Setelah hampir sebulan siasatan diilakukan oleh pihak pengurusan stesen radio Hot FM terhadap salah seorang penyampainya, Shuk, 35 selepas selebriti itu terlibat dengan kontroversi yang melibatkan rumah tangganya, hari ini Hot FM mengesahkan bahawa kontrak Shuk telah ditamatkan berkuat kuasa hari ini.
Kontroveri rumah tangga tersebut telah mendapat perhatian menyeluruh rakyat Malaysia setelah isteri Shuk, Rossalennah Natassiah Asshaferah ataupun Sera melakukan pendedahan bahawa suaminya itu masih lagi curang dengan seorang wanita bernama Fara biarpun Shuk bergelar suami dan ayah kepada dua orang cahaya mata perempuan.
Dengan penamatan kontrak ini, segmen geng pagi Hot kini dikendalikan oleh Fizie dan seorang penyampai baru yang dibawa masuk selepas penggantungan tugas Shuk tempoh hari iaitu Mark Adam.
Penulis enggan terlalu menyentuh secara mendalam mengenai perihal Shuk dan kontroversinya itu memandangkan korang sendiri rata-rata sudah tahu mengenai kejadia tersebut.
Apa yang ingin penulis sentuh adalah mengenai prosedur pemberhentian seseorang pekerja akibat masalah peribadi. Bolehkah disebabkan oleh masalah peribadi di luar tempat kerja, seseorang itu boleh dibuang kerja?
Ads
Tinggal kenangan. Sumber Foto: Instagram @shuk_hotfm.
Dalam kes Shuk, besar kemungkinan amaran pemberhentian tugas itu tertera dalam klausa pekerja di bawah stesen Hot FM. Lagi pula, dia bergelar selebriti yang dikenali ramai. Jika Hot FM mempunyai seorang penyampai yang terpalit dengan kontroversi, tentunya ia akan mendapat tempias dari segi jumlah pendengar yang merosot, sebagai contoh.
Malah Shuk yang dihubungi oleh rakan media di Harian Metro juga menerima saja keputusan itu dengan terbuka. Mungkin dia faham akan implikasi isu peribadi ke atas nasih kariernya.
Akan tetapi, bagaimana pula dengan industri pekerjaan lain yang melibatkan pekerja bukan selebriti. Adakah isu peribadi boleh digunakan untuk menentukan nasib pemberhentian seseorang?
Pertama sekali, penulis ingin mengingatkan semua bahawa setiap syarikat mempunyai dasar pekerjanya sendiri.
Cuma, mengikut garis panduan pengurusan pemberhentian pekerja Kementerian Sumber Manusia, majikan haruslah terlebih dahulu berbincang dengan pekerja terbabit (seperti yang dilakukan dalam kes Shuk) dan memberi notis perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).
Ads
Tempoh notis pernamatan itu sama ada selama 4 minggu, 6 minggu atau 8 minggu bergantung kepada sejauh mata pekerja itu telah bekerja di situ.
Bagi kesalahan salah laku pula, selalunya majikan mempunyai sebab untuk menamatkan kontrak atau menghentikan seseorang pekerja akibat isu salah laku di tempat kerja dan salah laku semasa dalam tempoh waktu bekerja.
Selain daripada itu, sebarang isu peribadi yang tidak melibatkan prestasi kerja, jenayah, kerosakan, rasuah, ketidakpatuhan dan yang melanggar peraturan yang berkaitan tempat kerja secara berterusan TIDAK semestinya akan mengakibatkan seseorang kehilangan pekerjaannya.
Cuma seperti yang penulis sebutkan tadi, dalam kes stesen Hot FM ini, mungkin klausa mereka sedikit berbeza apabila menyentuh tentang penyampai radio yang dikenali ramai.
Apapun, sekiranya seorang pekerja dibuang atau ditamatkan kontrak tanpa sebarang alasan munasabah dan tidak melibatkan salah laku seperti yang disebutkan tadi, mereka boleh saja membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP) ataupun Pejabat Buruh untuk mengadakan rundingan.
Tapi sebelum itu, korang perlulah meneliti dasar syarikat dan mengenal pasti sekiranya sebarang perbuatan korang sebelum ini pernah mencabuli dasar yang telah korang tandatangani.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Chee Cheong Fun adalah hidangan makanan kantonis yang berasal dari China dan ia sangat popular di negara kita. Bukan hanya masyarakat Cina, makanan ini juga menjadi favorite di kalangan orang Melayu.
Namun, sekiranya ingin membeli hidangan ini, masyarakat Melayu akan memilih kedai menjual chee cheong fun yang halal. Di dalam balutan tepung mi beras itu diisi dengan ayam, udang, daging atau apa sahaja mengikut selera pelanggan.
Makanan ini sesuai dibuat minum petang dan sekiranya korang beli di kedai, harganya boleh jatuh sehingga RM10 untuk sepinggan.
Oleh yang demikian, kami nak kongsikan resipi chee cheong fun udang yang boleh dibuat sendiri di rumah. Rupanya tak susah nak buat hidangan ini ya. Jom kita lihat resipi yang telah dikongsi oleh Li Yow ini.
