Hari ini 1 Safar 1439 H. Bagi generasi muda, mereka hanya tahu hari ini bersamaan 23 Oktober 2017. Betulkan!
Mengikut kalendar Islam (Hijrah), Safar adalah bulan kedua selepas bulan Muharam berdasarkan tahun Qamariyah (perkiraan bulan mengelilingi bumi).
Diikuti Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Dizulkaedah dan akhir sekali Dzulhijjah. Bulan yang paling popular dan cukup diingati dalam kalendar Islam pastinya cuma Ramadan dan Syawal kerana selepas berpuasa, kita akan berhari raya.
Kalendar Hijrah terjadi semasa peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke bumi Madinah pada tahun 622 Masihi.
Tapi kita diajar tentang Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember yang dicipta oleh Gaius Julius Caesdar seorang pemimpin tentera dan politikus Romawi pada 45 SM (sumber Wikipedia).
Anak-anak lebih memahami kalendar Masihi berbanding Hijrah – Gambar sumber internet
Sebelum sebutan seperti hari ini, bunyinya adalah seperti berikut yang dipahat pada batu seperti Martius, Aprilis, Maius, Junius, Quintilis, Sextilis, Septalis, Octolis, Novelis, Decemberis sebelum pemimpin Romawi, Numa Numae Pompilus melakukan tranformasi pada kalendar dengan memasukkan bulan Ianuarius dan Februarius. (sumber dari Kaskus.us)
Tu sedikit info tentang kalendar Masihi yang diguna pakai seluruh dunia sehingga ke hari ini.
Ads
Bila sebut bulan Safar, bagi generasi lama khususnya nenek moyang kita yang terdahulu bahkan emak-emak kita yang masih ada hari ini, kebanyakannya pasti tahu tradisi bulan ini. Antara amalan dan tradisi yang pernah mereka lakukan suatu ketika dahulu termasuklah:-
1. Larangan majlis perkahwinan atau pertunangan diadakan
2. Melakukan upacara ritual menolak bala dan buang sial di pantai, sungai atau rumah, orang tua dulu menyebut mandi safar
3. Dilarang memulakan perniagaan di bulan ini
4. Tak boleh bermusafir atau berjalan jauh
5. Menganggap safar adalah bulan Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia
Ternyata amalan Arab Jahilliyah ini telah berjaya dihapuskan dengan kedatangan dan ajaran agama Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad saw.
Tetapi kenapa orang tua dahulu masih mempercayai amalan ini? Kenapa wujudnya bualan bulan Safar sebagai bulan sial?
Ads
Ikuti pandangan dari Ustaz Azhar Tuarno, bekas Imam Masjid Negara dan kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pembangunan Insan dan Inovasi Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri.
Kata Ustaz Azhar, amalan ini masih dipercayai oleh nenek moyang terdahulu tetapi tidak bagi generasi hari ini.
“Amalan masyarakat Arab Jahilyah ini sudah tidak wujud sama sekali. Agama tidak mengajar begitu. Tak ada sialnya tentang sebarang bulan. Semua bulan adalah istimewa,’ katanya ketika dihubungi.
Ads
HARAM hukumnya jika tidak mempercayai qada dan qadar – Ustaz Azhar
Tambahnya lagi, dahulu masyarakat memang mempercayai upacara mandi membuang sial di tubuh, tidak boleh berkahwin kerana dikhuatiri akan bercerai dan banyak amalan lain tetapi setiap kejadian yang berlaku adalah ketentuan dari Allah SWT,” katanya memberi penjelasan.
Jelas Ustaz Azhar lagi, HARAM hukumnya kalau seorang Islam itu tidak mempercayai qada dan qadar sebaliknya menyalahkan takdir andai sesuatu musibah terjadi kepada diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
“Ini yang kita kena jaga baik-baik. Setiap kejadian yang berlaku, tak kira kemalangan, kesakitan, ujian hidup, kesusahan, perceraian dan sebagainya adalah satu bentuk ujian Allah kepada umatNya. Jangan sesekali ada berburuk sangka dengan ujian dari Allah SWT.
“Kita harus berusaha dan tidak terus menyalahi takdir yang terjadi. Kalau mempercayainya juga, hukumnya HARAM,” katanya tegas.
Dalam pada itu, kemodenan hari ini membuatkan generasi muda tidak lagi mempercayai amalan-amalan khurafat yang pernah dilakukan oleh nenek moyang terdahulu dan ia satu yang baik dalam pembentukan akidah.
Mandi di pantai untuk membuang sial di tubuh adalah amalan khurafat suatu ketika dahulu – Gambar sumber internet
“Banyak kisah-kisah terdahulu cuba diceritakan kembali. Kalau baik kita boleh ikuti tetapi kalau ianya bercanggah dengan agama, baik kita tinggalkan,’ katanya menyebut tiada sebarang masalah untuk bernikah di bulan Safar ini.
Dan kalau terjadinya perceraian, ianya bukan soal bulan Safar itu tetapi sikap individu yang menerajui keluarga yakni suami atau isteri,’ katanya yang mahu masyarakat menolak amalan khurafat ini secara terus.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal dengan pelakon cantik, Nadia Brian.
Menurutnya, rahsia di sebalik kecantikannya adalah hasil daripada penjagaan rapi sejak usia remaja. Nadia akui sudah mula menjaga kecantikan pada awal usia 16 tahun, terutamanya kerana ibunya sendiri merupakan seorang pakar kecantikan yang berpengalaman.
“Ibu saya telah mengajar saya dari kecil bagaimana memilih produk yang sesuai untuk kulit saya. Ini sangat membantu dalam memastikan kulit saya sentiasa dalam keadaan terbaik,” kata Nadia.
Amalan Kiub Ais
Salah satu rahsia kecantikan Nadia yang sering dipraktikkannya ialah menggunakan kiub ais pada wajah. Nadia menjelaskan bahawa menggunakan kiub ais pada wajah sebelum menjalani penggambaran memberikan kesegaran pada kulit.
Kepentingan Rutin Kecantikan
Nadia juga menekankan kepentingan menjaga rutin kecantikan yang baik dari awal. Bagi Nadia, penjagaan kulit yang konsisten dan pemilihan produk yang sesuai adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
Pilihan Kerjaya
Melihat kepada pengetahuan dan pengalaman Nadia dalam bidang kecantikan, tidak hairanlah jika dia mengakui bahawa jika dia tidak menjadi artis, dia mungkin akan menjadi seorang pakar kecantikan.
“Kalau saya tak jadi artis, mungkin saya akan jadi seorang pakar kecantikan,” kata Nadia sambil tersenyum.
Inspirasi Kepada Wanita
Nadia Brian bukan sahaja menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana, tetapi juga membuktikan bahawa kecantikan bukan sahaja tentang apa yang kita lihat di luar, tetapi juga tentang bagaimana kita menjaga diri kita dari dalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut sahaja rambut uban pasti kita akan terus terfikir akan orang yang sudah tua. Rambut beruban merupakan satu proses yang semua orang akan lalui bila kita semua semakin berusia terutama pada umur 40 tahun ke atas. Cuma yang kita semua tak nak bila ia tumbuh pada usia yang muda.
Namun, bagaimana jika pada usia belasan tahun dan dua puluhan sudah ada uban? Adakah perkara ini normal? Kebanyakan orang terutamanya wanita tidak suka dengan uban kerana ia boleh menggangu penampilan mereka. Dan kadangkala rambut uban ini boleh buat kulit kepala sangat gatal. Err… betul ke?
Nak tahu kenapa uban boleh tumbuh pada usia yang muda? Haa, ini 7 sebab utama mengapa uban boleh tumbuh pada usia yang muda.
1. Tabiat buruk merokok
Kepada yang merokok, Remaja nak nasihat sikit. Sudah-sudahlah tru merokok, ia tidak bawa sebarang kebaikan pun. Selain boleh jadi penyebab pelbagai jenis penyakit kronik, merokok juga boleh memberikan kesan kepada kesihatan rambut. Ia umpama korang menyedit racun yang boleh menurunkan produksi melanin. Lalu menyebabkab uban lebih cepat muncul. Lebih malang lagi jika kamu menjadi mangsa sebagai penghidu asap asap kedua daripada perokok.
2. Hormon tidak seimbang
Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti gangguan tiroid dan sebagainya. Faktor-faktor tersebut juga membuatkan hormon di dalam badan tidak menentu dan menyebabkan ketidakseimbangan. Akibatnya, pengeluaran hormon melanin terganggu dan menyebabkan uban mudah tumbuh.
