Selepas berkolaborasi dengan penyanyi popular Dua Lipa dalam single Kiss and Make Up, dikhabarkan kumpulan wanita popular dari Korea ini, Blackpink bakal bergandingan dengan penyanyi Ariana Grande pula.

Berita ini menjadi perbualan hangat para peminat setelah melihat komposer Tommy Brown memuat naik foto bersama kumpulan remaja tersebut.

Khabar Angin Blackpink Bakal Berkolaborasi Dengan Ariana Grande, Kalau Jadi Confirm Meletop!
Kredit foto: bbc.co.uk

Semua pun dah sedia maklum bahawa Tommy merupakan composer bagi lagu Thank U Next dan 7 Rings yang dinyanyikan oleh Ariana. Jadi, ramai yang membuat spekulasi bahawa kedua-dua selebriti ternama itu bakal berkolaborasi dalam sebuah lagu baru.

Sebelum ini, Blackpink pernah menyanyikan lagu Ariana dalam salah satu acara muzik sekitar 2017 dulu, malah anggota Blackpink Jennie juga pernah menonton konsert Ariana yang berlangsung di Seoul.

IKLAN

Khabar Angin Blackpink Bakal Berkolaborasi Dengan Ariana Grande, Kalau Jadi Confirm Meletop!

Keakraban mereka juga dilihat apabila pada April lalu, Ariana memuat naik fotonya bersama Blackpink di acara festival muzik Coachella di US.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak masih belum membuat sebarang pengesahan mengenai kerjasama ini.

IKLAN

Tapi kalau memang benar kolaborasi ini bakal terjadi, confirm meletop la lagu tu nanti. Hiks! Sama-sama la kita nantikan jika ada sebarang berita tentang gossip ini.

Sumber: MSN

IKLAN

***

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI