Dua insiden kebakaran berasingan yang menimpa bangunan Wisma Jakel di Shah Alam baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak.
Bangunan setinggi tiga tingkat itu mengalami kebakaran pertama pada hari Ahad sekitar jam 7.08 pagi. Dianggarkan, syarikat tektil itu telah mengalami kerugian yang dianggarkan hampir RM100 juta.
Hanya selang dua hari, kebakaran kedua pula berlaku pada tengah malam Selasa membabitkan bilik simpanan kain langsir kira-kira pada jam 12.40 pagi.
Insiden kedua ini sekaligus menimbulkan lebih banyak persoalan hinggakan beberapa teori spekulasi mula bertebaran di media sosial.
Demi mempercepatkan siasatan agar punca kejadian dapat dikenal pasti, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor telah menggerakkan 43 orang pegawai dan anggota selain khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba.
Anjing unit K9 bernama Sam (kiri) dan Rusty tiba di Wisma Jakel dekat Seksyen 7, Shah Alam bagi membantu siasatan.
Kata Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis ketika ditemui pemberita hari ini, pihaknya sedang menyiasat kejadian kali kedua ini dari pelbagai sudut termasuklah jenayah.
Ads
“Kita akan kaji secara mendalam. Tiada lagi kesimpulan mengenai kebakaran kedua ini. Kita akan siasat dalam tempoh 14 hari dan sampel kebakaran perlu dianalisa.
“Semua kita akan analisa dari mana api bermula,” ulasnya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor iaitu Norizham Mohd Nurdin pula berkata, kehadiran unit K9 adalah sesuatu yang biasa dalam siasatan forensik kebakaran.
Malah, ia juga merupakan salah satu prosedur penyiasatan yang diperlukan untuk membantu mencungkil punca kejadian.
Ads
Bagi insiden di Wisma Jakel ini, dua ekor anjing dari baka English Springer Spaniel telah digerakkan. Cuma, baka kali ini berlainan dengan anjing yang digunakan dalam insiden tanah runtuh di lokasi perkhemahan Father’s Organic Farm tempoh hari.
Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba bersama anjing bernama Rusty.
Pasangan anjing bernama Rusty dan Sam ini mempunyai kepakaran dalam menyiasat kebakaran di mana seekor akan mencari unsur punca dan seekor lagi akan melakukan pengesahan.
Beliau bagaimanapun menjelaskan kehadiran unit K9 di lokasi kejadian tidak semestinya bermaksud ada unsur jenayah atau sengaja dibakar yang dikenal pasti. Sebaliknya, ia hanyalah satu ketetapan mereka bagi memastikan bahawa unit K9 dipanggil untuk melihat kepada segala kemungkinan.
Selain dibantu unit K9 dan kepakaran anggota serta pegawai Bomba, beliau turut menyeru agar orang ramai yang menjadi saksi kejadian untuk tampil memberi kerjasama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2019 menyaksikan fenomena supermoon terbesar dan sangat dinantikan oleh seluruh masyarakat dunia kerana bulan berada pada jarak paling dekat dengan bumi dan kelihatan lebih besar serta jelas daripada biasa.
Bulan penuh yang mempunyai perigee atau titik kedudukan paling dekat dengan bumi kurang daripada 360,000 kilometer dikenali sebagai supermoon.
Ketika fenomena ini berlaku, jarak antara bulan dan bumi sekitar 358,761 kilometer, bermakna kita semua boleh melihat bulan dengan lebih besar dan terang.
Menurut laporan yang telah dibuat oleh Astro Awani, fenomena ini berlaku tiga kali pada Januari lepas, yang kedua pada 3 hari lepas dan ketiga pada 21 Mac nanti.
Korang berpeluang tak untuk menyaksikan fenomena ini?
Jom kita lihat antara gambar-gambar supermoon yang cantik di seluruh dunia.
1. Tanjung Sounion, Athens
2. Lisbon, Portugal
3. New York, US
4. London, England
5. Almaty, Kazakhstan
6. Bangunan Sagrada Familia Basilica, Sepanyol
7. Svalbard, Norway
8. Bogota, Colombia
Khabarnya, supermoon seterusnya yang akan muncul lebih dekat hanya akan berlaku pada tahun 2034.
Wah, ada lebih kurang 15 tahun lagi untuk kita tunggu supermoon yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya kerana ingkar arahan menjalani kuarantin di rumah selepas kembali dari Sivagangga, India, pemilik nasi kandar Salleh di Napoh, Kedah dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan selepas ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian 14 Julai lalu.
Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57 membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun hari ini.
**media[238343]**
**media[238344]**
Kluster Sivangangga telah menggegarkan negara kerana seramai 45 individu dijangkiti selepas menikmati nasi kandar di kedai berkenaan tanpa menyedari pemiliknya perlu menjalani kuarantin dan masa yang sama disahkan positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan kes positif Covid-19 bagi kluster Sivagangga kekal 45 kes.
**media[238346]**
Apa yang kita semua dapat pelajari dari kes kluster Sivagangga ini, apabila diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di dalam rumah, silalah ikut arahan dengan betul. Jika sikap ambil remeh terus bersarang di minda kita, tanpa sedar kita turut membahayakan nyawa orang lain.
Mungkin hukuman penjara dan denda yang dikenakan boleh dijadikan pengajaran buat orang lain untuk tidak melakukan kesalahan yang sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu warna kulit sebenarnya masih lagi diperkatakan dalam masyarakat kita. Tidak tahu kenapa masih ramai yang menjadikan isu ini sebagai bahan jenaka dan lebih teruk lagi, ada individu yang langsung tidak sensitif dengan memanggil mereka yang berkulit gelap ‘si hitam’.
Hal ini sering mendapat perhatian Haneesya Hanee kerana dia juga pernah menjadi mangsa buli ekoran daripada warna kulitnya. Tidak mahu menjadikan isu ini sebagai perkara yang negatif, Haneesya telah pun memuat naik status dilaman twitternya untuk mengajak individu yang berkulit gelap post gambar mereka berserta emoji bulan gelap demi meningkatkan keyakinan diri masing-masing.
Ramai yang berkongsi gambar dan pengalaman mereka oleh sebab turut pernah mengalami masalah yang sama, dipandang rendah kerana berkulit gelap.
I’m not ashamed to admit that I’m handsome even kawan rapat pun kata “kau tu hitam” and aku cakap balik “aku sebenarnya handsome and Allah jadikan aku hitam sebab nak aku behave”. But i don’t care and i love being me. Huhuhu❤ pic.twitter.com/6JVGprFjct
Malaysia sudah pun merdeka selama 62 tahun, jadi kami rasa seharusnya warna kulit tidak lagi dijadikan isu. Rakyat Malaysia kini bersikap lebih terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain tidak kira bangsa, agama dan warna kulit.
Jadi, yang kami hairan macam mana masih ada lagi manusia yang suka menjadikan isu warna kulit ni sebagai bahan jenaka. Come on, kita dah nak ke Wawasan 2020 ya. Janganlah terbawa-bawa sikap yang tidak matang tu. Hiks!
Apa-apa pun, tidak kiralah warna kulit korang cerah atau gelap, yang penting kita tetap 1 Malaysia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.