Khairy Jamaluddin Tetap Pilih Jenama Sneakers Tempatan Dengan Harga Berbaloi, Voltra. “Tak Sabar Nak Pakai!”

Share

Setiap apa yang dipakai, digayakan dan disentuh oleh ahli politik dan pempengaruh, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin tentuanya akan pantas mencuri perhatian 1.3 juta orang followers beliau.

Tambahan pula apabila ramai yang mengetahui mengenai minat Khairy terhadap gaya hidup aktif. Lalu, pemilihan pakaian dan aksesori bersukan beliau seperti baju, kasut dan basikal misalnya akan membuatkan ramai untuk mencari lalu membelinya.

Namun itu tidak bermakna segala yang dipilih Khairy berharga ‘kayangan’ ya!

Bekas Menteri Belia & Sukan itu tidak pernah mengenepikan pemilihan produk-produk jenama tempatan dan salah satu yang menjadi kegemaran beliau ialah Voltra!

Sejak tahun 2023, pengikut setia Khairy sudahpun mengetahui minat beliau terhadap seleksi kasut keluaran Voltra. Malah beliau memberikan shout out istimewa buat jenama lokal yang diasaskan oleh Fahmi Fabilah itu.

“Kasut-kasut mereka adalah go-to-sneakers saya. Mungkin bukan untuk berlari kerana ia mempunyai kusyen yang terlalu tebal bagi saya. Tetapi saya tentu akan memilih (Voltra) untuk penggunaan harian.”

Sumber: TikTok

Haa, itu pendapat beliau pada tahun 2023. Bagaimana pula dengan sekarang?

Nampaknya, Khairy setia memberi sokongan buat Voltra apabila beliau turun padang pada 6 Julai bagi pelancaran model kasut Voltra Jet yang merupakan rekaan kasut pertama Voltra dengan carbon plate.

Diinspirasikan daripada kelajuan pesawat jet (duh), Voltra yakin teknologi rekaan yang ada pada kasut ini sempurna untuk dipakai oleh pelari-pelari yang ingin bergerak lebih pantas.

“Saya sudah lama menyokong pembabitan Fahmi Fabilah sejak dia mengasaskan jenama Abstrax lagi. Pada tahun 2016, saya meminta Abstrax untuk merekacipta bagi kontinjen Malaysia. Dan kini beliau keluarkan pula rekaan kasut baharu,” kata Khairy.

Beliau turut memuji betapa ringannya Voltra Jet disamping warna dan rekaan tali kasut yang sesuai pada pandangan peribadinya.

Untuk pengetahuan korang, Voltra Jet menggabungkan berbagai-bagai material dala penghasilannya. Ini temasuklah jacquard mono mesh (upper), offset print -rubber (logo), suede (tongue), Ethylene-Vinyl Acetate foam (insole), carbon fiber (plate), pebax (midsole) dan Casting Polyurethane atau CPU untuk bahagian outsole.

Menariknya, biarpun ia padat teknologi dan mempunyai rekaan yang relevan dengan citarasa remaja zaman ini, Voltra masih mampu menjualnya pada harga serendah RM559 sekaligus membuatkannya sebagai antara kasut larian termurah yang ditawarkan di Malaysia.

Amacam gaiss? Teringin nak cuba Voltra Jet?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
FZ