Peserta Big Stage Alpha, Araff menjadi perhatian hangat netizen Indonesia apabila persembahan mingguannya dalam pertandingan realiti tersebut mendapat pelbagai reaksi, beberapa minggu kebelakangan ini.
Walaupun baru berusia 19 tahun, vokal Araff atau nama sebenarnya Muhammad Amirull Hasraff Mohd Pilus menerima pujian netizen dari negara seberang yang mengekori rapat pertandingan Big Stage pada tahun ini.
Paling ketara adalah apabila klip pendek sesi latihan Araff pada minggu ketiga menampilkan keupayaannya biarpun tiada pengiraan markah daripada juri diambil pada waktu itu. Ia juga secara tidak langsung membuktikan Araff serius untuk melakukan yang terbaik setiap kali menaiki pentas pertandingan realiti tersebut.
Hal demikian turut mendapat perhatian netizen Indonesia yang seperti diketahui ramai merupakan ‘pengkritik’ tetap kelibat artis-artis tempatan kita baik dari segi vokal dan penghasilan sesebuah naskah lagu.
“Malaysia emang nggak main-main bikin ajang pencarian bakat. Peserta cowoknya itu (merujuk kepada Araff dalam klip pendek berkenaan) bukan cuma bisa nyanyi tapi juga punya karakter suara yang unik dan kuat.”
*
“This is what we call kompetisi. Vokal jangan main aman, harus keluar dari zona nyaman.”
Ads
*
“Seneng banget liat banyak cowok muda tampil maksimal di ajang ini. Teknik vokalnya rapi, pembawaannya tenang dan setiap lagu dibawakan penuh penghayatan. Ini bukti bahwa talenta lokal bisa bersaing secara global.”
Berikut merupakan antara komen-komen yang dilontar netizen Indonesia dalam ruangan komentar di hantaran tersebut.
@komentar.musik KOMENTAR MUSIK UPDATE! — Talenta Cowok di Kompetisi Malaysia Curi Perhatian Gen Z Berita Musik–Ajang pencarian bakat di Malaysia belakangan ini ramai dibicarakan di media sosial, terutama oleh Gen Z. Bukan tanpa alasan, para peserta pria dalam kompetisi ini dinilai memiliki kualitas vokal yang luar biasa dan tampil dengan penuh percaya diri. Tayangan-tayangan mereka viral di berbagai platform, dan mendapat respons positif dari warganet. “Salut banget sama kompetisi nyanyi di Malaysia! Peserta cowoknya nggak cuma berbakat, tapi juga tampil dengan percaya diri dan kualitas vokal yang luar biasa. Bener-bener menunjukkan kalau Asia Tenggara punya potensi besar di dunia musik.” “Seneng banget liat banyak cowok muda tampil maksimal di ajang ini. Teknik vokalnya rapi, pembawaannya tenang, dan setiap lagu dibawakan penuh penghayatan. Ini bukti bahwa talenta lokal bisa bersaing secara global.” “Keren banget sih, tiap penampilan cowok-cowok di kompetisi ini bikin bangga. Mereka nggak cuma nyanyi, tapi bener-bener menampilkan totalitas. Vibes-nya positif dan inspiratif banget buat anak muda!” “Bangga liat ajang seperti ini bisa jadi panggung buat cowok-cowok berbakat nunjukkin kemampuan mereka. Suara mereka khas, pembawaan mereka tulus. Semoga makin banyak yang support talenta seperti ini.” Fenomena ini menunjukkan bagaimana Gen Z tak hanya menonton, tapi juga mengapresiasi dan mendukung talenta lokal yang tampil dengan dedikasi tinggi. Ajang seperti ini tidak hanya jadi tempat adu bakat, tapi juga jadi ruang positif untuk tumbuh dan menginspirasi generasi muda. Sebuah pengingat bahwa suara yang tulus dan kerja keras akan selalu menemukan pendengarnya. #bigstage#bigstagealpha#malaysiatiktok#malaysia♬ MANGU Fourtwenty – Alottu
Ads
Tidak dinafikan, Araff merupakan salah seorang peserta Big Stage Alpha yang mempunyai peluang cerah untuk menempa masa hadapan dalam industri hiburan usai pertandingan melabuhkan tirainya kelak.
