Koleksi Persalinan Tenun Raja Permaisuri Agong Gah Terpamer Di London

Share

 

Umum serba tahu mengenai keunikan industri tekstil Malaysia yang telahpun dibawa ke peringkat antarabangsa bertahun-tahun lamanya.

Terbaru, salah satu fabrik warisan negara iaitu tenun pahang diraja kini sedang dipamerkan secara eksklusif di United Kingdom!

Acara yang dikenali sebagai Pameran Tenun Pahang Diraja ini diadakan buat julung kalinya di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square sempena Minggu Kraf London. Menariknya, pameran sehingga Ahad ini adalah inisiatif Raja Permaisuri Agong Malayia sendiri, DYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Di sana, pelbagai hasil tenunan lain daripada yang lain ada dipamerkan bagi tontonan pemerhati antarabangsa. Ada yang dihasilkan oleh penghuni Penjara Penor dan Bentong di Pahang. Terdapat juga busana yang diambil daripada koleksi persalinan tenun Raja Permaisuri Agong sendiri untuk dipamerkan.

Semalam, baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta delegasinya yang tiba di United Kingdom; dalam perjalanan mereka ke Washington DC untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.

Lapor pemberita di sana, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga terhadap sambutan yang diterima di Pameran Tenun Pahang diraja itu dan kini lebih bersemangat untuk terus memperkembangkan potensi industri tekstil warisan negara seperti tenunan dan batik secara besar-besaran.

Kata beliau lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera, kerajaan Pahang sedang mencadangkan penubuhan pusat tenunan di Pekan, Pahang di mana lebih banyak peluang latihan teknikal dan vokasional dalam industri tekstil akan diwujudkan selepas ini.

REMAJA pasti, ramai anak muda yang bercita-cita untuk mendalami jurusan pembuatan tekstil akan lebih berkobar-kobar untuk mengambilnya apabila peluang sedemikian semakin luas dibuka dengan sokongan kerajaan Malaysia.

Untuk pengetahuan korang, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) Tengku Ampuan Besar Meriam kini membuka peluang kemasukan sesi Julai 2022. Permohanan boleh dilakukan secara atas talian DI SINI

dan tempat adalah terhad. Pastikan korang yang berminat menghantarkan permohonon sebelum 15 Jun 2022 okay.

ARTIKEL BERKAITAN : UNESCO Iktiraf Songket MALAYSIA Sebagai ‘Warisan Budaya Tidak Ketara’ – REMAJA

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN