
Jerawat dan kehidupan remaja memang berpisah tiada, pimples come and go as they wish. Ia sebahagian daripada norma perubahan hormon pada diri masing-masing.
Kecutkan Jerawat. DIY Sendiri Je Ketulan Ais ALOE VERA
Hold up, sebelum korang lakukan tindakan yang akan korang sesali.. cuba dulu home hacks dari Kiub Ais ALOE VERA yang REMAJA sarankan ini.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat seperti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.

Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.

3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.

Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.

3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
Berikut adalah senarai beberapa manfaat utama aloe vera untuk kulit:
- Melembapkan Kulit: Aloe vera membantu melembapkan kulit secara semulajadi. Gel aloe vera mengandungi air yang tinggi, membantu menjaga kelembapan kulit.
- Mengurangkan Kemerahan dan Keradangan: Kandungan anti-radang dalam aloe vera membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan pada kulit, menjadikannya sesuai untuk merawat kulit yang sensitif atau berjerawat.
- Pengurangan Jerawat: Aloe vera mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik, membantu mengawal pertumbuhan bakteria penyebab jerawat. Ia juga membantu mengurangkan parut jerawat.
- Mengurangkan Gatal-Gatal: Aloe vera dapat memberikan kelegaan kepada kulit yang gatal disebabkan oleh alahan atau penyakit kulit tertentu.
- Mempercepatkan Pemulihan Luka: Gel aloe vera dikenali untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan lecet pada kulit.
- Mengurangkan Kesan Penuaan: Kandungan anti-oksidan dalam aloe vera membantu melambatkan proses penuaan kulit dan mengurangkan garis halus.
- Melindungi Kulit daripada Sinar Matahari: Aloe vera membantu melindungi kulit daripada kesan buruk sinar UV matahari dan dapat digunakan sebagai losyen kulit selepas terkena matahari.
- Mengurangkan Kesan Garis Halus dan Kedutan: Penggunaan aloe vera secara konsisten boleh membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan pada kulit.
- Mengatasi Kesan Pemutihan Kulit: Aloe vera dapat membantu mengurangkan kemerahan dan kegelapan pada kulit, memberikan kulit penampilan yang lebih sekata.
- Menyegarkan Kulit: Aloe vera memberikan sensasi penyegaran pada kulit, menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian sebagai toner atau pelembap.
Penting untuk mengingat bahawa hasil aloe vera mungkin berbeza antara individu. Sebelum menggunakan aloe vera secara terperinci, disyorkan untuk melakukan ujian kecil di bahagian kulit yang kecil untuk mengelakkan sebarang reaksi alergi atau sensitiviti.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
BACA LAGI: 6 Makna Disebalik Warna Darah Haid, Petanda Tahap Kesihatan Wanita
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3 Tip Cantik ‘Anjuran Islam’, Tanpa Perlu Keluar Sebarang Kos
Kecantikan dan kaum hawa memang tidak dapat dipisahkan.
REMAJA terpanggil untuk berkongsikan ‘rahsia’, tip dan amalan kecantikan secara semulajadi yang boleh diamalkan mengikut anjuran Islam tanpa perlu mengeluarkan sebarang ‘kos’.
Malah, pastinya memberikan ‘result’ yang didambakan sekiranya korang rajin dan konsisten melakukannya!
1. Amalkan Bangun Pagi Dan Mandi Sebelum Subuh

Ramai antara kita yang terlepas pandang ‘hikmah’ disebalik bangun seawal pagi dan amalan mandi sebelum subuh, malah perkara ini amat dianjurkan oleh Islam.
Artikel berkaitan: Rahsia Cantik Selebriti Hollywood Ini Pakai Mask Dari Drugstore Jer, Muka Tak Makan Usia. Sempurna!
Jika hijabi memiliki lingkaran hitam di bawah mata, adalah disarankan untuk mandi dengan menggunakan air sejuk. Ini demikian kerana ia dipercayai dapat mengurangkan kegelapan di bahagian bawah mata.
Selain itu, mandi diawal pagi ini akan memberi manfaat kepada kuku, dengan menjadikan kuku lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Malah, kulit juga akan menjadi lebih lembut dan halus.
2. Minum Segelas Air Putih Sebelum Menggosok Gigi

Satu lagi tip yang patut menjadi amalan dan sangat disyorkan dalam Islam adalah, minum segelas air masak bersuhu bilik sebelum dan selepas bangun tidur, untuk lebih mujarab lagi, air tersebut perlulah diminum sebelum menggosok gigi. Ini kerana enzim-enzim di dalam mulut sebaik sahaja kita bangun tidur mengandungi khasiat yang buaik untuk kulit.
Caranya, kemam seketika air tegukan pertama di dalam mulut. Baca selawat sebanyak tiga kali di dalam hati, kemudian barulah disusuli dengan menelan air didalam mulut dan habiskan meneguk air di dalam gelas tadi.
3. Tadah Air Sambil Baca Selawat

Untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih tanpa cela pula, Hijabi boleh amalkan membaca selawat terlebih dahulu sebelum menadah air pada telapak tangan. Amalan ini boleh dilakukan ketika mahu membasuh muka atau sewaktu mengambil wudhu’.
Baca selawat terlebih dahulu sebanyak tiga kali, kemudian hembuskan bacaan tersebut pada air dan usap air itu pada wajah bermula dari dagu naik ke atas hingga dahi. Ulang langkah sama tiga kali. InshaaAllah jika diamlkan pasti nampak perbezaanya kelak!
Nak cantik kena ada usaha sis! Jom sama-sama kita amalkan, InshaAllah pahala dapat cantik pun dapat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya
Kisah perkahwinan anak saudara mendiang Puteri Diana ini mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana dia seorang anak saudara kepada figura terkenal, tetapi dia juga merupakan seorang yang dikenali ramai dek statusnya yang datang dari keluarga bangsawan selain aktif dalam dunia glamor sebagai seorang model dan jurucakap kepada jenama-jenama terkenal.
Ketika hari perkahwinannya dengan Michael Lewis, majlis yang berlangsung selama tiga hari itu memperlihatkan beliau menggayakan busana-busana indah hasil rekaan duo pereka Dolce & Gabbana.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 12 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385497.jpeg)
Why Dolce & Gabbana? Sebab wanita berusia 30 tahun ini merupakan jurucakap global dan juga model untuk jenama ini. Bertuah sungguh badan!
Jom kita lihat busana-busana indah rekaan Stefano Gabbana dan Domenico Dolce untuk ratu sehari ini.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 13 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385491.jpeg)
.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 14 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385496.jpeg)
.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 15 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385495.jpeg)
.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 16 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385494.jpeg)
.
![[TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya 17 [TRIVIA] Mengapa Kitty Spencer Tidak Mengenakan The Spencer Tiara? Dan Ini Lima Busana Perkahwinan Yang Digayakannya](https://cdn.remaja.my/2021/07/385493.jpeg)
.
Kenapa pula Lady Kitty Spencer tidak mengenakan Tiara The Spencer yang merupakan warisan turun temurun keluarga bangsawan Spencer?
Tiada penjelasan kukuh yang diberikan namun mengikut laporan Page Six, beberapa individu dari golongan bangsawan British membuat spekulasi yang mengatakan dia mengambil keputusan itu kerana untuk menghentikan rasa kurang selesa kematian Diana yang dekat dengan waktu perkahwinannya. Dan kemungkinan kegagalan perkahwinan ibu bapanya turut menyumbang kepada keputusan tersebut.
Sumber gambar: Instagram German Larkin, Dolce & Gabbana, Kitty Spencer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mulanya Diraikan Untuk Orang Bujang, Ini Sejarah Unik ‘Single Day’ 11.11!
Pernahkah tak korang dengar tentang ‘ single day’ sebelum ini? Di China, Hari Bujang merupakan hari untuk individu yang masih bujang yang diraikan setiap 11.11 atau 11 November.
Mungkin ramai antara kita anggap 11.11 sebagai hari membeli-belah dalam talian, sebab banyak promosi dan tawaran menarik. Namun begitu, ia bukan sahaja tentang membeli-belah, kerana terdapat juga perayaan lain pada hari tersebut.

Hal ini berikutan Singles’ Day pada mulanya diasaskan oleh seorang pelajar dari China sekitar awal 1990 sekaligus membuatkan hari ini sangat sinonim dengan promosi jualan barangan di China serta mulai diikuti beberapa negara lain.
Bagaimana Singles’ Day bermula
Seperti namanya, tarikh 11.11 dipilih sebagai Singles’ Day dimana angka ‘1’ dikatakan sangat kehidupan sebagai seorang solo tanpa pasangan. Singles’ Day pada mulanya diperkenalkan sebagai hari menghargai mereka yang tidak mempunyai pasangan.
Tahun demi tahun, Alibaba buat pertama kalinya pada tahun 2009 mula memilih tarikh ini sebagai hari untuk mengadakan promosi besar-besaran serta peluang buat mereka yang bujang untuk menghadiahkan diri mereka dengan barangan yang diingini beserta harga promosi.
Pada 2014, Alibaba berjaya memecah rekod sebagai penerima jumlah jualan tertinggi oleh sebuah syarikat dengan jumlah $14 bilion (RM58 bilion). Tahun-tahun berikutnya angka yang dicatatkan Alibaba sempena Singles’ Day dilihat terus meningkat dimana syarikat ini berjaya memperoleh RM158.37 bilion.
Kemeriahan Singles’ Day ini secara tidak langsung turut mengundang beberapa syarikat besar daripada negara luar untuk turut sama menjayakannya seperti Adobe, Apple, Nike dan Estée Lauder.
Kini, Singles’Day bukan sahaja disambut oleh mereka yang bujang malah mereka yang berkeluarga untuk mendapatkan kelengkapan rumah, makanan serta pelbagai lagi barangan lain yang tersedia.
Melihat kepada trend orang ramai yang lebih selesa untuk mendapatkan barangan secara atas talian, pastinya Singles’ Day bakal lebih meriah untuk tahun-tahun akan datang.
Alibaba pada tahun ini sekali lagi mencapai jumlah jualan tertinggi mereka sebanyak RM158.37 bilion. Lazada pula cuma memerlukan 13 jam untuk menandingi rekod jualan 11.11 pada tahun lalu. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Sumber : Vox
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

