Peluang untuk menjadi sukarelawan masih terbuka kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mencari sukarelawan bagi membolehkan ujian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19.
Individu yang berusia 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan, amat dialu-alukan untuk menyertai kajian ini.
Sehingga kini, lebih 7,000 orang telah menghubungi hospital terlibat dan seramai 990 orang telah bersetuju untuk menyertai kajian ini. Daripada jumlah itu, 208 sukarelawan telah pun menerima dos pertama.
Gambar hiasan
Menurut KKM, mereka akan menyertai ujian klinikal fasa ketiga untuk vaksin yang dibangunkan Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS).
Sukarelawan ini diperlukan bagi menyumbang dalam usaha mencari vaksin yang selamat dan berkesan demi melindungi orang ramai daripada COVID-19.
Jika korang berminat, boleh hubungi sembilan hospital yang telah ditetapkan seperti berikut.
Jika korang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan bersetuju untuk menjadi sukarelawan ini, bolehlah hubungi hospital-hospital yang telah disenaraikan ini.
Semoga ujian ini berjaya dan rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin bagi mengurangkan penularan wabak pandemik ini.
Snek merupakan makanan ringan yang sering dicari di waktu petang. Biasanya, waktu-waktu beginilah perut mula rasa lapar dan inginkan ‘sesuatu. Kali ini, kami nak kongsikan satu resipi mudah iaitu potato chip macam yang korang selalu beli tu.
Jika dibeli di luar, sebungkus potato chip rasa sikit sangat dan rasa tak puas makan kan? Jadi, apa kata kita cuba resipi yang telah dikongsi di Inspirasi Resepi ini.
Kentang Goreng Rangup ( Potato Chip)
Bahan-bahan yang diperlukan:
3 biji kentang
2 sudu makan cuka
500ml air
Sedikit penrencah maggi kari
Sedikit penrencah pasti sedap Knorr
Minyak untuk menggoreng
Cara nak buat potato chip
Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisah kupas buah.
Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi.
Perlahankan api, biarkan selama 3 minit.
Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng.
Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah sedap Knorr atau apa-apa yang anda suka ikut tekak sendiri. (sebagai perasa)
Senang dan puas hati. Selamat mencuba!
Sumber– Inspirasi Resepi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas lebih sedekad, Malaysia akhirnya meraih semula tempat di puncak podium dalam kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton Remaja Dunia (WJC) 2024, berkat kemenangan Aaron Tai-Kang Khai Xing di Nanchang, China, pada 13 Oktober.
Sebagai pilihan pertama kejohanan, Aaron-Khai Xing mencetak nama sebagai juara remaja dunia selepas mengharungi pertarungan rubber set yang mendebarkan selama 65 minit menentang pasangan tuan rumah dan pilihan kedua Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang.
Selepas ketinggalan 1-8 pada set pertama, Aaron-Khai Xing mencipta kebangkitan menakjubkan dengan kemenangan 21-18 dan keadaan menjadi sukar bagi mereka pada set kedua apabila tewas 15-21.
Kredit: BAMKredit: BAM
Namun, mereka akhirnya membawa pulang gelaran dengan kemenangan 21-18 dalam set penentuan.
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memiliki juara dunia remaja dalam acara beregu lelaki adalah menerusi gandingan Nelson Heg-Teo Ee Yi pada edisi 2011 di Taoyuan, Taiwan.
Aaron (17) meluahkan rasa lega setelah menebus kekecewaan tahun lalu apabila beliau dan bekas pasangannya Bryan Goonting hanya mampu meraih gangsa setelah tewas kepada pasangan Taiwan Lai Po Yu dan Tsai Fu Cheng 18-21, 21-15, 14-21 di separuh akhir.
Kredit: BAM
“Rasa seperti mimpi menjadi kenyataan (menang gelaran WJC). Kami merasakan tekanan di set kedua tetapi kami tidak berputus asa dan akhirnya kami berjaya,” katanya dalam rakaman audio yang dikongsi oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media.
Dalam pada itu, tiada pengakhiran manis untuk beregu wanita remaja negara Zi Yu-Dania Sofea Zaidi apabila mereka gagal menentang pilihan keempat dari Jepun Ririna Hiramoto-Aya Tamaki 17-21, 17-21 di pentas final.
Walaupun tewas, pasangan bukan pilihan itu layak diberi pujian atas pencapaian cemerlang mereka dalam kejohanan besar pertama termasuk kejayaan mengejutkan pilihan utama dari China Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue 16-21, 21-16, 21-17 di separuh akhir semalam.
Kredit: BAM
Keputusan pada Ahad menyaksikan Zi Yu-Dania mengulangi kejayaan Pearly Tan-Toi Ee Wei yang menjadi naib juara edisi 2018 di Markham, Kanada.
Bercakap selepas perlawanan, Dania (16) mengakui bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mengejar rentak lawan yang bermain pada tahap yang lebih pantas sepanjang perlawanan.