Ini memandangkan usianya yang belum mencecah 20-an lagi dan berbekalkan bakat serta rupa yang unik lagi mudah diingati. Tentunya, x-factors sedemikian merupakan sebahagian daripada resepi kepada potensi kejayaan seorang bakat baharu.
Namun begitu, tidak kurang juga segelintir netizen yang masih mengharapkan agar imej dan gaya fesyen Araff diperbaiki dari semasa ke semasa sepanjang pertandingan berlangsung.
Ads
Ada yang mencadangkan agar pihak produksi merujuk kepada gaya selebriti belasan tahun di Thailand dan Filipina yang rata-rata masih berwajah ‘baby face’ namun tetap mempunyai identiti fesyen serta rupa yang mudah dipasarkan.
Sebahagian netizen terutamanya dalam kalangan peminat Araff juga menyuarakan keyakinan bahawa penyanyi kelahiran Kedah itu mampu melangkah jauh sekiranya diberi bimbingan yang tepat serta penjenamaan semula dari sudut imej.
Adakah Araff juga pilihan korang untuk pertandingan Big Stage Alpha? Atau korang merasakan ada persaingan yang lebih sengit diberikan oleh peserta yang lain?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Solat itu tiang agama dan ia wajib dikerjakan oleh mereka yang sudah baligh. Di akhirat, solat adalah perkara pertama ditanya di alam kubur dan sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja bermakna dia sudah meruntuhkan sebahagian tiang agamanya. Solat juga dikatakan mampu mendidik jiwa manusia untuk sentiasa bersyukur kepada Allah taala.
Tapi bagaimana jika baru habis solat kita tetap berdosa kembali? Tentu kita tertanya-tanya kenapa baru selesai solat tapi berdosa kembali. Pernah tak kita perasan, apabila kita solat di ruang surau atau masjid kita dapat lihat sebahagian wanita yang memakai tudung berbual-bual dengan rakan dikenalinya.
Agak kerap sebenarnya bila di dalam surau kita akan terganggu dengan suara orang berborak-borak sesama rakan mereka selepas habis solat. Ada juga perbuatan itu dilakukan sebelum nak ambil wudhu. Ada saja cerita dikongsi, dari kisah beli baju apa. Nak makan apa, kisah anak dan pelbagai kisah lain. Sambil pakai tudung, sambil tu la mulut tak henti-henti diselang seli dengan ketawa bagai.
Di sebalik isu ini, REMAJA menemuramah Ustaz Mk Azman mengenai hukum berborak dalam surau atau masjid sehingga mengganggu tumpuan jemaah lain untuk beribadah atau yang sedang solat ketika itu.
Mungkin kita anggap perbuatan itu biasa-biasa sahaja tetapi mungkin bila kita baca apa hukumnya harap kita berubah selepas ini ya sis. Tak salah nak berborak tapi buatlah di luar surau atau masjid, jangan sampai suara berborak kita itu mengganggu orang yang sedang solat. Bayangkan dalam satu suasana surau yang agak kecil, time itulah kita sibuk nak berborak dengan kawan, sudahnya habis suara kita didengari semua.
Ruang solat yang agak sempit untuk jemaah wanita membuatkan suara lebih mudah didengari dengan kuat. Gambar sekadar hiasan.
Apa hukumnya?
Menurut Ustaz Mk Azman, hukumnya adalah BERDOSA.
Bila kita berbual-bual hal dunia sehingga mengakibatkan tumpuan jemaah lain hendak bersolat, kita adalah manusia yang berdosa.
“Ini kerana kita dilarang bercakap soal dunia di dalam masjid atau surau kerana di dalam rumah Allah ini, kita hanya digalakkan beribadah sahaja. Kalau hendak berborak hal dunia, kita harus keluar dengan segera dari ruang solat tersebut. Ruang solat adalah tempat untuk bersolat di mana orang lain mencari kekhusyukan dari Allah dan bukannya bercakap soal dunia.
“Baca Quran dengan kuat dan masa yang sama orang hendak sembahyang pun dikira berdosa kerana mengganggu tumpuan orang apatah lagi berborak hal dunia. Baca Quran itu pahala tetapi jika sampai mengganggu orang lain sudah dikira berdosa.
“Apa tah lagi kita hendak bercakap-cakap soal dunia yang lain. Dunia Allah ini luas dan kita digalakkan untuk berborak mengenainya tetapi bukan di dalam masjid atau surau,” katanya menjelaskan tindakan berborak itu seperti menghilangkan i’zzah atau kemuliaan rumah suci Allah.
