Negara kita hari ini (15 Julai 2021) mencatakan jumlah kes baharu COVID-19 paling tinggi iaitu sebanyak 13,215 kes positif. Ini merupakan angka kes tertinggi dicatatkan sejak penularan wabak pandemik ini berlaku di Malaysia.
Dengan lonjakan kes setiap hari, sudah tentu kapisiti di hospital tidak lagi mampu menampung, selain daripada kekurangan kakitangan yang bertugas.
Justeru itu, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini sedang mencari sukarelawan bukan perubatan bagi mengurangkan beban yang digalas kakitangan perubatan di sana.
Ads
Pertubuhan Pertolongan Cemas Malaysia (MyFast) berkata, pihaknya menerima permintaan bantuan itu daripada hospital memandangkan kakitangan perubatan kini bergelut dalam menghadapi kemasukan ramai pesakit.
Ads
Antara tugasan untuk sukarelawan adalah menghantar pesakit ke wad, menukar bekalan oksigen pesakit, mencatatkan matlumat penting keadaan pesakit dan menghidangkan makanan kepada mereka. Kesemua sukarelawan akan diberikan latihan sebelum memulakan tugasan.
MyFast menjelaskan bahawa tugasan itu tidak akan dibayar sementara usaha sedang dibuat untuk mempercepat pemberian vaksin kepada sukarelawan. Nama sukarelawan terlibat akan diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dipertimbangkan pemberian elaun.
Ads
Sesiapa yang berminat dan ada kelapangan masa untuk sama-sama membantu petugas di HKL dalam menjalankan tugas bukan perubatan di sana, boleh menghubungi talian berikut untuk keterangan lanjut:
• Anwar: 011-15738284
• Agilan: 013-3979643
• Dino: 018-2200866
Topik perlawanan akhir bola sepak UEFA UERO 2020 di antara pasukan Itali dan England yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Azzurri, Isnin lalu masih menjadi topik perbualan ramai orang.
Bukan hanya dalam kalangan peminat bola sepak sahaja. Malah, warganet segenap dunia masih memperkatakan berkenaan aspek perlawanan tersebut dan kesan kekalahan pasukan England selepas ia berakhir.
Ini termasuklah serangan berbaur perkauman yang terpaksa ditelan oleh beberapa pemain berkulit gelap daripada pasukan England terutamanya Bukayo Saka, Marcus Rashford dan Jadon Sancho.
Ini gara-gara kegagalan mereka bertiga untuk menjaringkan gol secara kemas sewaktu penentuan sepakan penalti; sekaligus memberi peluang kepada Itali untuk menjulang trofi EURO 2020.
(Dari kiri) : Rashford, Saka dan Sancho.
REMAJA tidak mahu menyentuh mengenai pemilihan tiga orang pemain sebagai pengambil sepakan penalti oleh pengurus pasukan, Gareth Southgate (walaupun Saka baru berusia 19 tahun – mengapa peluang itu tidak diberikan kepada pemain yang lebih berpengalaman seperti kapten Liverpool, Jordan Henderson?!) because that will open up A WHOLE new conversation.
Apa yang INGIN kami perkatakan adalah mengenai respon balas Duke of Cambridge, Putera William setelah Saka, Rashford dan Sancho menjadi mangsa perkauman. Untuk pengetahuan, beliau turut berada di Stadium Wembley, London bersama-sama Duchess of Cambridge, Kate Middleton dan Putera George semasa perlawanan akhir, awal pagi Isnin lalu.
Bayangkan sajalah, ada ciapan yang berbunyi, “Baliklah ke Nigeria” dan “Keluar dari negara aku” yang ditujukan kepada Saka. Rashford juga terkesan apabila dinding mural di Manchester yang menampilkan wajahnya ‘dijahanamkan’ dengan imej alat kelamin lelaki sejurus perlawanan berakhir.
(Dari Kiri): Kate Middleton, Putera George dan Putera William sewaktu menonton perlawanan akhir UEFA EURO 2020 di Stadium Wembley, awal pagi Isnin lalu. Sumber Foto : Vanity Fair / Getty Image
Lalu, Putera William, 39 yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak England telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi akaun Twitter Kensington Royal.
“Saya jijik dengan serangan perkauman yang ditujukan kepada pemain England selepas perlawanan malam tadi. Untuk pemain menanggung perlakuan menjijikkan ini adalah sama sekali tidak boleh diterima. (Isu perkauman) mesti dihentikan sekarang dan semua yang terlibat harus dipertanggungjawabkan,” catat Putera William di akaun Twitter rasmi Kensington Royal.
I am sickened by the racist abuse aimed at England players after last night’s match.
It is totally unacceptable that players have to endure this abhorrent behaviour.
It must stop now and all those involved should be held accountable. W
— The Duke and Duchess of Cambridge (@KensingtonRoyal) July 12, 2021
Putera William mengakhiri ciapan itu dengan initial ‘W’ yang menandakan ia merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukannya daripada pihak Istana.
*
Biarpun kenyataan Putera William itu disambut baik oleh majoriti peminat bola sepak, namun bagi pengikut perkembangan keluarga diraja Britain pula; mereka menganggap kenyataan daripada beliau ini sebagai – err – “Hipokrit”.
Menurut laporan daripada Insider, sentimen yang ditunjukkan oleh Putera William ini ibarat langit dan bumi jika dibandingkan dengan sewaktu adik iparnya, Meghan Markle mendakwa beliau terpaksa berdepan isu perkauman daripada pihak Istana Britain dan penggiat media Inggeris.
Jika kita masih ingat lagi respon balas Putera William setelah pendedahan Meghan (dan Putera Harry) kepada Oprah Winfrey pada bulan Mac lalu, beliau telah mempertahankan keluarga diraja daripada dakwaan Meghan. Kata William kepada para wartawan sewaktu ditemui pada 11 Mac, “We’re very much not a racist family” (Kami bukanlah keluarga rasis).
Lalu, perbezaan dari segi respon balas Putera William dalam isu Meghan dan isu pasukan bola sepak England ini menjadi punca beliau digelar sebagai hipokrit.
Hhm, susah juga apabila seseorang itu terkenal seperti Putera William. Segala yang dikatakan oleh beliau dahulu, sekarang dan pada waktu masa akan datang pasti akan dianalisa serta diperhatikan tidak kiralah jika ia perkara kecil mahupun sebesar isu perkauman ini.
Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi mengumumkan satu bantuan yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang akan diperkenalkan bagi membantu rakyat dan ekonomi.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pakej bantuan bernilai 15 bilion ringgit ini akan menambah baik inisiatif yang berterusan serta mempercepatkan inisiatif yang berkaitan.
Demi mengurangkan beban, kerajaan bersetuju memberikan lanjutan masa bayaran semula pinjaman PTPTN selama tiga bulan pertama tahun ini susulan daripada penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Oleh itu, pelajar bolehlah menangguhkan pembayaran semula sehingga 31 Mac ini.
Bagi peminjam PTPTN yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir, keputusan moratorium ini tentunya sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan mereka.
Selain itu, kerajaan juga mengumumkan perlanjutan tempoh capaian internet percuma dengan kerjasama industri telekomunikasi sepanjang musim PKP.
“Pemberian data 1 Gigabit secara percuma telah diberi kepada orang ramai untuk melayari laman web, termasuklah untuk tujuan pendidikan. Kemudahan yang bernilai 500 juta ringgit ini telah bermula pada 1 Januari 2021 dan akan dilanjutkan sehingga hujung April 2021,” jelas beliau.
Bukan itu saja, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan diperluaskan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung April 2021.
Terima kasih!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebahagian besar rakyat Malaysia jelas tidak bersetuju dengan keputusan pembubaran Parlimen ke-14 pada hari ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
Tinjauan di media sosial terutamanya di platform Tiwtter mendapati kecaman rata-rata ditujukan kepada Ismail Sabri yang didakwa terlalu mengikut telunjuk parti UMNO yang diwakilinya dan – well – “tunduk kepada kluster penyamun” sambil merujuk kepada ahli-ahli Parlimen yang dikaitkan dengan perbicaraan di mahkamah.
Sebagai rekod, bekas Presiden UMNO merangkap mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang dipenjarakan selama 12 tahun setelah disabitkan bersalah dalam penyelewengan RM42 juta dana SRC International. Sementara itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahir Hamidi pula berdepan pertuduhan rasuah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melibatkan berjuta-juta Ringgit.
Kemarahan orang ramai itu berlipat kali ganda memandangkan musim tengkujuh dan bencana banjir dijangkakan bakal berlaku pada hujung tahun hingga awal tahun hadapan; seperti yang kita semua saksikan berlaku tidak lama dahulu.
Menurut Jabatan Metereologi Negara, ia meramalkan Monsun Timur Laut akan bermula pada November ini dan hanya berakhir pada bulan Mac nanti.
Sepanjang tempoh itu, Malaysia diramalkan menerima tiupan angin dari arah timur laut secara konsisten di antara 10 hingga 20 kilometer sejam. Ia secara tidak langsung akan menganggu keharmonian hidup terutamanya buat penduduk di negeri Pantai Timur Semenanjung dan Pantai Barat Sarawak.
Kekecewaan warganet mengenai pembubaran parlimen tidak terhenti di situ apabila ramai berpendapat ekonomi negara seharusnya dijadikan fokus utama buat masa ini dan bukannya siapa yang memegang tampuk kepimpinan negara. Pembubaran ini menguatkan lagi andaian ‘gila kuasa’ terhadap ahli politik di Malaysia.
Hhm, apa pendapat korang? Setuju dengan luahan perasaan warganet?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!