Bahan-bahan:
– 1 cawan tepung beras
– ½ cawan tepung jagung
– ½ sudu kecil garam
– 3 cawan air
– Udang
Bahan-bahan kuah:
– 1 cawan air
– 3 sudu besar kicap cair
– 1 ½ sudu besar gula
Cara menyediakan:
1. Kacau bahan-bahan tepung sehingga sebati. Sebelum dikukus kacau lagi
2. Oleskan minyak pada tray besi. Tak perlu banyak, sekadar nak bagi licin sahaja
3. Letak elok-elok dan rata. Adjustkan ke kiri ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan
4. Jangan letak adunan tepung tadi terlalu banyak, buat senipis mungkin
5. Letakkan udang, kalau udang kecil tempoh masa kukus boleh dikurangkan
6. Kukus selama 1 minit 30 saat. Kalau udang kecil, boleh cepatkan sikit
7. Kemudian, angkat tray dan buang air lebihan jika ada
8. Cedok perlahan-lahan, gulungkan udang
9. Letakkan kuah yang telah disediakan seperti dalam bahan disebut tadi
10. Letakkan sedikit bijan, dawang bawang dan bawang goreng
11. Boleh letakkan sambal udang untuk lebih rasa. Siap!
Nampak macam senang je kan. Bolehlah cuba nanti. Selamat mencuba!
Aktres dan usahawan jelita, Anzalna Nasir berkongsi pengalaman peribadi yang cukup menyentuh hati apabila mengakui sering terjaga di tengah malam untuk menunaikan solat Tahajjud tanpa bantuan jam loceng.
Menurut bekas peserta Dewi Remaja itu, perkara berkenaan bukan satu kebetulan sebaliknya tanda kasih sayang Allah SWT yang memanggilnya untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
“Saya jauh daripada sempurna. Tapi entah bagaimana, Allah selalu bangunkan saya untuk solat Tahajud tanpa jam loceng. Itu bukan kebetulan, tapi jemputan daripada-Nya untuk saya bercakap dengan Dia.
“Hati saya rasa sebak dengan rasa syukur. Walaupun saya banyak kekurangan, Dia tetap mengizinkan saya hadir di hadapan-Nya pada saat paling sunyi di malam hari.
“Besarnya rahmat dan kash sayang daripada Yang Maha Pengasih,” tulisnya panjang di media sosial.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai pengikut yang turut meluahkan rasa kagum serta mendoakan agar Anzalna terus kekal istiqamah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, kecoh platform media sosial apabila Ketua Polis Kelantan memaklumkan pihaknya menjangkakan dua juta kenderaan untuk memasuki negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
Lalu, ramai yang mengeluh memikirkan keadaan sibuk di jalan raya yang boleh memakan masa hampir seharian sekiranya kita ‘malang’ memandu di waktu puncak.
Hhm, apa kata korang lupakan sebentar pilihan balik ke kampung menggunakan kenderaan sendiri ataupun bas; dan beralih kepada alternatif menaiki perkhidmatan tren?
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun ini memperkenalkan perkhidmatan tren khas untuk seisi keluarga. Dikenali sebagai Ekspres Khas Keluarga Malaysia, tren khas ini akan memulakan perjalanan untuk ‘kelik kampung’ ke destinasi Pantai Timur bermula 29 April ini.
Seramai 516 penumpang istimewa akan berlepas dari KL Sentral menuju ke stesen Tumpat pada 29 April jam 11 malam dan ia akan berhenti di 17 stesen berbeza.
Ini termasuklah hentian Bandar Tasik Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Pulau Sebang, Mentakab, Jerantut, Gua Musang, Pasir Mas dan akhir sekali, tiba di Tumpat pada 30 April, jam 3.55 petang.
Manakala, perjalanan balik pula akan bermula dari stesen Tumpat pada 7 Mei, jam 10.50 malam. Ia dijangka tiba di stesen KL Sentral pada 8 Mei, jam 3.04 petang.
Inisiatif tersebut adalah hasil kerjasama KTMB bersama Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan warga kot mengambil alternatif tren untuk pulang ke kampung halaman dengan selamat dan pada kadar tambang yang berpatutan. Ia juga diharapkan boleh mengurangkan kesesakan di jalan raya lalu menjimatkan masa perjalanan
Bagi yang tertanya-tanya jika tren khas ini menyelesakan atau tidak, jangan risau. Tren ini dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier dan superior, koc buffet dan koc chillax bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat dan menjamu moreh beramai-ramai.
Tiket Ekspres Khas Keluarga Malaysia akan mula dijual pada 15 April ini pada harga serendah RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala. Menariknya, semua penumpang tren khas ini juga akan menerima cenderahati tau!
Sementara itu, warga kota yang ingin pulang ke destinasi di Pantai Barat boleh memilih perkhidmatan tren ETS di mana pihak KTMB akan menambah dua lagi tren elektrik tambahan bagi menampung 4,368 penumpang ekstra pada musim perayaan.
Penumpang akan menaiki tren dari stesen KL Sentral dan ia akan menuju stesen Padang Besar dari 29 April hingga 2 Mei. Manakla perjalanan pulang pula bermula dari 6 Mei hingga 8 Mei. Jualan tiket bagi tren tambahan ini akan mula dijual pada 15 April juga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.