Umum mengetahui semalam, Menteri Kesihatan iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah mengumumkan dan melancarkan laman sesawang baharu dikenali sebagai CovidNow dalam usaha menyediakan data yang lebih telus untuk dikongsi bersama rakyat.
Laman khusus tersebut malah sudah pun boleh dilayari bermula pukul 6 petang semalam menerusi alamat https://COVIDNOW.moh.gov.my.
Tapi kena perlu ada laman CovidNow ni, ini sebabnya.
Data utama yang lebih mudah difahami
Laman sesawang baharu CovidNow akan memaparkan data utama yang lebih mudah difahami dan boleh diakses oleh masyarakat agar mesej disampaikan lebih baik dan pada masa sama, beliau berharap usaha itu akan memberi kesedaran tinggi kepada rakyat memahami senario semasa Covid-19 dalam negara dan melakukan perubahan tingkah laku.
Ads
Persediaan hidup bersama virus sebagai endemik
Jangkaan bahawa Malaysia akan memasuki fasa endemik bermula akhir bulan Oktober, tahun ini.
Usaha berterusan ini jelas Khairy, dengan mempertingkatkan amalan rutin prosedur operasi standard (SOP) agar boleh memasuki fasa baharu hidup bersama virus sebagai endemik.
“Set data ditambah melibatkan perincian kes baharu dan kematian yang turut ada status imunisasi dan jenis vaksin diterima pesakit atau si mati serta data kapasiti katil hospital,” jelasnya.
Ads
Pelaporan yang lebih tepat juga melibatkan kes kematian apabila masa dan tarikh sebenar kejadian akan dilaporkan pada hari pertama sebelum bedah siasat dan pengesahan kematian. Justeru, beliau berharap tidak berlaku lagi pelaporan tertunggak kes lama yang disebabkan birokrasi lambat disahkan seperti sebelum ini sedangkan ia tidak menggambarkan situasi terkini.
Beliau memberi contoh kes di Selangor dan Kuala Lumpur yang direkodkan amat tinggi namun apabila diteliti semula ia adalah berpunca daripada kelewatan pengesahan prosedur klinikal.
Ads
“CovidNow dijamin memaparkan data sebenar daripada sumber utama serta disiarkan secara berstruktur dan berfokus yang dikemas kini berbanding imej statistik semata-mata,” tegas Khairy.
Bagi kebanyakan daripada kita yang tidak begitu memahami maksud sebenar endemik dan keliru sekiranya ia sama dengan pandemik, jangan risau. Kami akan cuba untuk menjelaskan maksud terma ini.
Pertamanya, endemik tidak sama dengan pandemik – mahupun epidemik iaitu satu lagi terma yang selalu digunapakai untuk mengklasifikan negara yang telah diserang penyakit berjangkit.
Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesebuah kawasan dalam tempoh masa tertentu. Ini termasuklah penularan wabak dalam skop yang lebih besar melibatkan sebuah negara.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah pun diketahui semalam dan sudah pasti selepas ini ramai lepasan SPM yang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).
Apabila mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke mana-mana IPT sama ada IPTA atau IPTS, apa yang perlu korang buat adalah untuk membandingkan jumlah yuran pengajian dengan jumlah pinjaman PTPTN yang layak diperoleh.
Menurut apa yang dikongsi oleh Mustaffa Abdullah, selaku penceramah halatuju pendidikan selepas PT3/SPM/STPM /Personal, persediaan awal perlu dibuat dan jangan bila dah daftar baru sedar jumlah pinjaman PTPTN tidak mencukupi.
Berikut merupakan jumlah pinjaman PTPTN yang diberi mengikut institusi dan peringkat pengajian yang boleh korang rujuk.
Jumlah pinjaman setahun diberikan mengikut peringkat iaitu maksima untuk pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR), 75% daripada pinjaman maksimum bagi pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 dan 50% daripada pinjaman maksimum untuk pendapatan keluarga melebihi RM8,000.
Jumlah pembiayaan yang diberi oleh PTPTN adalah tetap dan yang berbeza adalah yuran pengajian di IPT yang berbeza-beza. Korang boleh semak melalui laman web IPT tersebut, brochure atau boleh telefon tanya kepada institut pengajian secara direct.
Bila dah tahu jumlah pinjaman yang bakal diperoleh nanti, senanglah korang nak buat pengiraan untuk sambung belajar. Jangan hanya pandai mohon saja, tapi tidak tahu apa yang diperoleh.
Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat korang yang ingin melanjutkan pelajaran. Ingat, perjalanan hidup korang masih Panjang. Jika tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tak bermaksud korang akan gagal selamanya.
Hari ini, dunia sukan dan rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih yang melibatkan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Menerusi akaun rasmi Instagram beliau, Chong Wei mengesahkan sedang berdepan dengan kanser hidup tahap terawal dan sedang dalam proses rawatan bersama keluarga serta kenalan rapat di Taiwan.
Kami sendiri terkejut apabila mendapat tahu berita tersebut kerana tiada kenyataan media pernah dikeluarkan sebelum hari ini. Hanya kenyataan rasmi melalui posting Instagram ini yang mengesahkannya.
Kenyataan Persatuan Badminton Malaysia.
Kami memahami keinginan Chong Wei dan keluarga untuk melalui fasa ini dengan tenang serta tanpa gangguan. Bagaimanapun, itu tidak menghentikan peminat sukan badminton daripada memberi kata-kata semangat kepada beliau.
Ini merupakan antara komen yang diberikan.
Kami di REMAJA berharap agar Datuk Lee Chong Wei segera pulih daripada penyakit ini. Selama ini beliau sentiasa kuat berdepan dugaan dan kali ini, it is no difference. You can do it, Datuk!
Get well soon.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suatu ketika dahulu, Stadium Shah Alam pernah menjadi antara kebanggaan dan mercu tanda sukan tanah air, termasuk bola sepak. Namun kini stadium berkapasiti 80,372 tempat duduk dan mulai digunakan pada 1994 itu dilaporkan akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek baharu komplek sukan baharu di tapak yang sama.
Foto Via Google
Malah, menurut laporan Astro Awani semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembangunan semula itu juga akan membabitkan Stadium Melawati sebelum tindakan selanjutnya diumumkan tidak lama lagi.
Malah pada Rabu lepas, sebuah agensi media melaporkan gelanggang rasmi bagi pasukan bola sepak Red Giants itu didakwa akan diroboh dan digantikan dengan sebuah stadium baharu yang lebih kecil.
Apa-apa pun, disini Remaja kongsikan beberapa fakta tentang stadium kebanggaan rakyat Selangor terutamanya Shah Alam ini.
Fakta Stadium Shah Alam
Stadium tersebut telah dibina bermula pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi pada bulan Julai tahun 1994.
Pernah menjadi stadium terbesar di Asia Tenggara dengan menelan kos bernilai RM 460 Juta.
Sebahagian pampasan Kerajaan Pusat kepada negeri Selangor kerana menyerahkan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan.
Stadium itu mempunyai keluasan 155, 000 meter serta mampu memuatkan kapasiti sebanyak 80, 000 penonton.
Mempunyai kira-kira 5,500 tempat letak kereta di sekeliling stadium. Mengambil kira faktor keluasan tersebut menjadikan ianya stadium kedua terbesar di Malaysia selepas Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sering kali ditafsirkan bahawa Stadium Shah Alam itu digunakan hanya untuk perlawanan bola sepak. Sebenarnya, ianya juga turut mempunyai kemudahan-kemudahan lain terutamanya untuk aktiviti olahraga. Disebabkan itu, Stadium Shah Alam turut dianggap sebagai stadium serbaguna.
Memiliki enam tingkat di dalamnya. Struktur rangkanya merupakan gerbang berdiri bebas terpanjang di dunia.
Direka dengan mengambil inspirasi daripada bentuk penyu bagi menonjolkan identiti nasional tersendiri.
Mercu tanda utama di Shah Alam disebabkan saiz dan seni binanya yang mengagumkan.
Sebahagian stadium ini pernah menjadi kampus Fakulti Seni Persembahan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum kampus satelit Puncak Perdana universiti itu disiapkan.
Pada tahun 2011, sebanyak RM 3.4 Juta telah diperuntukkan oleh kerajaan Selangor bagi mengubahsuai stadium dengan menaik taraf beberapa komponen utama stadium.
Pada tahun 2014 pula, sebanyak RM 2.4 Juta telah dibelanjakan untuk kerja-kerja menaik taraf fasa kedua.
Sejak Disember 2015, beberapa kali Stadium Shah Alam telah ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Stadium Shah Alam sekali lagi menjalani pengubahsuaian pada tahun 2016 yang telah siap dan beroperasi sepenuhnya untuk perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) antara Selangor F.C. dan Kedah.
Hmmm…sayangnya kalau hendak dirobohkan mercu tanda Shah Alam ini..huhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!