Selain itu, Zi Yu (14) merasa sedikit sedih kerana tidak dapat membawa kejayaan kepada Malaysia tetapi beliau masih berbangga menjadi pemain termuda beraksi dalam WJC.
Minggu lalu, Malaysia meraih gangsa dalam acara berpasukan campuran setelah tewas kepada tuan rumah, China, dengan keputusan 76-110 di separuh akhir.
Sumber: Sinar Harian, Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang pelajar jurusan kulinari dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Muhamad Sufi Irfan Mohamad Rusdin mencipta sejarah apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dengan memenangi pingat emas dalam kategori Confectionery Arts di pertandingan Young Chef International Competition 2025 yang berlangsung di Kazan, Tatarstan, Russia.
Memetik laporan sebuah portal berita tempatan, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berjaya menewaskan peserta berbakat dari 12 negara lain termasuk Arab Saudi, Turki, Indonesia, Iran dan Rusia sebagai tuan rumah.
Kredit foto: UiTM
Menurut Sufi Irfan, ini merupakan penyertaan pertamanya di peringkat antarabangsa untuk mencabar diri dan tidak menyangka dapat mencipta satu kejutan seperti ini.
“Memang saya terkejut apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang, jantung berdegup laju, tangan pun sedikit menggeletar sebab tidak sangka langsung”
“Saya sertai pertandingan untuk mencabar diri serta menguji kemampuan diri pada peringkat luar negara. Satu pengalaman baharu untuk saya, saya rasa sangat bersyukur dan terharu apabila menang, Allah Maha Besar,” katanya.
Kredit foto: BERNAMAKredit foto: BERNAMA
Dalam pada itu, pertandingan berkenaan diadakan sempena World Islamic Kazan Forum 2025 dari 14 hingga 16 Mei lalu. Penyertaan Sufi Irfan mencuri perhatian ketika beliau ditemui wartawan BERNAMA yang secara kebetulan berada di Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur, semasa proses dokumentasi menjelang lawatan rasmi Perdana Menteri ke Moscow dan Kazan. Wartawan tersebut sempat ‘mencabar’ beliau untuk membawa pulang pingat emas dan ternyata cabaran itu disahut dengan penuh bergaya.
Bercakap mengenai hidangan yang diketengahkan, anak muda ini menggabungkan elemen tempatan dan barat, berasaskan makanan laut dengan suntikan tradisi Melayu.
Antara menu yang disajikan Sufi Irfan termasuk Ikan Kod Goreng Rangup dengan Salad Tomato dan Basil bersama Sos Lemon (pembuka selera), Tenderloin Daging Lembu Marmar disajikan dengan Jus Kari, Sayur bersama Cendawan Kukur Tempatan dan Kentang Rosti (hidangan utama); serta Bingka Labu, Sos Oren Mandarin bersama Mousse Coklat, Buah-Buahan Segar dan Hiasan Gula sebagai pencuci mulut.
Kredit foto: BERNAMA
“Menu ini juga ada sentuhan tradisional Melayu yang saya mahu ketengahkan supaya juri dapat merasai keaslian serta kreativiti dalam hidangan saya,” jelasnya yang meminati dunia memasak sejak kecil. Selain dari itu, pemilihan menu juga mendapat bantuan dan ilham daripada dua pensyarah UiTM yang bertindak sebagai pengurus pasukan.
Sepanjang pertandingan, beliau mengakui berdepan tekanan tinggi terutama dalam soal pengurusan masa dan kawalan emosi.
“Tekanan paling kuat semasa pertandingan ialah untuk mengawal masa dan emosi. Namun saya cuba bertenang dan fokus satu per satu,” katanya.
Beliau juga menjalani latihan intensif selama dua minggu sebelum bertanding termasuk sesi menguji rasa dan memperkemas penyediaan.
Kredit foto: BERNAMAKredit foto: BERNAMA
Sementara itu, kemenangan di Kazan ini juga merupakan pencapaian terbesar setakat buat Sufi Irfan selepas memenangi gangsa di Melaka Culinary Challenge 2023 dan menyertai Battle of The Chef pada tahun 2024.
“InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang saya ingin memasuki lebih banyak pertandingan kerana ia satu cara untuk mengasah bakat dan belajar daripada orang lain,” ujarnya yang memasang impian untuk menjadi pensyarah cef satu hari nanti.
Turut menemani beliau ke Kazan ialah Penolong Profesor Cef Fadzly Che Omar, Timbalan Presiden Persatuan Gastronomi Malaysia, yang juga menjadi juri antarabangsa bagi pertandingan tersebut.
Menurut Sufi Irfan, kejayaan ini bukan sahaja membuktikan bakat luar biasa pelajar Malaysia, malah menyerlahkan pengaruh gastronomi negara di peringkat global.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!