Jika di Hollywood kita mempunyai kisah cinta remaja Zac Efron & Vanessa Hudgens (High School Musical), Adam Brody & Rachel Bilson (The O.C) dan Chad Michael Murray & Sophia Bush (One Tree Hill), di Malaysia kita mempunyai kisah cinta “Elly & Epit”.
Popular dengan siri kanak-kanak popular Elly & Epit di saluran Astro Ceria sekitar tahun 2011 hingga 2014, pelakon utamanya iaitu Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana sebenarnya telah mengenali diri masing-masing sebelum memasuki set Elly & Epit lagi.
Hadi dan Dayana merupakan alumni daripada program Idola Kecil di saluran TV9. Dayana merupakan juara Idola Kecil 2 manakala Hadi ialah peserta Idola Kecil 3.
Kiranya mereka berasal daripada dunia nyanyian sebelum memasuki ke dalam set penggambaran drama.
Masing-masing sekarang berusia 20 tahun dan mereka baru saja melangsungkan pernikahan! Perghh, ramai pasangan high school sweethearts tak bertahan pun selepas tamat belajar tetapi Hadi & Dayana selamat sampai ke jinjang pelamin.
Menariknya, mereka berdua yang telah berundur daripada dunia hiburan menyatakan bahawa mereka tidak akan bercinta sebelum bernikah. Sepanjang tempoh bertunang pada tahun lalu, mereka enggan keluar dating ke sana-sini seperti pasangan remaja lain.
Ads
Seperti yang pernah ditulis Dayana di Twitter, “Kami tak bercinta dan tak akan bercinta sehingga selepas sahnya akad, InsyaAllah.”
Menurut ibu Hadi di akaun Facebook-nya, perubahan ke arah keagamaan pada usia muda itu bertitik-tolak daripada diri sendiri.
“Hadi merupakan pelajar jurusan Syariah Islam di Kolej Islam As Sofa Ampang. Selepas pulang daripada menunaikan umrah pada tahun 2004, dia mula mendalami agama.
“Dayana pula berdepan momen sukar ketika ayahnya menderita sakit kanser dan menghembuskan nafas terakhir ketika Dayana dan adik-adiknya masih remaja.
Ads
“Sebagai anak sulung, Dayana memikul tanggungjawab untuk membantu ibu menguruskan rumah tangga dan adik-adiknya ketika ibu keluar mencari nafkah,” tulis beliau lagi.
Nampaknya semalam, Hadi dan Dayana telahpun selamat diijab kabulkan dan netizen memberikan ucapan tahniah kepada mereka berdua.
Bila kita menonton drama Melayu yang ditayangkan di televisyen, salah satu komplikasi plot tentunya adalah isu cinta tidak ikhlas.
Cinta hanya semata-mata untuk melunaskan nafsu, untuk mengikis harta pasangan, untuk mendapatkan perhatian mahupun untuk saja-saja mencuba.
Namun menurut survey ‘dating’ tahunan 2019 yang dilakukan oleh syarikat dating Malaysia iaitu Lunch Actually, seramai 91 peratus rakyat Malaysia masih berminat untuk jatuh cinta demi berkahwin.
Hhm, interesting.
Jumlah itu tak jauh berbeza dengan negara jiran kita seperti Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Thailand yang masih memilih untuk bercinta agar ia boleh berakhir di jinjang pelamin.
Siapa yang tak nak kahwin? Eh!
Budaya bercinta juga nyata telah berubah mengikut statistik yang dilakukan oleh mereka.
Jika dahulu, ramai remaja yang tertanya-tanya di manakah untuk mencari pasangan ideal mereka.
Kini dengan perhubungan di internet, proses itu amatlah mudah tanpa mengira lokasi. Lebih ramai yang percaya dan berminat untuk menggunakan aplikasi dating disebabkan kepelbagaian pilihan dan kemudahan.
Sementara itu, lokasi terbaik untuk dating masih jatuh kepada restoran dan kafe. Walaupun kedengaran klise, ia adalah lokasi terbaik yang memberikan mood santai, tidak terlalu formal dan mudah dijumpai.
Apa tunggu lagi, kalau korang masing single dan tercari-cari, mungkin Lunch Actually adalah sesuatu yang boleh korang cuba.
Iyalah, mereka telah berjaya menyatukan 4,500 pasangan di sekitar Asia. Hebat!
*
Jika korang masih terganggu dengan crush dan ingin move on, cer try 7 cara ini.
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan komposer terkenal, Amylea Azizan kini bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad.
Pasangan itu disatukan pada majlis akad nikah di rumah keluarga Amylea di Sungai Petani, Kedah, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka.
Dalam majlis secara tertutup, penyanyi lagu popular Tetap Kamu itu menerima mas kahwin senaskhah al-Quran, telekung serta hantaran bernilai RM8,888.
Selain itu, Amylea menerusi kenyataan media bersyukur kini bergelar isteri. Katanya, tanpa disangka perkenalan secara singkat itu berakhir ke jenjang pelamin.
“Sebenarnya, saya belum bersedia mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Perkenalan saya dengan suami bermula dalam media sosial sejak beberapa bulan lalu.
“Bila selesa berkawan, suami terus melamar saya. Suami buat keputusan selepas mendapat petanda baik daripada solat istikharah dan terus berjumpa keluarga saya,” katanya.
Sempena pernikahan, penyanyi berusia 37 tahun itu tampil dengan single baharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran didedikasikan khas buat suaminya.
Amylea berkata, lagu itu dicipta sebagai tanda cinta yang akan kekal hingga akhir hayat dan dapat didengari oleh anak cucu suatu masa nanti.
22 Julai lalu, genaplah usia Selena Gomez yang menginjak 26 tahun.
Sambil meraikan hari jadinya itu bersama kenalan rapat, ada laporan terdekat yang juga berkata Selena turut mengharapkan satu perkara ini untuk datang daripada bekas kekasihnya, Justin Bieber.
Menurut Hollywood Life, Selena ingin Justin memberinya ketenangan total apabila secara rasminya kini, tiada lagi ikatan yang wujud di antara mereka berdua. Justin telahpun bertunang dengan sosialit dan model, Hailey Baldwin manakala Selena pula sudah sekian lama move on daripada episod cinta mereka dahulu.
“Selena kini berada dalam kondisi yang cukup baik dan positif. Dia telahpun benar-benar melupakan Justin. Dan disebabkan itulah, dia berharap agar Justin tidak lagi muncul dengan kiriman bunga, hadiah, menelefon lewat malam ataupun mengirimkan mesej telefon,” kata sumber terdekat itu.
Harapan Selena ini bukanlah tindakan selfish seperti yang dipersoalkan oleh netizen media sosial. Mereka berkata Selena tak seharusnya membuang hubungan baik sebagai kawan dengan Justin.
TETAPI buat Selena, sebolehnya dia ingin menghormati Hailey Baldwin. Dia juga tak mahu memburukkan keadaan sehingga menjadi awkward di antara mereka bertiga. Sebab itulah, Selena berharap Justin tidak akan menghubunginya sempena hari jadi ke-26 tahun ini.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.