Kim Seon Ho Bakal Membintangi Filem 2 O’clock Date, Gandingan Bersama YoonA

Share

Pelakon lelaki berlesung pipit, Kim Seon Ho nampaknya semakin berjaya mencuri perhatian peminat dengan drama bersiri Hometown Cha Cha Cha.

Terbaharu, syarikat pengurusan pelakon ini telah pun mengesahkan bahawa Kim Seon Ho bakal bergandingan dengan YoonA dalam sebuah filem yang berjudul 2 O’clock Date.

Foto: Channel-Korea

Filem romantik ini khabarnya mengisahkan tentang seorang wanita yang menyimpan sebuah rahsia besar dan lelaki yang tinggal di tingkat atas rumahya, secara kebetulan asyik terserempak satu sama lain setiap hari.

Bakal diarahkan oleh pengarah filem ‘Exit’, Lee Sang Geun, 2 O’clock Date dijadualkan bakal memulakan penggambaran pada bulan Mac tahun hadapan.

Foto: Sportskeeda

Wah, mesti ramai yang dah tak sabar nak melihat Kim Seon Ho di layar perak kan? Hiks! Sama-sama kita nantikan update terbaharu filem ini nanti.

Sumber: (1)

IKLAN