Kolaborasi Tahun Kedua, ‘Astro X MPL Malaysia’ Di Bukit Kiara Dengan Mimi Fly, Bunga Isme, Lucidrari Dan Ramai Lagi!

Share

Belum terfikir mengenai perancangan hujung minggu ini bersama member?

Jangan risau kerana REMAJA ada cadangan terbaik untuk aktiviti sepanjang 14 hingga 15 Jun ini apabila ia bakal menggabungkan dua dunia paling ‘hidup’ dan diperkatakan di Malaysia sekarang; e-Sukan dan hiburan.

You heard it right guys, Astro dan MPL Malaysia kembali sekali lagi untuk tahun kedua berturut-turut namun kali ini dengan vibe yang lebih padu, gah dan bukan sekadar satu lagi acara gaming di Malaysia.

Bila Bakat Tempatan Take Over ‘Pentas Kebanggaan’

Bertempat di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur, acara dua hari ini bukan sekadar hiburan untuk peminat e-Sukan semata-mata tetapi juga merupakan festival melibatkan barisan artis yang bukan calang-calang namanya.

Sambil menantikan pasukan mana yang bakal membawa pulang kejuaraan grand finals MPL Malaysia musim ke-15, acara bertemakan ‘Pentas Kebanggaan’ ini turut membawakan kemeriahan berganda thanks to Astro Malaysia yang bakal mempersembahkan slot showcase mini eksklusif. Ini merupakan penganjuran bersama pada tahun kedua selepas kejayaaan penganjurannya pada tahun 2024.

Daripada kehadiran penyanyi yang sudah lama menyinar seperti Mimi Fly, Wani Kayrie dan Aisha Retno sehinggalah wajah-wajah fresh daripada pertandingan Big Stage Alpha (BSA).

Mimi Fly
Lucidrari
Aisha Retno

Tidak cukup dengan itu, turut ada termasuklah barisan penyanyi seperti Firdaus Rahmat, Bunga Isme, Layla Sania, Lucidrari dan Niel serta Shahrol Kamal dan Isaac Voo yang sudah bersedia untuk menggegarkan pentas.

Inginkan bonus feature? Pelakon, Daniel Fong dan Arena Wan juga bakal membuat kemunculan istimewa sempena promosi drama terbaru di bawah terbitan Astro yang akan menemui korang tidak lama lagi.

Selain slot showcase mini kali ini yang dihoskan oleh Keanu Azman, Munabella, Daniel Cheang dan Rose; Astro turut membawakan pratonton eksklusif kandungan-kandungan terbaru mereka baik daripada bahagian drama tempatan, program realiti sampailah ke kandungan terbaru daripada Astro Originals.

Sebagai info, kolaborasi di antara Astro dan MPL Malaysia ini bukanlah satu projek berkonseo one-off tetapi ia merupakan penyatuan antara e-Sukan dan dunia hiburan yang sudahpun memasuki tahun kedua.

Secara tidak langsung, kolaborasi ini memberi indikasi mengenai konsep gabungan terbaru yang mencerminkan cara dunia sukan mentransformasikan dirinya dan menjadi lebih menarik, imersif dan 100 peratus lokal!

Untuk info lanjut mengenai acara Astro x MPL Malaysia kali ini, follow je akaun media sosial Astro di kesemua platformnya agar korang tidak terlepas untuk menyelami energy luar biasa di Bukit Kiara 14-15 Jun ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
FZ