
Timbul khabar angin di media sosial yang mendakwa beberapa sekolah dalam daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah telah diarahkan ditutup.
Ini semua dek kluster PUI Sivagangga yang kini hangat diperkatakan. Mereka yang baru sahaja pulang bercuti Hari Raya Aidiladha di kampung sekitar daerah Kubang Pasu dikatakan perlu menjalani saringan Covid-19 di klinik berhampiran.
Khabar angin ini sekaligus mengelirukan para pelajar yang inginkan penjelasan sama ada mereka dibenarkan untuk pergi semula ke sekolah bermula hari ini ataupun tidak.
*
Petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Negara iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meredakan kebimbangan itu apabila berkata tiada sebarang ‘kluster sekolah’ dilaporkan dan keadaan masih terkawal.

“KKM cuma menasihatkan para pelajar untuk mematuhi SOP yang ditetapkan di kawasan sekolah bagi mencegah Covid-19,” pinta beliau.
Jelas, tiada arahan larangan ke sekolah dikeluarkan oleh pihak KKM. Malah, tiada ‘kluster sekolah’ yang diumumkan seperti yang didakwa orang ramai. Yang ada hanyalah kluster PUI Sivagangga yang diarahkan tutup setelah beberapa kes didakwa bermula di situ.
Apapun, sila segera dapatkan pemeriksaan segera sekiranya korang ada mengalami simptom yang dikaitkan dengan wabak Covid-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ustazah Asma’ Harun Tegur Solekan Mata Berlebihan Bila Berniqab, Kena Faham Fikiran Lelaki

Perbetulkan niat dan fahami tujuan pemakaian niqab.
Seperti yang diketahui oleh remaja beragama Islam, aurat wanita yang wajib ditutup meliputi seluruh tubuh badannya melainkan bahagian wajah dan tapak tangan.
Begitupun, ada sesetengah wanita yang memilih untuk menutupi dua bahagian tersebut dengan penggunaan sarung tangan dan kain niqab lalu meninggalkan hanya bahagian mata sahaja.
Sebahagian besar daripada mereka yang melakukan sedemikian adalah demi memlihara kehormatan dan kedudukan wanita Islam ke tahap yang lebih tinggi di mata masyarakat sekeliling. Begitulah yang dikongsikan oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun dalam video yang dimuat naik semula oleh pengguna di TikTok dan kembali tular pada minggu ini.
Sekiranya seorang wanita bimbang dijatuhkan fitnah ke atasnya, maka dibolehkan menutup wajah dengan niqab bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada terjadi.
Pemakaian niqab juga jelasnya adalah sunat dan afdal bagi kaum wanita kerana ia secara tidak langsung menjadi peringatan harian untuk mereka istiqomah dalam bab penjagaan aurat.

Bagaimanapun, Ustazah Asma’ Harun juga menegaskan agar niat yang dipasang semasa berniqab itu juga difahami dengan jelas. Ia adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain terutamanya kaum lelaki.
“Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan.
“Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab saja tetapi kepada semua wanita.
“Cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kadang lebih,” katanya sambil mengingatkan pengikutnya mengenai cara pemikiran kaum lelaki apabila melihat wanita berniqab tetapi masih mengenakan solekan mata melampau.
“Bila mereka tengok mata yang dicantikkan berlebih-lebihan, mereka membayangkan lebih lagi. Subhanallah, Allahuakbar.
“Sama ada pakai niqab atau tidak pakai niqab, biarlah wajah kita natural,”simpulnya. Pemakaian produk-produk kosmetik dan penjagaan kulit wajah pula seharusnya untuk menutup cela agar tampol lebih berkeyakinan dan lebih bersih.
@f4tin4yu90 #niqab #subahanallah #ustazahasmaharun ♬ bunyi asal – 4yuKamil90
Ada benarnya teguran Ustazah Asma’ Harun ini. Bukanlah untuk merendahkan mana-mana wanita yang memakai niqab. Cuma sekadar saling mengingati semua wanita untuk memperbetulkan niat dan memahami tujuan memakai niqab itu sendiri.
Dalam perkembangan lain, Ustazah Asma’ Harun baru sahaja pulang ke Malaysia dari tanah suci Mekah setelah membawa seramai 86 jemaah bagi mengerjakan ibadah umrah dan menziarahi tempat-tempat menarik di sana selama sepuluh hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih Koma Dalam ICU, Sandra Dianne Tidak Akan Disingkirkan Malam Ini

Setelah REMAJA melaporkan mengenai kemalangan jalan raya yang menimpa salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne semalam, hari ini pihak produksi mengesahkan tidak akan menampilkan Sandra pada konsert minggu ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Bahagian Depan Kereta Sandra Dianne Remuk Teruk
Untuk pengetahuan, Sandra terbabit dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) kira-kira petang semalam. Setelah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Putrajaya, Sandra masih belum sedarkan diri.
Bercakap kepada pihak media, pengurus saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata mereka masih menantikan mahlumat terbaru daripada doktor. Namun setelah melihat keadaan diri Sandra yang masih koma hingga sekarang, pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra pada minggu ini.
“Tiada penyingkiran terhadap Sandra akan dibuat walaupun dia tidak membuat persembahan malam ini. Pihak kami bersimpati dengan insiden yang menimpa Sandra dan berharap dia segera sembuh,” katanya.

Berdasarkan pengumuman yang dilakukan pada konsert ketiga minggu lalu, Sandra sepatutnya menyanyikan lagu Nuri nyanyian asal Ella pada malam ini. Pilihan lagu tersebut dilakukan berdasarkan lagu keluaran tahun kelahiran peserta Big Stage 2020
REMAJA mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan Sandra Dianne dan semoga kembali sihat seperti sedia kala.
Penyanyi Doktor, Usahawan SME Dominasi Big Stage Musim 3 – Siapa Favourite Awal?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2 Maut Gempa Bumi Di Lombok, Apa Yang Pelancong Perlu Prepare Jika Ke Negara Bencana?

Dalam perkembangan terbaru tragedi gempa bumi yang melanda Lombok Indonesia, seorang lagi rakyat Malaysia disahkan maut selepas kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Air Terjun Kelep Senaru.
Ini menjadikan angka korban rakyat Malaysia kepada dua orang setelah disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, awal pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Lim Sai Wah dan Datin Tai Siew Kim.
Gempa bumi berskala Richter 5.8 di daerah Lombok Utara itu mencetuskan momen cemas setelah kesan tanah runtuh dapat dikesan di situ. Kebetulan pula, terdapat 22 orang pelancong rakyat Malaysia di tempat kejadian.

Walaupun ini bukanlah kali pertama Lombok Indonesia berdepan dengan bencana gempa bumi. Kali terakhir ia pernah terjadi adalah 5 Ogos 2018.
Sebagai pelancong, kita tak dapat menduga bencana seperti ini akan berlaku semasa kita melawat negara seperti Indonesia. Jadi apa yang perlu dilakukan? Ini adalah tip mudah untuk earthquake newbie seperti korang.
Sebelum Melancong
Untuk memahami risiko bencana dan apa yang perlu dilakukan, korang boleh menggunakan aplikasi Android seperti InaRISK (untuk Indonesia, negara lain mempunyai aplikasi masing-masing). Ia boleh dimuat turun daripada Google PlayStore untuk pelancong mengetahui tentang risiko bencana di daerah berbeza dan apakah langkah-langkah menyelamatkan diri.

Kedua, korang boleh ambil inisiatif untuk mempelajari cara menyelamatkan diri mengikut cara rakyat tempatan, berdasarkan bencana yang pernah berlaku di negara itu. Contohnya, rakyat di Simeulue Aceh akan bergerak ke kawasan berbukit jika Tsunami dijangka akan berlaku. Ia telah berjaya menyelamatkan ramai orang semasa bencana 2004.
Bersedia
Jangan hanya ingat untuk membawa pakaian ‘fancy’ saja semasa melancong. Sediakan juga pakaian asas bencana seperti topeng muka, baju berlengan panjang dan topi jika korang pergi ke kawasan gunung berapi dan gempa bumi. Sediakan juga makanan segera dan air minuman.
Selepas Mendarat
Sampai saja di Indonesia (atau di mana-mana destinasi), korang digalakkan untuk melaporkan diri ke Kedutaan Besar Malaysia di sana dan memberitahu serba-sedikit mengenai itenarari korang di negara tersebut. Salin nombor telefon dan email wakil kedutaan untuk korang hubungi jika berlaku apa-apa jenis kecemasan.

Penginapan
Pelancong dinasihatkan untuk tinggal di bangunan hotel rendah seperti chalet. Ini mengurangkan risiko kecederaan sekiranya gempa bumi berlaku.
Sekiranya Bernasib Malang..
..dan terlibat dengan bencana alam, jangan panik. Hubungi Kedutaan Besar Malaysia atau pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan bantuan. Cari maklumat terkini hanya daripada sumber yang sahih because the net can be so misleading.
Berjasa Semula
Setelah korang diberikan bantuan atau diselamatkan oleh penduduk tempatan, kita sewajarnya membantu mereka semula sedaya boleh. Contoh semasa bencana di Rinjani pada Julai 2018.

Beberapa pelancong dari England yang terperangkap di atas gunung kembali berjasa dengan membeli keperluan asas untuk penduduk tempatan yang tingga di dalam khemas. Orang berbudi, kita berbahasa.
***
Kepada ahli keluaga mangsa gempa bumi terbaru di Lombok Indonesia, korang boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi talian +62215224947 atau +6281380813036. Korang juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian +603-88874570.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

