Pernah dengar istilah gemuk air? Bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan yo-yo, mungkin inilah masanya untuk melihat aspek gemuk air dalam badan korang.
Sebelum itu, pastikan korang tahu perbezaan di antara gemuk air dan gemuk lemak. Lemak dalam tubuh tidak boleh terkumpul dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama untuk wujud dalam tubuh korang.
Jadi, bila bangun daripada tidur dan berasa lebih gemuk, mungkin ia bukanlah lemak tetapi air. Air mampu turun naik dengan ketara setiap hari. Maka, jika berat berubah dalam semalaman, korang tak perlu la nak risau sangat.
Punca gemuk air
Ketahui beberapa punca terjadinya gemuk air ini:
1. Makanan tinggi garam
Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, amalkan diet rendah garam dan tinggi potassium. Fokus pada pengambilan buah-buahan dan sayuran segar.
2. Tekanan kehidupan
Jika korang selalu stres, ini akan menyebabkan badan menyimpan lebih banyak air. Korang boleh hilangkan tekanan dengan cara bernafas dengan betul atau keluar berjalan kaki dengan pantas untuk menenangkan fikiran.
3. Senaman intensiti tinggi
Senaman berat boleh menyebabkan banyak trauma terhadap tubuh badan, maka ia akan melalui proses penyembuhan. Apabila inflamasi berlaku, air yang banyak akan disimpan dalam badan sehingga proses penyembuhan selesai. Rehat tu penting guys!
Ads
4. Terlalu banyak fiber atau serat
Faktor yang perlu diawasi jika korang nak kurangkan gemuk air adalah pengambilan serat atau fiber. Sekiranya nak lebihkan pengambilan sayur-sayuran, lakukan secara beransur-ansur. Buat penambahan sebanyak 5 gram sehari sehinggalah korang mencapai sasaran yang dikehendaki.
Macam mana nak kurangkan gemuk air?
1. Kurangkan karbohidrat
2. Tingkatkan pengambilan air untuk membuang semula air yang berlebihan dalam badan.
3. Kurangkan pengambilan garam.
Ads
4. Hadkan pengambilan cecair 1-2 hari. Bukan tak boleh minum air tapi mengehadkan pengambilan air dalam sehari dua supaya kelihatan lebuh langsing.
Hati-hati: Jika dah kurangkan pengambilan air, kurangkan juga aktiviti fizikal kerana risiko berasa pening dan pitam adalah tinggi.
5. Produk diuretik untuk tingkatkan pembuangan urine. Tapi sebelum menggunakan cara ini, pastikan dapat nasihat doktor terlebih dahulu okay?
Ads
6. Amalkan makan pisang. Potassium adalah lawan kepada sodium (garam). Ia penting untuk mengawal keseimbangan bendalir badan.
7. Amalkan bersenam. Cuba bersenam setiap hari untuk meningkatkan degupan jantung dan mengeluarkan peluh. Bersenam dapat membantu keseimbangan air dalam badan.
8. Banyakkan pengambilan buah dan sayuran. Tapi harus hati-hati juga ya sebab pengambilan serat secara berlebihan kerana perlu seimbang antara serat protein dan karbo.
Macam mana dengan penjelasan ini? Harapnya dapat membantu korang dan memberi manfaat kepada semua. Jangan stres sangat ok? Sebab ada good news ni nak bagi tahu. Gemuk air juga katanya lebih mudah untuk kurus berbanding gemuk lemak.
Seminggu kita beraya sakan, makan ketupat rendang, jumpa sanak saudara… tiba-tiba kena masuk kerja balik? Memang rasa lemau habis!
Biasalah, raya kan sebulan. Ramai yang masih ‘bercinta’ nak kembali ke rutin pejabat. Tapi jangan risau, jom cuba 5 cara ni untuk kembalikan semula mood kerja yang hilang tu.
Rancang Semula Tugasan Harian
First thing first, bila dah masuk ofis, jangan terus blur tak tahu nak buat apa. Ambil masa sikit untuk susun semula jadual kerja. Bila ada perancangan, lebih senang nak fokus dan kerja pun jadi lebih cepat siap.
Lagi best, bila dah ada pelan, korang akan rasa lebih produktif dan efektif sebab dah tahu apa nak buat dulu!
