Ramai yang ingin menurunkan berat badan namun menggunakan mekanisme atau pun teknik yang salah dan membahayakan kesihatan. Mana tidaknya, pantang lihat iklan produk kurus mulalah terperdaya.
Guys, tidak ada produk yang boleh buatkan korang kurus serta-merta. Jangan mudah tertipu dan akhirnya mengundang bahaya pada diri sendiri.
Sedar akan ramai masyarakat kita yang ingin menurunkan berat badan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun berkongsi ‘slimming set’ yang berkesan dan selamat untuk korang amalkan. Paling penting, tak perlu keluar modal besar pun.
Jom kita lihat panduan ‘slimming set’ yang diberikan percuma oleh KKM ini.
Ads
1. Makan tanpa berlapar
• Amalkan konsep #SUKUSUKUSEPARUH
• Amal 3 kali sehari
• Lengkap dengan vitamin, mineral dan serat
• Dijamin kesihatan berpanjangan
• Lulus KKM
Ads
2. Air untuk detoks
• Minum AIR KOSONG 6-8 gelas sehari untuk bantu detoksfikasi badan secara semulajadi
• Tiada kalori
• Dijamin selamat
• Awet muda
• Tip: Bawa air kosong pergi kemana-mana
Ads
3. Bakar Lemak
• Lakukan SENAMAN 5 kali seminggu
• Sambil bersenam sambil lihat keindahan alam
• Tingkatkan metabolisma
• Mengurangkan stres
• Tidur lebih lena
• Dijamin lebih bertenaga
Tak susah pun sebenarnya kan? So, buat apa korang nak habis duit beribu untuk beli produk yang belum tentu berkesan? Guna sahaja teknik selamat yang diberikan KKM ini, buat secara konsisten confirm berat badan tu turun.
Selamat berjaya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebulan masa yang telah diambil oleh penyanyi Indonesia popular, Dewi Perssik untuk benar-benar yakinkan diri dan muncul semula di hadapan khalayak ramai.
Ini berikutan pengesahan dirinya yang telah didapati positif kes Covid-19. Tempoh sebulan terpaksa diambil oleh penyanyi yang mesra dengan panggilan DePe itu untuk proses pemulihan. Berita tersebut tidaklah mengejutkan ramai pihak memandangakan jumlah kes di Indonesia agak tinggi juga mengikut laporan harian media di sana.
Sebaliknya, apa yang mengejutkan adalah situasi ruam kemerahan pada wajah dan dada DePe dek kerana jangkitan tersebut.
Catatnya di Instagram, ini adalah di antara simptom yang terpaksa dihadapi oleh pesakit positif Covid-19.
“Jadi, timbul kemerahan ini adalah salah satu yang timbul dari mereka yang terkena Covid sekitar 20 peratus. Nah ini jadi bahan renungan buat kita semua dan teguran buatku juga untuk menggugurkan dosa-dosaku. Dan bahawa Covid itu nyata,” jelasnya.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh rakan media di bahagian kesihatan Detik.Com, kajian King’s College mengenai gejala ruam akibat jangkitan Covid-19 adalah suatu gejala yang pernah terjadi ke atas pesakit lain setelah mereka berdepan simptom seperti batuk, demam dan sesak nafas.
Ia berbeza sama sekali dengan gejala ruam biasa. Ruam biasa yang kita alami terjadi disebabkan keradangan, stres, efek sampingan perubatan, ekzema atau alergi. Keadaan ruam juga kelihatan seperti bintik merah yang menjadi penanda kepada simptom cacar air atau chicken pox.
Ruam yang terjadi akibat kes Covid-19 pula adalah disebabkan oleh keradangan pada saluran darah. Menurut ketua bahagian dermatologi di Howard University iaitu Dr Ginette Okoye, ruam ini membengkak dan kelihatan seperti ungu kemerahan pada bahagian jari kaki. Ia selalunya dihadapi oleh pesakit Covid-19 yang lebih muda. Walaupun tidak mendatangkan rasa gatal namun masih terasa sakit.
Pesakit juga seringkali mendapati munculnya benjolan kecil gatal persis cacar air dan ia mucul pada bahagian siku, lutut, pungung, tangan dan kaki.
Beliau turut menyarankan agar pesakit tidak gusar kerana gejala ini adalah penanda imun badan sedang ‘melawan’ virus Covid-19 yang menyerang pesakit.
