Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mendedahkan bahawa dirinya sudah semakin pulih dan sihat selepas dikejarkan ke hospital apabila keadaan kesihatannya kurang sihat sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik (BOB) di Kelantan baru-baru ini.
Malah, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (32) itu juga memaklumkan sudahpun mendaftar keluar dari wad.
Sebelum ini, ramai pengikutnya di media sosial hanya mengetahui tentang jangkitan bakteria tetapi akhirnya usahawan kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu berkongsi dengan lebih spesifik mikro-organisma yang menjadi penyebab kepada cirit-birit luar biasa dihadapinya.
Ujarnya menerusi perkongsian di aplikasi X, beliau terkena jangkitan bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli atau lebih dikenali sebagai E. coli ketika melakukan misi bantuan banjir.
Kredit: Khairul AmingKhairul Aming Bersama Sukarelawan Misi BOB
Akibat daripada jangkitan itu, Khairul Aming mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari sehingga tubuhnya mengalami dehidrasi atau kurang air.
“Baru lepas discharged from hospital. Long story short, terkena jangkitan E. coli masa buat bantuan banjir last week”
“Severe diarrhea for five days sampai dehydrated badan. Now Alhamdulillah sudah fully recovered and back to work,” kongsinya.
Ads
Khairul Aming Ketika Menerima Rawatan Di Hospital
Sekadar info, Khairul Aming terkenal dengan video masakan kreatif serta produk Sambal Nyet terdahulu terpaksa menerima rawatan di sebuah klinik susulan cirit-birit teruk yang membuatkan tubuhnya lemah.
Sementara itu, meh kami kongsikan beberapa info menarik mengenai jangkitan E. coli:
Merupakan bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli yang mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Perak, makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria tersebut ialah yang berasaskan daging seperti burger separuh masak, keju, cendol, makanan segera dan minuman yang tercemar.
Mudah merebak melalui makanan tidak dimasak dengan sempurna, air tercemar dan pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak.
Pesakit boleh mengalami tanda-tanda seperti cirit birit berdarah, sakit perut yang teruk dan loya. Namun dalam kes yang sangat teruk, kesan dari keracunan makanan oleh bakteria E. coli boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua dan sindrom Haemolytic Uraemic malah boleh juga menyebabkan kematian.
Tempoh jangkitan boleh mengambil masa selama enam jam hingga ke tiga hari. Namun kebiasaannya ia berlaku dalam masa 10 hingga 15 jam.
Antara langkah pencegahan yang perlu dilakukan ialah memasak daging dengan sempurna (pada suhu lebih dari 75 darjah Celcius), menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan air yang bersih dan memasak setiap jenis hidangan dengan sempurna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan popular, Datuk Seri Vida mengungkapkan rasa muda dan segar selepas menyambung pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan di London Examination Board.
Menurut Vida, sejak memulakan pengajian setahun lalu, dia banyak belajar perkara baharu, terutama dalam dunia pemasaran, yang turut membantu dalam pengembangan perniagaannya.
“Saya rasa lebih segar dan muda! Saya ambil jurusan pengurusan dan perniagaan untuk master setahun dan selepas ini, saya akan sambung ke PhD,” ujarnya yang kini berusia 54 tahun.
“Saya sambung belajar untuk menambah ilmu kerana ilmu ini perlu sentiasa diperbaharui,” katanya.
Sambil menuntut ilmu di London, Vida turut meluangkan masa bertemu anak perempuan kesayangannya, Cik B, yang kini melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Barcelona, Sepanyol.
“Saya gembira kerana dapat bertemu Cik B selepas lama tidak berjumpa. Belajar di London juga dekat dengan Barcelona, jadi rindu terubat,” ujarnya lagi.
Selain itu, pelantun lagu tular I Am Me itu juga memberitahu bahawa anak lelakinya iaitu Kacak, akan menguruskan perniagaan keluarga apabila dia berada di luar negara.
Pada Oktober lalu, Cik B mengumumkan melanjutkan pengajian diploma di Barcelona dalam tiga jurusan berbeza.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Mstar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedapnya, makan panas-panas dicicah pula dengan sos cili yang masam, pedas dan manis. Cucur udang antara resipi popular rakyat Malaysia untuk dinikmati saat minum petang. Menu ini tidaklah susah untuk dibuat, hanya memerlukan beberapa jenis bahan sahaja.
Ada yang suka memasukkan sayur yang banyak, ada pula yang suka menggunakan daun kucai sahaja, namun ada juga yang tak nak sayur langsung. Terpulang kepada selera masing-masing. Bagi penulis, cucur udang enak kalau ada sayur yang banyak.
Berkongsi resipi kepada umum, SuiSan Aliezsha menerangkan bagaimana cara dia menghasilkan cucur udang yang enak serta gebu. Memang cantik hasil air tangannya. Jom kita teliti cara untuk membuat makanan ini ;-
Bahan-bahan
1 kgTepung Gandum
Sepaket Mauripan
Udang (Saiz udang terpulang kepada kesukaan masing-masing)
Sediakan bekas, masukkan tepung, mauripan, garam dan serbuk kunyit bersama. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Selepas mendapat adunan yang dikehendaki, masukkan daun kucai dan kacau sebati.
Biarkan adunan seketika sehingga hingga ia mengembang.
Untuk mendapatkan bentuk cucur udang yang cantik sekata, gunakan senduk besi. Semasa panaskan minyak, rendam senduk supaya adunan tidak melekat pada senduk besi.
Letakkan udang ke atas cucur yang hendak digoreng.
Selepas cucur nampak garing sekata, angkat. Siap untuk dihidang
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam sidang media terbaru hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti dan mukim di Selangor serta di beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
PKPD ini akan dilaksanakan selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai. Jom lihat sekiranya ada di antara kawasan-kawasan tempat tinggal korang yang terlibat dalam perlaksanaan ini:
Jelas beliau lagi, keputusan PKPD ini dilakukan selepas mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).
Susulan itu, semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM manakala semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing secara sesuka hati.
Hanya SATU orang sahaja dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli keperluan asas dalam radius 10 kilometer dari kediaman. Penduduk juga tidak dibenarkan untuk keluar selepas jam 8 malam dan tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti beriadah seperti jogging atau apa-apa sukan serta senaman.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan turut akan melakukan ujian saringan secara bersasar serta mempergiatkan pemberian vaksin di kawasan-kawasan terlibat.