“Kita Cuba Lagi, Bagi Peluang & Ruang” -Hubungan Zulin Aziz, Suami Kembali Pulih. Netizen Turut Titipkan Doa Yang Terbaik

Share

Selepas pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mengejutkan ramai pihak apabila memberi bayangan dia dan suami, Farhan Norzaini sudah berpisah hanya selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama.

Hari ini, pelantun lagu Dan Ketik Itu mengesahkan hubungannya bersama suami sudah kembali pulih.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Sampai Sini Saja, Thank You For Everything” -Zulin Aziz Beri Kiasan Mengenai Rumah Tangga?

Zulin berkata, apa yang berlaku adalah ujian buat mereka dan mahu memberi peluang kepada diri masing-masing dalam menjadi pasangan lebih baik.

“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ini. Kita bagi peluang dan ruang. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

“Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tetapi hikmah dia sangat indah
Alhamdulillah.

“Ada sebab kenapa hantaran itu dibuat. Ada sesuatu pekara yg berlaku, yang mana tahu sahaja yang tahu. Alhamdulillah asbab dan hikmah disebalik itu,” coretnya di ruangan kapsyen.

Perkara tersebut dikongsi Zulin menerusi hantaran di terbaharu di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi positif warganet dan rakan selebriti. Rata-rata meniupkan doa yang baik-baik buat pasangan tersebut.

Sebelum ini, pelakon drama popular Ramadan Yang Hilang itu memaklumkan keputusan yang dibuat sebelum ini secara tiba-tiba kerana masing-masing berputus asa berdepan kemelut.

Zulin bagaimanapun tetap dengan pendirian untuk tidak mendedakan masalah yang berlaku di antara mereka.

Sekadar informasi, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2022.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Zulin Aziz

IKLAN