Dalam pada itu, Ustaz Mk Azman menjelaskan, perbuatan berborak dan bakal mengganggu tumpuan jemaah lain untuk bersolat perlu dihentikan serta merta.
Ditanya bagaimana untuk menegur orang yang sedang berborak dan masa yang sama tidak menyakitkan hati mereka, Ustaz Mk Azman menjelaskan cukuplah dengan mengangkat tangan ke bibir, tanda kita mahu mereka berhenti berborak.
“Jangan sampai terkeluar perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain hanya kerana kita hendak menegur perbuatannya itu,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka muzik video yang tidak disiarkan walaupun telah dihasilkan akhirnya menjadi trending seluruh dunia enam tahun kemudian. Mungkin inilah tuah yang datang sedikit lambat buat penyanyi bersuara unik, Meghan Trainor.
Lagu Title merupakan karya yang dimuatkan di dalam album debutnya yang juga bertajuk Title pada tahun 2015 yang mana menyaksikan album tersebut hangat di pasaran. Terjual sebanyak 1.8 juta keping seluruh dunia, ia merupakan antara 10 album terbaik dari segi jualan pada tahun itu. Lagu Title antara yang popular namun tidak menjadi hit bak lagu-lagu lain seperti All About That Bass dan Dear Future Husband.
Ekoran itu, muzik video lagu itu yang sudah siap dihasilkan tidak disiarkan kepada umum walaupun ketika itu ada yang membocorkan sedikit sedutan klip video tersebut. Akhirnya selepas enam tahun muzik video tersebut akhirnya disiarkan kerana lagu tersebut menjadi viral di laman media sosial TikTok.
Thanks to TikTok!
Kredit foto: Tangkap Layar MV Title
Meghan yang dilihat menari berlatarkan rentak lagu tersebut berkata di ruangan kapsyen, “Bila mereka tidak membenarkan anda menyiarkan muzik video rasmi sehinggalah TikTok menjadikannya viral enam tahun kemudian.”
Diarahkan oleh Fatima Robinson dan dirakam pada 2014, video yang kini rasmi menunjukkan penyanyi itu membuat persembahan dalam gaun rona biru yang berkilauan manakala pertandingan peraduan ala Miss America berlangung di belakangnya.
Kredit foto: Tangkap Layar MV Title
Walau bagaimanapun, there is a twist! Peserta pertandingan itu bukan wanita tetapi lelaki bertubuh tegap, yang ditunjukkan sedang berjalan di runway dan sedang bersiap-siap di bilik persediaan sebelum berhadapan dengan kamera.
Setakat ini, muzik video tersebut telah menerima lebih 9 juta tontonan selepas disiarkan pada 15 Disember lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penghayatan lagu adalah perkara yang sangat penting dan sering ditekankan oleh juri tetap Big Stage musim ke-5, Ajai. Maka, tidak hairanlah apabila persembahan Nadeera Zaini malam semalam berjaya meraih markah tinggi daripada kedua-dua juri tetap.
Menerusi lagu nyanyian asal Marsha Milan (Kembali Terang), Nadeera berjaya memperoleh markah penuh dari Aina Abdul manakala 96 peratus dari Ajai. Wowzerz sangat kan!
Beliau merasakan markah tinggi dari kedua-dua juri itu sebagai satu pembakar semangat agar dirinya kekal konsisten dalam memberikan persembahan yang terbaik.
“Alhamdulillah syukur yang tak terhingga, saya berjaya meraih markah paling tinggi setakat ini. Meskipun ada sedikit kesalahan kecil ketika beraa di atas pentas but it’s okay saya dah cuba sebaik mungkin,” jelasnya kepada media.
Apabila ditanyakan tentang kepada siapa lagu tersebut ditujukan, bekas peserta rancangan Mentor itu mengakui bahawa dia mengenang insan tersayang yang sudah tiada.
“Sepupu saya yang sangat rapat dengan saya telah pergi meninggalkan dunia ketika usianya 12 tahun
“Saya anggap dia seperti adik saya sendiri kerana kami membesar bersama-sama jadi kehilangan dia tersebut masih menyeksa saya sehingga sekarang,” jelasnya lagi.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Astro Gempak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!