sendiri, selain kurang berkemampuan untuk menghias rumah.Nak beli tilam baru untuk anak-anak tidak mampu. Kami hanya makan beli dari kedai sahaja, tidak masak. Kadang-kadang air pun tak ada, susah saya nak basuh atau masak,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim, Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, keluarga terbabit menerima bantuan elaun sara hidup setiap bulan.

“Kita ada bagi bantuan elaun sara hidup setiap bulan untuk bantu ringankan beban, tapi mereka ini suka berpindah. Aktviti bergotong-royong di rumah mereka telah dilakukan beberapa kali namun keadaan kembali kotor semula kerana tidak dijaga,” katanya. Menurutnya, JKM akan memberi tempoh satu minggu untuk ibu bapa kepada tiga anak itu memastikan rumah mereka bersih selepas gotong-royong diadakan.

“Kalau mereka gagal kita akan ambil dan letakkan anak mereka di bawah jagaan JKM sepenuhnya. Anak sulung mereka yang berusia lapan tahun juga akan dihantar ke sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Penyelaras Parlimen Padang Serai, Hazim Selimin berkata, pihaknya mengambil inisiatif membersihkan kediaman keluarga ini untuk memastikan kesihatan anak-anak itu terjaga.

“Kita dengan bantuan sukarelawan, Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dan JKM telah bersama membersihkan rumah keluarga ini supaya ia bersih dan selesa dihuni.

“Kita harap keluarga ini mempunyai sikap untuk menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan pelbagai penyakit,” katanya.

IKLAN