Baharu sahaja tamat episod akhir Hometown Cha Cha Cha pada hari Ahad lalu, timbul pula kontroversi yang membabitkan pelakon utamanya, Kim Seon Ho yang dikatakan pernah memaksa bekas kekasihnya untuk menggugurkan kandungan.
Menurut kenyataan rasmi daripada Salt Entertainment, agensi itu memohon untuk diberikan masa bagi mengumpul maklumat terperinci di sebalik dakwaan sensasi tersebut sebelum mengesahkan kebenarannya.
Terbaharu, pelakon lelaki itu telah pun membuat kenyataan rasmi dan meminta maaf kepada pihak terbabit.
“Saya memohon maaf atas kelewatan memberi kenyataan. Baru-baru ini, selepas artikel berkaitan saya dipaparkan, pertama kalinya saya berasa takut dan akhirnya memberanikan diri untuk menulis kenyataan ini.
Ads
“Saya bertemu dengannya secara baik. Dalam proses pertemuan, saya menyakitinya dengan kelalaian dan tindakan saya yang tidak bertimbang rasa.
“Pertama sekali, saya ingin meminta maaf dengan tulus kepada mereka melalui catatan ini. Saya minta maaf kerana telah mengecewakan semua orang yang mempercayai dan menyokong saya hingga hari ini. Dengan sokongan kalian, saya dapat berdiri sebagai pelakon Kim Seon Ho, tetapi saya terlupa akan hal itu. Saya minta maaf kerana menimbulkan masalah kepada semua, termasuklah individu yang pernah bekerjasama dengan saya.”
Ads
“Saya ingin meminta maaf dengan tulus kepada semua orang yang telah terluka. Saya tahu bahawa tulisan saya ini tidak dapat memuaskan hati semua orang, tetapi saya hanya meluahkan perasaan dengan ikhlas dan merasa sangat menyesal,” jelas Kim Seon ho.
Ekoran kontroversi ini, iklan Dominos Pizza yang dibintangi Kim Seon Ho telah ditarik balik. Selain itu, dia khabarnya telah digugarkan daripada beberapa projek lakonan akan datang termasuklah filem berjudul Dog Days serta kemunculan dalam program variety, 2 Days & 1 Night musim ke-4. Dia juga mungkin sekali akan digugurkan daripada naskah rom-com bersama YoonA SNSD berjudul 2 O’Clock Date.
Ads
Sebuah lagi filem berjudul SadTropics turut melibatkan Seon ho. Bagaimanapun, pihak produksinya masih belum membuat keputusan berkenaan penglibatan pelakon itu.
Aduhh, banyak rezeki yang terlepas daripada tangan Kim Seon ho!
Semoga apa yang berlaku ini dapat memberi pengajaran khususnya buat selebriti popular yang lain supaya tidak melakukan perkara-perkara yang akan menyukarkan mereka di kemudian hari.
Gegar Vaganza 8, rancangan hiburan popular terbitan Astro Ria telahpun melabuhkan tirai separuh akhir malam tadi. Seramai enam bintang telah berjaya mara ke peringkat akhir manakala dua lagi tersingkir menerusi cabaran yang diberikan.
Enam peserta yang berjaya layak ke peringkat akhir ialah Aweera, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor dan Suki Low. Manakala penyanyi dangdut Ani Maiyuni dan penyanyi veteran Shidee pula terpaksa akur apabila mereka menjadi dua peserta terbawah sekaligus disingkirkan.
Ani Maiyuni menampilkan persembahan yang bertenaga, namun sudah tertulis perjalanannya hanya sampai separuh akhir. Sumber foto: Instagram Ani Maiyuni
Namun setiap keputusan yang dilakukan pasti ada cakap-cakap yang kurang berpuas hati terhadap pemilihan yang dilakukan oleh juri. Antara yang lantang menyuarakan suaranya ialah Datuk Seri Vida yang dilihat meninggalkan komen ‘pedas’ di laman Instagram Media Hiburan.
