Kredit foto: Instagram @audramari

Bintang terkenal Josh Duhamel baru sahaja mengumumkan yang dia sudah bertunang dengan kekasih hati, Audra Mari dalam satu hantaran di laman Instagram. Dia sebelum ini merupakan suami kepada Fergie sebelum mereka berpisah pada 2017 dan rasmi bercerai pada 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki seorang anak lelaki yang kini sudah berusia 8 tahun.

Mula mengenali Audra pada tahun 2019, percintaan mereka bukanlah rahsia kepada umum. Namun begitu ramai yang tidak tahu siapakah sebenarnya sosok yang berjaya mencuri hati bintang Transformers itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Josh Duhamel (@joshduhamel)

Jarak usia sebanyak 22 tahun bukanlah satu isu besar bagi pasangan bahagia ini. Josh berusia 50 tahun manakala Audra pula baru berusia 28 tahun. Namun begitu mereka tampil sepadan bagai pinang dibelah dua. Josh yang terkenal dengan ketampanannya nampak sajak di samping Audra yang merupakan veteran dalam arena ratu cantik.

IKLAN
Audra Mari, Miss World USA 2016 Yang Berjaya Menawan Hati Josh Duhamel
Kredit foto: Instagram @audramari

Jadi siapakah Audra sebenarnya? Jom kita lihat beberapa fakta tentang wanita ini.

  • Audra merupakan Miss World USA 2016, dia mewakili Amerika Syarikat dalam pertandingan Miss World 2016 dan berjaya berada dalam kelompok 11 terbaik.

BACA JUGA: Menarik & Menawan, Ini 6 Gaun Pemenang Miss Universe Paling Diingati!

IKLAN
  • Sebagai peserta Miss World dari benua Amerika yang berada dalam kedudukan kedua selepas Miss Puerto Rico yang menyandang gelaran juara. Audra dinobatkan sebagai Miss World Americas dan turut serta dalam aktiviti anjuran organisasi tersebut usai pertandingan bagi edisi 2016.
Audra Mari, Miss World USA 2016 Yang Berjaya Menawan Hati Josh Duhamel
Kredit foto: Instagram @audramari
  • Sebelum bergelar Miss World USA, Audra merupakan peserta pertandingan Miss Teen USA dan juga Miss USA pada tahun 2011 dan 2014. Dalam kedua-dua pertandingan tersebut dia berada di kedudukan naib juara.

 

  • Walaupun bergelar ratu cantik, dia juga memiliki masalahnya tersendiri. Dia merupakan mangsa buli dan sangat lantang memperjuangkan isu ini agar tidak berlaku kepada individu lain. Berkongsi tentang pengalaman dibuli di sekolah menengah, dia percaya jika semua pihak berganding bahu, budaya buli boleh dihapuskan.

BACA JUGA: Andina Julie, Gadis Asal Palembang Dipilih Sebagai Miss Grand Indonesia 2022

IKLAN
Audra Mari, Miss World USA 2016 Yang Berjaya Menawan Hati Josh Duhamel
Kredit foto: Instagram @audramari
  • Audra merupakan pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perniagaan di North Dakota State University

 

  • Mula bernaung di bawah agensi peragaan sejak berusia 14 tahun. Kini, dia merupakan seorang hos dan juga peragawati sepenuh masa.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI