Korang anak merdeka atau tarikh lahir pada 31 Ogos atau 16 September, tahun ini ulang tahun korang jadi lebih bermakna daripada biasa. Bukan sekadar sambutan hari jadi korang sebenarnya berkongsi detik bersejarah bersama negara tercinta.
Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia (ANM) memperkenalkan satu inisiatif eksklusif yang dinamakan Anak Merdeka Malaysia. Ia khas buat mereka yang lahir pada dua tarikh paling bersejarah negara.
Apa Itu Program Anak Merdeka Malaysia?
Anak Merdeka Malaysia adalah satu program penghargaan nasional yang meraikan rakyat Malaysia yang lahir pada 31 Ogos atau 16 September. Ia bukan sekadar pengiktirafan, tetapi juga satu simbol perpaduan yang menghimpunkan rakyat dari pelbagai latar belakang di bawah semangat Malaysia MADANI.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang
Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang, inisiatif ini adalah lebih daripada sekadar meraikan ulang tahun kelahiran.
“Kita bukan hanya meraikan hari jadi. Kita sedang menyatukan suara rakyat Malaysia di bawah satu identiti kebangsaan,” katanya.
Anak Merdeka Image via Aaron Ago Dagang (Facebook)
Siapa Yang Layak Sertai?
✅ Warganegara Malaysia ✅ Tarikh lahir pada 31 Ogos atau 16 September ✅ Terbuka kepada semua peringkat umur, kaum dan latar belakang
Ads
Tak kira korang lahir tahun 2007 ke, 1995 ke, 2023 ke—selagi dalam MyKad tertera 31 Ogos atau 16 September, korang automatik layak.
Apa Yang Korang Akan Dapat?
Mereka yang mendaftar sebagai Anak Merdeka Malaysia akan menerima:
🎉 Jemputan ke sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025 🎁 Hadiah kenang-kenangan eksklusif daripada penganjur 📜 Sijil atau penghargaan rasmi sebagai simbol perpaduan negara
Ads
Malah, korang juga berpeluang sertai sesi bergambar, acara perarakan dan program eksklusif anjuran kerajaan persekutuan.
Cara Daftar Program Anak Merdeka Malaysia 2025
Proses pendaftaran sangat mudah:
Imbas kod QR pada poster rasmi Kementerian Perpaduan Negaradi SINI.
Atau klik pautan rasmi yang dikongsikan di media sosial @perpaduannegara
Isikan maklumat peribadi dan tarikh lahir yang sah
Tunggu pengesahan melalui e-mel atau notifikasi rasmi
Tarikh tutup pendaftaran biasanya diumumkan di laman rasmi kementerian, jadi pastikan korang follow akaun media sosial mereka untuk info terkini.
Kenal sesiapa yang lahir pada 31 Ogos atau 16 September? Jangan lupa kongsikan maklumat ni! Lebih ramai yang tahu, lebih meriah sambutannya nanti. Inilah masanya untuk generasi muda jadi sebahagian daripada sejarah dan semangat perpaduan negara.
Jom bangkit sebagai Anak Merdeka Malaysia! Tahun ni, sambut hari lahir korang dengan penuh semangat patriotik dan rasa bangga jadi rakyat Malaysia. 💛❤️🇲🇾
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin mengikat tali pertunangan bersama bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada 26 Mac, semalam
Berita baik ini diumumkan sendiri oleh Yew Sin bersama Aya menerusi Instagram pada pagi tadi dan mereka berkongsi kegembiraan berhubung ikatan pertunangan tersebut kepada para peminat.
“Dia (Ohori) bersetuju (menerima lamaran). Kami tidak boleh lebih gembira untuk berkongsi ini dengan dunia. Berbeza kewarganegaraan, berbeza budaya, dan berbeza cara hidup”
“Kami belajar untuk menyesuaikan diri dan menerima gaya hidup masing-masing serta memahami budaya satu sama lain sepanjang tahun-tahun ini walaupun kami masih selalu bergaduh,” tulisnya dalam perkongsian yang sama.
Sebelum ini, perkembangan hubungan percintaan Yew Sin dan Aya sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat badminton tanah air selepas kedua-duanya kerap dilihat meluangkan masa secara bersama selain kelihatan mesra apabila berbual.
Dalam pada itu, pasangan itu turut menerima ucapan tahniah daripada peminat serta ‘otai-otai’ badminton seperti Datuk Lee Chong Wei serta mendoakan mereka di atas pertunangan itu.
Sekadar info, Ong Yew Sin (30) merupakan gandingan Teo Ee Yi, di mana mereka memenangi pingat perak Kejohanan Badminton Asia pada 2023 dan pingat gangsa Kejohanan Dunia pada 2021. Manakala, Aya Ohori (28) mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton pada penghujung tahun lalu, di mana dia ketika itu sedang menduduki ranking ketujuh dunia.
Kami di Remaja mengucapkan tahniah kepada Yew Sin dan Aya, semoga berbahagia selalu dan dipermudahkan urusan perkahwinan nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kesultanan memiliki keistimewaan dan juga sejarahnya yang tersendiri. Negeri Perak merupakan negeri berdaulat yang memiliki sejarah panjang. Ketika jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud Syah I telah mangkat di Kampar, Sumatra dan meninggalkan dua anak lelaki. Sultan Alauddin Riayat Syah II dan Juga Sultan Muzaffar Syah.
Sultan Alauddin Riayat Syah II telah menjadi Sultan Johor lama yang pertama manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah dijemput untuk menjadi Sultan Perak yang pertama pada 1528. Sehingga kini telah 35 orang sultan ditabalkan bagi mengetuai negeri bertuah ini.
Suatu ketika dahulu banyak amalan istiadat bertentangan agama yang dilakukan di dalam Istana Perak. Antaranya adalah Istiadat Tabal Jin yang dilakukan pada sebelah malam yang mana ketika siang harinya berlangsung istiadat pertabalan Sultan Perak. Istiadat ini dipercayai sebagai untuk membuktikan kedaulatan seseorang Sultan apabila menaiki takhta.
Kini istiadat Tabal Jin telah digantikan dengan istiadat Tabal Pusaka. Sumber gambar: orangperak.com
Ketika mula-mula menjadi Mufti Perak pada tahun 1985, apabila mengetahui amalan sebegini dilakukan sebelum ini, Tan Sri Harussani menasihati sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Azlan Shah untuk menghentikan amalan yang bertentangan dengan agama ini di Istana. Biarpun begitu, beliau bukanlah memarahi atau menghina sebaliknya dengan baik cuba memahamkan perkara-perkara yang khurafat bertentangan dengan ajaran Islam.
Sultan Azlan Shah yang bersikap terbuka mendengar pendapat tersebut akhirnya memansuhkan Istiadat Tabal Jin dan ia digantikan dengan Istiada Tabal Pusaka yang tidak melibatkan sebarang anasir lain yang menyekutukan Allah SWT ataupun penggunaan sebarang mantera.
Selain istiadat Tabal Jin satu lagi amalan yang telah berjaya dimansuhkan dari Istana perak adalah amalan memasang ‘sangkar-sangkar’ disekeliling Istana.
Hasil daripada nasihat-nasihat yang diberikan, ketika majlis pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35, tiada unsur-unsur khurafat yang melanggar syarak berlaku, sebaliknya istiadat yang dilakukan lebih kepada memelihara adat dan adab Melayu yang diwarisi dari turun temurun.
*** P/S – Tan Sri Harussani mula menjawat jawatan sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 30 Mei 2021. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan juga Almarhum Sultan Azlan Shah yang sama-sama membawa perubahan dalam istiadat di Istana Perak.
Menerusi hantaran itu, Puteri Sarah mendedahkan anaknya yang gemar menulis selain tulisannya dilihat cantik walaupun baru sahaja berusia tujuh tahun.
“Syaikhul’s, dia suka menulis dan umurnya tujuh tahun tetapi tulisan cantik betul,” coretnya ringkas.
Sekadar informasi, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.