Ujarnya, “Pilih kasih, kalau saya mencelah kata nak menumpang. Asyik ada saya je. Adibah tiada effort. Tak sedap dapat masuk final. Si Ani ni memang menyerlah malam ini. Good voice performance compared to Kak Deeb, mmmm pilih bulu tetap.”
Kredit foto: Tangkap Layar Instagram Media Hiburan
Komen tersebut menerima lebih 100 tanda suka dan juga pelbagai komen dari warganet yang bersetuju dengan statement yang diberikan oleh usahawan yang pernah menaja beberapa musim pertandingan nyanyian tersebut.
Adat dalam sesebuah pertandingan,‘rumah siap, pahat masih berbunyi’ terhadap satu-satu keputusan yang dilakukan. Barisan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat bersama juri jemputan, Datuk Rosyam Nor telah pun membuat pilihan dan pastinya mereka memahami dari segi persembahan secara keseluruhan.
Minggu hadapan, juara Gegar Vaganza yang baru akan diketahui. Enam bintang yang mara ke peringkat akhir masing-masing akan mempersembahkan tiga buah lagu dalam konsep solo, duet dan juga battle.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah bangkit pada minggu lalu, penyanyi dan penyampai radio Dina Nadzir terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Gegar Vaganza 9 (GV9) pada episod separuh akhirnya.
Perjalanan Dina yang menemui titik noktah itu turut diiringi seorang lagi peserta, Fuad Rahman sekaligus menyaksikan penyingkiran berganda pada malam ini.
Ia juga bermakna pentas akhir GV9 pada minggu hadapan bakal menyaksikan pertarungan di antara Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan kumpulan VE.
Rata-rata peminat bersedih setelah impian mereka untuk menyaksikan Jaclyn dan Dina di pentas akhir tidak kesampaian.
Rakan sepejuangan yang memulakan kerjaya nyanyian mereka daripada program realiti Malaysian Idol itu sentiasa saling menyokong perjalanan masing-masing di GV9 biarpun di atas kertas bergelar pesaing.
Dengan tema ‘Separuh Aku Ada Kamu’ pada malam ini, Dina telah menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika. Manakala Fuad pula membawakan lagu Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf.
Terdahulu, Dina telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Juara Next Level Digi berdasarkan undian peminat dan membawa pulang wang tunai RM3,000. Bagaimanapun, kemenangan itu tidak cukup untuk membawanya mara selangkah lagi ke saingan akhir GV9.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin baru-baru ini mengesahkan sudah putus tunang dengan Eronmose Sleem sejak sebulan lalu.
Aya (27) yang juga gadis kacukan Melayu dan Afrika ini berkata, dia menganggap mereka tiada jodoh walaupun sudah merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini.
“Saya sudah kembali single sekarang. Kami berpisah secara baik, tiada gaduh-gaduh dan sebagainya. Ia juga bukan berpunca daripada orang ketiga. Kami sudah berkawan selama 4 tahun dan bertunang pun lebih kurang 2 tahun. Kalau ikut perancangan hujung tahun ini atau awal tahun depan sepatutnya kami mahu berkahwin. Tapi nampaknya tiada rezeki”
Kredit: xtra
Menurut Aya, hubungannya dengan bekas tunang masih baik sehingga kini dan dia tidak mempunyai masalah jika perlu bekerjasama lagi
“Kami berpisah kerana tiada persefahaman dan bukan disebabkan orang ketiga. Mungkin saya banyak kekurangan dalam hubungan kami. Namun, kami masih berkawan baik dan boleh bekerjasama lagi. Malah, bekas tunang juga selalu membantu saya untuk buat content di media sosial”
Sebelum ini, Aya pernah memaklumkan bekas tunangnya adalah individu yang mendorongnya untuk aktif sebagai content creator atau pencipta kandungan sebelum ini. Eronmose juga adalah tulang belakang untuk pelakon itu mengorak langkah menjadikan dirinya dikenali ramai seperti hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
redONE Mobile terus menyokong bakat muda melalui penglibatan dalam Dewi Remaja 2025, memberikan inspirasi, peluang dan dorongan kepada finalis untuk terus menyerlah dalam industri hiburan.