Ketahui Lokasi Tersayang Semudah ABC, Guna Aplikasi Ni Je!

Share

Hubungan jarak jauh atau kadangkala digelar sebagai perhubungan jarak jauh (PJJ) merupakan satu lumrah bagi sesetengah pasangan remaja bercinta. Ini biasanya berlaku apabila masing-masing belajar di lokasi berbeza sama ada di dalam atauluar negara. Atau ia juga boleh berlaku jika salah seorang terpaksa mengikut tugasan kerja.

Akan tetapi hubungan jarak jauh mempunyai ‘kemanisan’ yang tersendiri yang mungkin hanya boleh difahami oleh sesiapa yang pernah melaluinya. Namun, ada juga terkadang rasa curiga kan?

Jadi apa cara yng korang boleh lakukan jika berdepan dengan situasi seperti ini? Sebenarnya ada satu cara yang boleh kaum isteri guna pakai untuk mengesan lokasi suami dengan mudah.

Nak tahu bagaimana caranya, ikut perkongsian penguna TikTok  yang dikenali sebagai Aiman Ikhwan menerusi akaun TikToknya @aimanikhwann_.

 

@aimanikhwann_Selamat mencuba ##foryoupage ##fyp ##StayAtHome♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Aiman memberi tips bagaimana hendak mengesan lokasi pasangan atau ahli keluarga dengan hanya menggunakan aplikasi Zenly.

Ketahui Lokasi Tersayang Semudah A B C

Aplikasi Zenly ini boleh dimuat turun di Google App Store dan juga Apple Store, Zenly dapat membantu para isteri mengesan suami dan ahli keluarga yang lain dengan mudah dan lancar.

Sumber Gambar : TikTok @aimanikhwann_

Cara Menggunakan Zenly

Sebenarnya cara nak menggunakan Zenly ini sangat mudah, ikuti langkah-langkahnya di bawah.

  1. Muat turun aplikasi ke dalam telefon bimbit kamu dan pasangan.
  2. Daftar aplikasi bagi kedua-dua telefon pintar (telefon kamu dan suami)
  3. Kamu dah boleh semak dan lihat lokasi pasangan.

Bukan itu saja, korang juga dapat mellihat berapa jumlah bateri telefon pintar pasangan.

Penulis rasa cara ini sesuai buat korang yang selalu mencurigai pasangan masing-masing. Tapi ini hanyalah alternatif sahaja dan sama ada kamu ingin menggunakannya bergantung pada pilihan masing-masing.

IKLAN