“Pihak yang berkaitan kini dalam perbincangan untuk menetapkan harga borong dan proses tersebut dijangka berakhir pada Julai atau Ogos yang mana selepas itu pakej jalur lebar pada harga lebih rendah akan diperkenalkan kepada pengguna,” katanya.

Tambah beliau lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melaksanakan MSAP pada 8 Jun lepas (2018) yang berkuat kuasa mulai 1 Jan tahun ini.

Gobind berkata, SKMM turut diminta mempertimbangkan langkah lain yang boleh menurunkan lagi harga jalur lebar dan memantau harga jalur lebar di negara ini supaya harga pakej permulaan adalah munasabah untuk semua rakyat.

Sebagai perbandingan negara jiran, Thailand menawarkan harga 50 Mbps sebanyak RM74, Singapura RM134 untuk 1 Gbps manakala Malaysia RM120 untuk hanya 10 Mbps.

Polisi MSAP mengenakan harga siling borong bagi pihak pembekal kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dalam pasaran.

Penurunan harga borong ini bakal mengurangkan harga pasaran kepada pengguna.

REMAJA menyambut baik penurunan harga ini memandangkan ia akan menjadi lebih murah dan lebih ramai golongan remaja terutama daripada keluarga berpendapatan rendah mampu menikmati Internet.

Semoga penurunan harga ini juga dapat terus menjadi pemacu kepada perkembangan teknologi dan maklumat di kalangan orang muda.