
Seorang lagi selebriti Malaysia nampaknya menerima kecaman daripada peminat Korea apabila niatnya memberikan komen di laman Instagram sebuah portal disalah tafsirkan.
Posting artikel yang dimuat naik bertajuk “Rahsia Jaehyun NCT miliki wajah bersih tanpa jerawat…. Ini penjelasan pakar kulit!” dengan kapsyen “Oh ni rupa-rupanya rahsia kulit putih mulus Jaehyun NCT!” mendapat komen dari Iman Troye yang menulis “ko ingat plastic surgery takkan tumbuk jerawat ke… ya Allah…”

Rentetan daripada komen Iman, rata-rata peminat selebriti Korea itu memberi kecaman terhadap gadis berusia 19 tahun ini.




Walau bagaimanapun, Iman Troye tampil memberikan penjelasan bahawa komen yang ditulis itu sudah disalah tafsirkan.


Selepas daripada kenyataan yang diberikan Iman, barulah ramai yang memahami maksud yang disampaikan dan mula mempertahankan Iman daripada dikecam peminat selebriti Korea tersebut.


Hm, janganlah kita terlalu cepat menghukum tanpa usul periksa. Sebaiknya kalau kita tidak memahami apa maksud yang ingin disampaikan, lebih eloklah berdiam diri daripada melontarkan kata-kata yang kesat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih 20 Senarai Biasiswa Luar & Dalam Negara Telah Dibuka Bagi Tahun 2020/2021, Jom Apply

Menerima biasiswa penuh semasa pengajian di universiti merupakan impian bagi setiap pelajar. Tidak kiralah korang sambung belajar di universiti awam atau swasta, bantuan biasiswa yang diberikan mampu meringankan beban untuk pelajar menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.
Namun begitu, bagi yang ingin memohon biasiswa sudah tentulah perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Keputusan yang cemerlang tu dah memang wajib. Hiks!
Untuk korang yang nak memohon biasiswa, berikut kami senaraikan beberapa biasiswa yang telah dibuka bagi sesi tahun 2020/2021.
Good luck guys!
Sumber: blog.maukerja.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 39 [REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/MAIN-9.jpg)
Pada tahun 2015 kita telah diperkenalkan dengan filem ‘Goosebumps’ yang mengetengahkan Jack Black selaku teraju utama dengan memegang watak sebagai penulis novel seram popular, R.L. Stine. Menerusi filem pertama juga kita diperkenalkan dengan premis bahawa buku-buku yang ditulis oleh R.L. Stine telah menghidupkan karakter-karakter monster di dalamnya.
Jadi bagaimana pula pula dengan filem sekuel yang diberi judul ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’? Well, secara dasarnya ini bukanlah sekuel secara langsung daripada filem pertama kerana ia berlaku di tempat yang berbeza dan mengetengahkan tiga karakter utama yang pertama kali diperkenalkan.
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 40 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/1-18.jpg)
Tiga kakrakter tersebut ialah Sonny Quinn dan kakaknya, Sarah Quinn dan seorang lagi kawan baiknya, Sam Carter. Walaupun mengetengahkan karakter yang berlainan namun jalan ceritanya masih berkisar dalam universe yang sama. Malah, Jack Black juga turut melakukan kemunculan istimewa di dalam filem ini… which is interesting kerana plotnya mungkin membawa kepada pengembaran baharu dalam sekuel akan datang. Mungkin…
BACA: [KUIZ] Bekas DEWI REMAJA Yang Manakah Korang?
Plotnya ringkas dan sangat straight forward. Sonny dan Sam ingin memulakan kerja sambilan untuk mencari duit poket dengan melancarkan bisnes pelupusan sampah. Dan suatu hari mereka dijemput untuk mencuci sebuah rumah tinggal. Di dalam rumah tersebut mereka menemui sebuah buku atau manuskrip novel. Selepas membukanya, patung Slappy the Dummy telah muncul dan hidup.
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 41 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/3-12.jpg)
Kemunculan Slappy pada mulanya disangka mereka sebagai pembantu mereka yang mempunyai kuasa ajaib. Namun tanpa mereka sedari, Slappy merupakan entiti asing yang mempunyai misinya tersendiri. Slappy kemudian menjadikan seluruh pekan Wardenclyffe dihantui oleh pelbagai monster ciptaan sempena Halloween menjadi hidup.
Sebagai seorang kakak, Sarah pula perlu menjadi ketua bagi mencari jalan bagaimana untuk menghalang Slappy dengan misi jahatnya.
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 42 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/2-13.jpg)
Satu perkara yang REMAJA suka dengan filem ini ialah kesederhaan elemen seram dan komedi yang dibawanya. Tidak salah jika REMAJA katakan inilah antara ‘popcorn movie’ yang paling kami enjoy menontonnya dalam masa terdekat.
Lakonan pelakon mudanya juga agak baik dan membantu plotnya yang cukup ringkas. Kesan khas dan pelbagai praktikal efek juga menarik perhatian kami. Gabungan dua elemen ini telah menjadikan ‘Goosebumps 2’ sebagai sebuah filem seram yang ‘hidup’ dan tidak membosankan.
Jika korang minat dengan filem yang simple, seram tapi kelakar inilah filem yang wajib korang tonton buat masa sekarang. ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’ akan mula ditayangkan di seluruh negara mulai esok!
RATING: 3.5/5
CONTEST ‘GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN’
5 X HADIAH UTAMA
T-shirt Edisi Terhad ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
Bucket ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 43 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/GB2_T-shirt-212x300.png)
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 44 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/GB2_Bucket_v1-300x300.jpg)
5 X HADIAH KEDUA
Beg tote ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 45 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/Trick-or-Treat-Bag-166x300.jpg)
2 X HADIAH SAGU HATI
Buku nota ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’
![[REVIEW] 'Goosebumps 2: Haunted Halloween', Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar! 46 [REVIEW] ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, Filem Seram Komedi Remaja Yang Kelakar!](https://cdn.remaja.my/2018/10/GB2_Notebook_v1-300x300.jpg)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
7 Cover Letter Bahasa Inggeris Terbaik Ini Dipuji CEO, Graduan Nak Cari Kerja Perlu Rujuk

