Berita

Pelajar Perempuan Cedera Ditikam Di Sebuah Sekolah Menengah Di Banting

Share

Terbaru, Seorang pelajar perempuan dilaporkan cedera selepas dipercayai ditikam oleh seorang individu dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor, pada pagi ini.

Menerusi beberapa perkongsian yang tular di media sosial, insiden tersebut dikatakan berlaku secara mengejut di kawasan sekolah sehingga mencetuskan suasana cemas dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

Dalam pada itu, beberapa rakaman video yang tersebar turut memaparkan seorang remaja perempuan berpakaian serba hitam dilihat berjalan di sekitar kawasan sekolah sambil memegang objek tajam, sebelum keadaan menjadi kelam-kabut apabila pelajar lain dilihat bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Pisau yang digunakan oleh seorang individu yang dipercayai menikam seorang pelajar sekolah di Banting.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan berhubung insiden tersebut.

“Ya, saya sahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya. 

BACA: “Dia Cuma Pergi Sekolah…” Pelajar Tingkatan 4 Maut Ditikam Pelajar Tingkatan 2 di Bandar Utama

Di samping itu, beliau turut memaklumkan bahawa keadaan mangsa tidak kritikal dan masih berada di bawah pemantauan pihak perubatan bagi rawatan lanjut.

Pelajar perempuan yang menjadi mangsa tikaman di sebuah sekolah hari ini dilaporkan stabil.

Pada masa yang sama, terdapat dakwaan awal di media sosial yang mengaitkan suspek sebagai bekas pelajar sekolah berkenaan yang dipercayai mempunyai motif peribadi, namun perkara itu masih belum dapat disahkan.

Setakat ini, pihak polis belum mendedahkan identiti mana-mana individu yang terlibat mahupun motif sebenar kejadian, dan dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas siasatan awal selesai.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE