
Ekoran daripada penularan jangkitan koronavirus (COVID-19) di Malaysia membuatkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan tabung khas bagi memberi bantuan kewangan kepada pihak yang memerlukan.
Tabung ini bertujuan untuk memberi bantuan wang ihsan kepada mereka dalam tempoh menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988’ selama 14 hari atau menjalani rawatan di hospital ekoran positif COVID-19 yang didaftarkan oleh KKM.

.
Sumbangan bantuan sebanyak RM100 sehari akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang proses rawatan tersebut.
Kami percaya rakyat Malaysia seorang yang prihatin dan sekiranya korang ingin memberi bantuan, bolehlah disalurkan kepada:
TABUNG COVID-19
Nama Akaun: TABUNG BANTUAN BENCANA NEGARA
No. Akaun: BANK MUAMALAT 1601-0001138-71-4

.
Hari ini kita tolong orang susah, mana tahu esok lusa kita susah orang yang tolong kan?
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barangan Kulit Bernilai Ribuan Ringgit Rosak Akibat Kulapuk, Gara-Gara Aircond Shopping Mall Tutup Time PKP

Semalam Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhiyddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung lagi sehingga 9 Jun akan datang. Bermakna, jika sebelum ini PKP hanya dikenakan selang dua minggu tetapi untuk kali ini, PKPB dikenakan selama sebulan secara terus.
Namun sejak 4 Mei lalu, demi merancakkan ekonomi dan negara kehilangan lebih RM2 bilion sehari akibat COVID-19, PKPB diperkenalkan di mana dibenarkan ahli keluarga seramai empat orang menaiki kenderaan berbanding seorang sahaja dibenarkan keluar sebelum ini.
Dapat dilihat sektor-sektor ekonomi mulai tumbuh perlahan-lahan di mana orang ramai mula keluar membeli belah dan memahami bahawa mereka perlu menjarakkan pergerakan antara satu sama lain.
Memandangkan banyak pusat membeli belah mula dibuka mulai 4 Mei lalu selepas ditutup hampir dua bulan, paparan keadaan barangan di sebuah pusat gedung membeli belah rosak teruk akibat kulapuk nyata mengejutkan kerana banyak barangan kulit menjadi rosak.
Perkongsian oleh seorang individu di fbnya, Shim Andrew memperlihatkan pelbagai barangan berjenama mewah dengan ada yang mencecah harga lebih RM500 mengalami kerosakan dimakan kulapuk.




Dipercayai hal ini berlaku akibat penutupan pendingin hawa yang ditutup ketika tidak beroperasi ketika PKP dilaksanakan di Malaysia. Walau tidak dinyatakan di lokasi mana tetapi ternyata perintah PKP ini turut mencatatkan kerugian pada pihak terlibat apabila produk kulit mereka menjadi rosak dan pastinya tidak boleh dijual kepada pelanggan lagi.
Dengan kadar kelembapan yang tinggi, dengan penghawa dingin yang tidak dipasang, sudah pasti barangan kulit berjenama mewah begini terdedah kepada kerosakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ingatkan Ada Kanser, Graduan Mengandung & Siap Ambil Skrol Ijazah Tanpa Tahu Ada Baby Dalam Perut

Bilangan remaja mengandung tanpa nikah yang direkodkan di Malaysia mencecah lebih 500,000 orang. Dianggarkan secara purata, 4,000 remaja perempuan hamil bawah 18 tahun dilaporkan setiap tahun berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia.
Memetik statistik berkenaan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata dari tahun 2012 hingga 2016, sebanyak 79,302 kes remaja perempuan hamil bawah 18 tahun telah dilaporkan.
Ternyata hanyut dengan cinta antara punca budaya membimbangkan ini begitu berleluasa.
Hal yang sama, dikongsikan oleh Mak Liza yang juga pengasas rumah Baitus Solehah yang dari dahulu banyak menyelamatkan gadis-gadis muda yang hamil tanpa nikah. Baru ini beliau berkongsi kisah graduan universiti yang tidak mengetahui dirinya hamil sebaliknya menyangka ada kanser dalam perut seperti dikongsi dalam fbnya, Baitus Solehah.

Umur 23 tahun, baru menghadiri majlis konvokesyen bersama emak dan ayah. Kegembiraan emak ayah selepas anak diijazahkan telah bertukar kepada duka dan kecewa apabila mendapati anak telah disahkan mengandung tanpa suami.
Mulanya anak menyangka perutnya ada ketumbuhan, mungkin kanser yang ganas kerana bergerak gerak. Temu janji dengan doktor untuk pemeriksaan tyroid telah membawa kepada pengesanan ada janin dalam rahim. Yang mengejutkan janin ini telah pun berusia 34 minggu!
Dia tidak menyangka telah mengandung kerana tidak mengalami sebarang alahan. Sepanjang semester akhir dapat belajar dan membuat penulisan tanpa gangguan kesihatan.
ARTIKEL LAIN : Gadis 15 Tahun Mengandung Gara-Gara Phone Seks, Jururawat Ini Dedah Ramai Remaja Hamil Luar Nikah
Imbas semula apa yang berlaku 8 bulan yang lalu, dia telah menjalani latihan industri di sebuah resort. Latihan industri yang berkaitan dengan kursus yang dipelajari semasa di universiti. Pujuk rayu teman lelaki telah memakan diri walaupun awalnya tidak rela.
Tambahan peluang sentiasa terbuka apabila sama berada di tempat yang sama berminggu minggu, jauh dari emak ayah, jauh dari teman teman sekolej yang boleh menegur dan mengingatkan sekiranya berlaku perlanggaran syariat. Dan peluang yang sentiasa terbuka menjebak diri. Keterlanjuran telah membuat harapan emak ayah musnah dan kecewa.

Anak sulung di dalam keluarga sederhana, ayah cuma seorang pemandu lori dan emak bekerja sebagai kerani. Mereka mendambakan anak yang membahagiakan, menaikan taraf kehidupan keluarga, tapi lain jadinya. Mereka membina kekuatan untuk menghantar anak ke Baitus Solehah walaupun sudah memiliki segulung ijazah.
Pesanan kepada anak anak, usahlah mudah terpedaya dengan pujukan lelaki. Lelaki memang siftanya memujuk kerana mahu benda free. Bersabarlah. Suruhlah mereka bayar mahar dulu sebelum menerima ajakan bersetubuh. Nanti membuat emak ayah kecewa.
Kecewa mereka tak nampak di mata. Hati mereka bagai dirobek sembilu. Ditikam berkali kali. Sebagai emak ayah , walau apa jadi pada anak, mereka tetap tabah, positif dan terima . Tidak sekali kali mereka membuang anak mereka.
Dalam luka berdarah pun, mereka tetap bangkit dan menghantar anak mereka agar aib terpelihara. Harapan mereka anak bertaubat nasuha, membina jati diri lebih kuat agar dapat meneruskan kehidupan di jalan yang Allah redha.
Opah Cucu Seribu,
Mak Liza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datuk Nora Quoirin Percaya Kematian Cucunya Ada Kaitan Dengan Jenayah, Keluarga Masih Belum Tuntut Mayatnya

Datuk kepada Nora Anne Quoirin, Slyvian memberitahu Irish Times bahawa kematian cucunya itu ada kaitan dengan elemen jenayah.
Katanya, dia percaya bahawa ada individu yang bertanggungjawab meletakkan mayat cucunya di tempat di ditemui serta mempertikaikan andaian bahawa Nora keluar dengan sendirinya.
“Dia tiada di situ semasa proses pencarian, ada orang meletakkannya di situ bertujuan untuk membuang mayatnya.
“Selain itu, teori bahawa Nora merayau keluar seorang diri atau mengikut orang adalah merepek. Dia adalah seorang remaja yang istimewa dan sentiasa melekat dengan ibu bapa dan adik-beradiknya dan sangat mudah takut.
“Boleh kamu bayangkan dia berjalan sejauh 2.5KM, tidak berpakaian dan tidak berkasut di batu-batu di tengah malam? Itu sangatlah mengarut,” katanya.
Susulan itu, dia menekankan bahawa pihak berkuasa perlu menyiasat insiden ini dengan lebih menyeluruh serta memasukkan kemungkinan bahawa Nora adalah mangsa jenayah.
Dalam pada itu, keluarga Nora masih lagi belum menuntut mayat remaja malang tersebut dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Memetik Bernama, difahamkan tiada kehadiran ahli keluarga Nora di pekarangan hospital malah mereka juga dikatakan belum membuat persiapan untuk menuntut mayatnya.
Sebelum ini, laporan bedah siasat Nora mendapati punca kematian remaja tersebut disebabkan kebocoran usus kerana tidak makan untuk tempoh yang panjang.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop dalam kenyataannya semasa sidang media selama berkata mangsa kemungkinan meninggal dunia dalam tempoh dua ke tiga hari sebelum mayatnya ditemui.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