Mulakan Dengan Kerja Ringan Dulu
Tarik nafas dalam-dalam dan bagi diri masa untuk adapt dengan suasana pejabat balik. Jangan terus terkam kerja berat, nanti makin stres!
Ikut kemampuan diri. Buat kerja sikit-sikit dulu, jangan paksa diri nak siapkan semua dalam sehari. Slow and steady, okay?
Kongsi Cerita Raya Dengan Rakan Ofis
Cerita pasal raya pun penting tau! Kongsi pengalaman seronok korang masa balik kampung, baju raya matching satu keluarga, atau kisah lucu masa open house.
Sembang ringan sambil buat kerja boleh bantu naikkan mood dan cipta suasana kerja yang lebih ceria dan semangat.
Rancang Jamuan Raya Ofis
Nak feel raya tu kekal walaupun dah masuk ofis? Ajak rakan sekerja buat mini jamuan raya! Boleh bawa kuih raya sikit-sikit, pasang lagu raya, dan paling penting… tangkap gambar sama-sama.
Bukan saja eratkan hubungan sesama staf, tapi boleh juga boost semangat kerja lepas tu.
Senyum, Jangan Tunjuk Muka Lemau
Kadang-kadang senyuman pun dah cukup untuk naikkan mood sendiri dan orang sekeliling. Jangan tunjuk sangat muka tiada mood tu ya…
Cuba je tip mudah ni, insya-Allah semangat kerja tu akan datang balik perlahan-lahan. Korang boleh, okey!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, seluruh Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas.
Keadaan cuaca sebegini akan membuatkan badan menjadi cepat lesu dan sering berasa keletihan. Selain itu, gaya hidup, rutin senaman dan diet juga boleh menjejaskan tindak balas badan kita terhadap cuaca.
Memandangkan kita akan kekal kepanasan sehingga Ogos, Remaja senaraikan beberapa petua yang disediakan oleh Public Health Malaysia di Facebook, untuk membantu menyejukkan badan.
“Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Titikkan beberapa titis essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.
“Semasa cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong dan buah buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberi dan juga sup. Lidah buaya pula boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah.
“Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk. Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk,” tulis pada hantaran tersebut.
Untuk informasi, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum ini memaklumkan, seluruh negara dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam dunia penerbangan yang sering dilihat sinonim dengan dominasi lelaki, Malaysia Airlines sekali lagi melakar sejarah apabila mengendalikan satu penerbangan istimewa yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan wanita.
Penerbangan MH2610 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu ini bukan sekadar membawa penumpang ke destinasi, malah menjadi simbol keberanian, kepakaran dan kepimpinan wanita dalam industri penerbangan yang penuh cabaran.
Apa yang menjadikan penerbangan ini lebih bermakna, setiap peranan penting digalas oleh wanita, bermula dari ejen daftar masuk, jurutera penyelenggaraan, pegawai keselamatan, kru kabin, sehinggalah ke kokpit yang dikemudi juruterbang wanita. Keseluruhan operasi ini menampilkan kecekapan dan profesionalisme wanita dalam setiap sudut penerbangan.
Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kebolehan mereka, malah menyerlahkan kekuatan serta peranan besar wanita dalam industri yang selama ini sering dikaitkan dengan kaum lelaki.
Menurut Malaysia Aviation Group (MAG) menerusi laman Facebook rasmi mereka, wanita kini merangkumi 36 peratus tenaga kerja syarikat, sekali gus mengatasi sasaran 25by2025 yang ditetapkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Pencapaian ini jelas menunjukkan bahawa wanita bukan sekadar ‘pelengkap’, sebaliknya menjadi tonggak utama kejayaan syarikat penerbangan negara. Ia juga menjadi simbol inspirasi bahawa kaum wanita mampu menembusi batasan, mencipta peluang serta memacu masa depan industri penerbangan.
“Semoga penerbangan hari ini menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakan sekerja, tetapi juga generasi penerbangan akan datang untuk terus bermimpi besar dan berani menongkah cabaran,” kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan.
Kejayaan bermakna ini turut mendapat pujian orang ramai yang meluahkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut. Ramai berpendapat, pencapaian ini mampu menyuntik semangat kepada wanita di luar sana untuk menceburi bidang penerbangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!