3. Diet yang salah
Bagi korang yang mempunyai obsesi untuk menurunkan berat badan ideal sehingga melakukan diet ekstrem, sebaik-baiknya pertimbangkan terlebih dahulu dan dapatkan nasihat doktor. Bila mengamalkan diet yang salah tubuh kamu akan mendapat kadar nutrisi yang tidak terjaga; contohnya kandungan vitamin dan mineral yang tepat. Dan bila ini berlaku ia boleh mempercepatkan proses rambut beruban.
4. Pengaruh genetik
Ini faktor yang berlaku secara semulajadi dan tidak dapat dielakkan. Jika pada usia muda kamu berdepan masalah uban, dapatkan maklumat tentang ahli keluarga terlebih dahulu melalui ibu bapa bagi memastikan adakah ia datang dari faktor genetik. Jika kamu dapat tahu dari awal, pelbagai langkah boleh diambil untuk mencegah ia keluar lebih banyak dalam masa yang singkat.
5. Faktor psikologi
Ini biasanya terkait dengan kadar stres, tekanan belajar, kesedihan melampau, gelisah dan rasa takut. Segala bentuk gangguan psikologi yang tidak baik ini juga boleh menyebabkan rambut berdepan stres lalu uban tumbuh dengan cepat. Jadfi ingatkan bila berdepan stres cari jalan untuk bebaskan rasa tersebut dengan berkongsi masalah dengan ahli keluarga atau rakan-rakan.
6. Penggunaan pengering rambut secara berlebihan
Rambut basah je terus gunakan pengering rambut. Setiap kali selepas mandi mesti gunakannya. Bukanlah tidak boleh digunakan tetapi hadkan penggunaannya setiap hari. Ini kerana jika digunakan secara berlebihan dan lama, rambut boleh menjadi lemah. Suhu yang tinggi juga boleh sebabkan penurunan penghasilan melanin di rambut.
7. Kurang menjaga kebersihan rambut
Rambut dan kulit kepala yang kotor atau jarang dicuci akan menyebabkan pelbagai bakteria dan kuman membiak dengan bebas. Akibatnya, rambut menjadi ‘rumah; pelbagai jenis organisma halus yang seterusnya membuatkan kulit kepala menjadi gatal dan tidak sihat. Ia juga boleh menyebabkan rambut akan tumbuh uban dengan cepat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita tahu Ukraine dan Rusia masih lagi berada dalam kancah peperangan, pergolakan yang terjadi di antara kedua-dua buah negara eropah ini menjadi perhatian perhatian dunia.
Walaupun kerajaan dua negara ini memiliki agenda tersendiri, namun walau apapun tujuannya insan yang paling terkesan semestinya rakyat. Sektor ekonomi menjadi lumpuh dengan segala kekacauan yang berlaku.
Namun begitu, peperangan tidak menghalang organisasi Miss Ukraine Universe melantik wakil negara yang baharu untuk ke pentas Miss Universe. Tidak mengadakan pertandingan seperti tahun sebelum ini, sebaliknya mereka sebulat suara membuat pemilihan secara dalaman bagi memilih wakil terbaharu.
Sehubungan itu, Viktoria Apanasenko yang merupakan naib juara Miss Ukraine Universe 2021 telah dilantik sebagai Miss Ukraine Universe 2022. Wanita berusia 28 tahun ini merupakan seorang pergawati dan juga sukarelawan, bukan sekadar cantik, dia memiliki ijazah dalam bidang kerja sosial daripada Fakulti Psikologi di Taras Shevchenko National University of Kyiv.
Sepanjang perang yang berlaku di negaranya, dia mengambil inisiatif untuk memulakan kempen bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan dan juga bekerjasama untuk membekalkan makanan kepada tentera Ukraine.
Menerima berita yang dia dilantik sebagai Miss Ukraine Universe yang baharu ketika sedang melakukan aktiviti kesukarelawanan, Viktoria berkongsi rasa di media sosial. Ujarnya, “Ini merupakan impian saya sejak kanak-kanak. Mungkin untuk pertama kalinya selama ini, saya menangis kegembiraan.
“Sepanjang melakukan kerja sebagai sukarelawan, melihat ke dalam mata rakyat Ukraine, saya nampak kekuatan yang mengagumkan. Perkara ini memotivasikan saya untuk berjuang di pentas Miss Universe.”
Menerusi penyertaannya di dalam pertandingan ini, oragnisasi Miss Ukraine Universe berharap agar membuka mata dunia mengenai konflik yang sedang berlaku di negara itu sekaligus membuka ruang untuk mereka meraih lebih banyak bantuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...