Buat pakar kulit dari New York iaitu Dr Marie Hayag pula, ruam pada kulit seperti yang terjadi kepada DePe ini juga mungkin adalah kesan pencucian tangan secara berlebihan, menggunakan hand sanitizer secara kerap dan pemakaian sarung tangan yang menyebabkan iritasi. Semua ini terpaksa dihadapi oleh pesakit bagi memastikan mereka berada dalam keadaan paling selamat dan bersih.
Apapun, syukur setelah DePe mengesahkan bahawa beliau telahpun sembuh setelah 2 kali pemeriksaan berikutnya.
Selain mengingatkan agar semua orang mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengelak daripada dijangkiti Covid-19, beliau juga menyarankan agar mengurangkan kepadatan kerja dan dapatkan lebih banyak masa berehat pada musim pandemik ini.
“Gejala yang saya alami ini adalah gejala ringan. Yang lebih berbahaya adalah orang tanpa gejala kerana dia tetap merasa sihat dan berpotensi menjangkiti golongan yang berisiko,” simpulnya.
Terbaru, penyanyi terkenal dan juga anggota BTS, Jin telah diangkat sebagai Duta Global untuk jenama terkenal Gucci.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno berkata, “Gucci adalah salah satu jenama ikonik penuh warisan lengkap dengan kemodenan yang sudah lama ada. Ini sangat bermakna dan mendebarkan apabila menjadi sebahagian daripada ‘rumah’ seperti itu”.
Dalam pada itu, Sabato turut meluahkan rasa senang dan gembira apabila penyanyi Korea berkenaan menjadi sebahagian daripada jenama Gucci.
“Saya sangat gembira menyambut Jin sebagai Duta Jenama Global. Sikapnya yang sangat hangat dan baik hati betul-betul menarik hati. Juga gayanya sangat unik”
“Dia juga adalah seorang artis yang murah hati dan luar biasa yang boleh mempengaruhi orang melalui karya muziknya,” tambah Sabato lagi.
Difahamkan, sebagai Duta Global jenama Gucci, Jin BTS akan mewakili ‘House’ dalam pelbagai acara jenama berkenaan untuk menunjukkan semangat inovatif bagi pihak mereka. Selain itu, penggemar antara jenama dan artis tersebut juga boleh menantikan kerjasama antara Jin dan Gucci pada masa akan datang.
Sekadar info, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah beberapa kali terpaksa ditangguhkan, pertandingan ratu cantik Miss World 2021 akhirnya menobatkan wakil dari Poland, Karolina Bielawskasebagai pemenang edisi ulang tahun ke-70nya pada pagi ini.
Miss World 2021, Karolina Bielawska dari Poland.Berdiri pada ketinggian 1.79m, Karolina dilihat bersama Miss World 2019, Toni-Ann Singh.
Bertempat di Coca-Cola Music Hall, San Juan di Puerto Rico, Karolina merupakan salah seorang peserta kegemaran ramai yang diramalkan mampu membawa pulang gelaran Miss World kembali ke negaranya.
Ini susulan peranan Poland yang memainkan tanggungjawab sebagai negara jiran kepada Ukraine dengan membenarkan jutaan penduduknya memasuki sempadan Poland demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa konflik bergolak yang sedang berlaku sekarang di sana.
Karolina telah mengenepikan 96 wakil negara lain untuk dimahkotakan oleh pemenang Miss World terdahulu dari Jamaica, Toni-Ann Singh. Sementara itu, wakil Amerika Syarikat berketurunan India, Shree Saini dinamakan sebagai naib juara manakala wakil Cote d’Ivoire iaitu Olivia Yace pula berpuas hati di kedudukan ketiga.
Selain petah berkata-kata dalam kesemua segmen pertandingan di Miss World 2021, kecantikan raut wajah Karolina juga tidak boleh dinafikan.
(Dari Kiri) : Karolina Bielawska dan Margot Robbie(Dari Kiri) : Margot Robbie dan Karolina Bielawska.
Gadis berusia 23 tahun ini kerap kali disamakan dengan pelakon Australia, Margot Robbie (Suicide Squad, The Wolf of the Wall Street) terutamanya pada bahagian mata, senyuman dan of course, rambut perang yang mereka berdua miliki.
Untuk pengetahuan semua, penganjuran pentas akhir Miss World 2021 telah berdepan pelbagai cabaran dan terpaksa dianjakkan ke tarikh baharu berikutan pandemik COVID-19 yang menyerang beberapa peserta dan para krunya pada Disember, tahun lalu.
Justeru, Karolina Bielawska dijangka memiliki tempoh yang lebih pendek untuk memegang gelaran Miss World 2021 kerana mengikut perancangan, edisi ke-71 pertandingan ini tetap akan dilangsungkan pada tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...