Ramai di antara graduan yang masih mempunyai masalah dalam menghasilkan cover letter yang baik.
Menurut seorang individu yang berkongsi pengalaman dalam menerima kiriman email anak muda yang memohon pekerjaan, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan mereka setiap kali menghantar cover letter.
Lebih-lebih kerana penggunaan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa utama untuk permohonan kerja.
Kalau nak dapatkan kerja tu kenalah bagi first impression yang baik kan. Takkan pula nak guna bahasa Inggeris yang tunggang langgang.
Namun begitu, tidak semua pemohon gagal dalam memberikan contoh-contoh cover letter terbaik. Jom kita lihat perkongsian yang dilakukan oleh Ir Meor Shamshir untuk dijadikan panduan buat anda yang ingin memohon pekerjaan.
SOFT SKILLS
Pagi ni saya ambil masa untuk semak beberapa email permohonan kerja dan tempat latihan.
Email-email ini saya rasa secara sengaja dihantar untuk saya semak agaknya. Sebab saya tak buat apa-apa job opening pun.
Overall, persembahan susunatur ayat-ayat dalam email ada kemajuan daripada email-email yang saya terima sebelum ini. Menepati ciri-ciri ‘mini skirt’. Long enough to cover the subject and short enough to raise interest.
Email lengkap bersubjek, ada ayat pembukaan, huraian ringkas berkenaan matlamat menghantar email dan kata penutup penuh hormat.
Perkara terpenting dalam menghantar email untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah bagaimana anda membuat orang yang membaca email itu merasa.
Orang akan lupa apa yang anda katakan, orang akan lupa apa yang anda lakukan, tetapi orang tidak akan lupa apa yang mereka rasakan.
Penggunaan bahasa Inggeris pula, tidak mencapai standard keInggerissan yang baik. Persembahan email dengan gaya bahasa broken English dalam email sebegini adalah seperti memakai mini skirt tetapi kainnya jarang. Nampak kemaluan.
Dik, sebelum hantar email dalam bahasa Inggeris, minta kawan-kawan yang terror English semak dulu. Kasi cukup rasanya.
Sekian.
1. Budak Australia. English ok as expected. Loud and clear.

2. It’s about there…. sikittt lagi.

3. Good composition. Minor grammatical errors. Dosa kecil. Tapi kalau dia compose email yang panjang boleh jadi dosa besar.

4. Keeping it simple. Nice. No sins but not attractive.

5. Typical English Malay. A lot to be improved. But I think if this particular applicant wrote in Malay, it’s better.

6. Hentam saja. Good effort. But not there yet.

7. Trying to be a friend. I am not a friend. I am the boss.

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menghasilkan cover letter terbaik.
Sumber: blog.maukerja.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!










