Khabib Terjun Ke Sukan Bola Sepak, “Sign” Kontrak Dengan Kelab Rusia

Share

Bekas petinju terkenal yang memegang rekod 29 kemenangan tanpa kalah di Ultimate Fighting Champion, Khabib Nurmagomedov khabarnya telah bertukar bidang karier.

Bak perumpamaan ‘Benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau’ begitulah juga si lagenda MMA ini.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh kelab tersebut bersama jejaka berusia 33 tahun tersebut di laman sosialnya. Impian Khabib Nurmagomedov untuk terlibat dalam bola sepak tercapai apabila dia dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama pasukan divisyen ketiga Rusia, FC Legion Dynamo.

Khabib sebelum ini telah menyatakan minatnya untuk memasuki dunia bola sepak sejak bersara tahun lalu.

Menurut Daily Mail, kelab itu telah mengumumkan mengenai kontrak bersama Khabib dalam satu kenyataan di media sosial dengan memuatnaik gambar Khabib yang berjabat tangan dengan seorang pegawai kelab itu.

Gambar Via Daily Mail

“Kami memerlukan pahlawan yang hebat untuk menghadapi ‘pertempuran’ yang menanti tidak lama lagi. Kami bersiap sedia untuk menerima pasukan RPL bersama Khabib Nurmagomedov,” kata kelab itu.

Khabib yang juga merupakan rakan baik kepada Cristiano Ronaldo pernah mengatakan bahawa dia lebih suka menonton bola sepak berbanding MMA dan sering memuatnaik gambar-gambar yang menunjukkannya sedang berlatih bola sepak.

 

Bagaimanapun, masih belum diketahui bila dia akan mula beraksi dengan pasukan tersebut, lapor The Sun.

Pengendali rangkaian mudah alih Eagle Mobile ini bersara pada bulan Oktober tahun lalu dalam sukan MMA setelah kehilangan bapanya, Abdulmanap, yang meninggal dunia di usia 57 tahun.

Terdahulu mengikut laporan Essentially Sport

, Khabib memiliki sumber kekayaan bernilai $30 juta hasil dari pertarungan yang disertainya ketika bersama UFC.

Orang hebat, pergi mana pun hebat…betul tak?

Sumber: The SunDaily Mail

IKLAN