Peguam yang mewakili pelakon, Nur Fazura Sharifuddin bagi sebutan kes permohonan cerai ke atas suami, Fattah Amin menegaskan bahawa Fazura tidak sesekali pernah mengesahkan dakwaan dirinya dicurangi seperti yang tular di media sosial.
Ketika ditemui para pemberita di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan agar masyarakat tidak terus membuat spekulasi terhadap punca permohonan penceraian.
“Fazura tidak pernah mengeluarkan kenyataan (berhubung dakwaan dicurangi oleh Fattah Amin).
“(Kenyataan) yang timbul adalah daripada individu-individu yang mengeluarkan kenyataan melalui media sosial berkaitan perkara-perkara yang sebenarnya kita pun tidak pernah cakap.
“Kalau tengok dalam permohonan penceraian pun, kita tidak sebut langsung isu-isu berkaitan kejadian curang dan sebagainya,” ulasnya.
Justeru, beliau memberi amaran bahawa tindakan keras akan diambil terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap kes ini.
Ads
Setakat ini, sudah 4-5 pihak sudah dikenal pasti pernah membuat kenyataan fitnah terhadap diri Fazura dan rumah tangga mereka.
Mengimbas kembali sejurus Fazura memfailkan penceraian pada 13 September lalu, timbul dakwaan daripada pengawal peribadi aktres itu kononnya wujud ‘penyondol’ yang menjadi punca keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura.
Individu yang dikenali sebagai Shahaszrin itu mendakwa seorang wanita yang pernah menjadi penata gaya tudung kepada Fazura cuba merapati Fattah dan mengakibatkan konflik antara pasangan selebriti berkenaan.
Lantas, spekulasi Fattah berlaku curang hangat diperkatakan warganet menerusi platform media sosial.
Mahkamah menangguhkan kes permohonan penceraian ke 7 Oktober 2024 untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan memutuskan jalan penyelesaian terbaik termasuklah keputusan sama ada bagi meneruskan penceraian ataupun tidak.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, dari Tamparuli ke New York! Penyanyi berbakat besar, Marsha Milan Londoh mencipta satu lagi kejayaan manis dalam kariernya apabila wajahnya menghiasi papan iklan digital ikonik di Times Square, New York, Amerika Syarikat.
Kejayaan ini adalah sebahagian daripada kempen global #SpotifyEQUAL yang bertujuan meraikan artis wanita dari seluruh dunia, dan Marsha turut terpilih sebagai wakil dari Malaysia.
Sebagai anak seni dari Borneo, Marsha turut meluahkan betapa mencabarnya laluan untuk sampai ke tahap ini.
Namun, kejayaan seperti ini membuatkan dirinya lebih menghargai setiap langkah yang telah diambil dalam industri muzik tanah air.
“Sebagai penyanyi wanita dari Borneo, perjalanan ini tidak selalu mudah, tetapi detik seperti inilah yang mengingatkan saya kepada sebab saya bermula.
“Terima kasih Spotify Asia kerana mengangkat suara kami ke persada dunia. Kepada semua wanita dalam industri muzik, suara anda sangat bermakna dan kami perlu mendengarnya lebih lagi!” tambah pemenang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39) itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Marsha Milan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka muzik video yang tidak disiarkan walaupun telah dihasilkan akhirnya menjadi trending seluruh dunia enam tahun kemudian. Mungkin inilah tuah yang datang sedikit lambat buat penyanyi bersuara unik, Meghan Trainor.
Lagu Title merupakan karya yang dimuatkan di dalam album debutnya yang juga bertajuk Title pada tahun 2015 yang mana menyaksikan album tersebut hangat di pasaran. Terjual sebanyak 1.8 juta keping seluruh dunia, ia merupakan antara 10 album terbaik dari segi jualan pada tahun itu. Lagu Title antara yang popular namun tidak menjadi hit bak lagu-lagu lain seperti All About That Bass dan Dear Future Husband.
Ekoran itu, muzik video lagu itu yang sudah siap dihasilkan tidak disiarkan kepada umum walaupun ketika itu ada yang membocorkan sedikit sedutan klip video tersebut. Akhirnya selepas enam tahun muzik video tersebut akhirnya disiarkan kerana lagu tersebut menjadi viral di laman media sosial TikTok.
Thanks to TikTok!
Kredit foto: Tangkap Layar MV Title
Meghan yang dilihat menari berlatarkan rentak lagu tersebut berkata di ruangan kapsyen, “Bila mereka tidak membenarkan anda menyiarkan muzik video rasmi sehinggalah TikTok menjadikannya viral enam tahun kemudian.”
Diarahkan oleh Fatima Robinson dan dirakam pada 2014, video yang kini rasmi menunjukkan penyanyi itu membuat persembahan dalam gaun rona biru yang berkilauan manakala pertandingan peraduan ala Miss America berlangung di belakangnya.
Kredit foto: Tangkap Layar MV Title
Walau bagaimanapun, there is a twist! Peserta pertandingan itu bukan wanita tetapi lelaki bertubuh tegap, yang ditunjukkan sedang berjalan di runway dan sedang bersiap-siap di bilik persediaan sebelum berhadapan dengan kamera.
Setakat ini, muzik video tersebut telah menerima lebih 9 juta tontonan selepas disiarkan pada 15 Disember lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi Rap, Mark Lee baru-baru ini mengungkapkan perasaannya mengenai kesibukan aktiviti hariannya sebagai idola K-Pop melalui satu temubual santai di Youtube 빠더너스 BDNS (ppadeoneoseu BDNS).
Mark yang juga salah seorang anggota boy group NCT mengaku memiliki sedikit sindrom Peter Pan dimana ia merupakan terma psikologi yang menyebabkan seseorang merasa enggan untuk tumbuh dewasa dan membuatkan penyanyi itu merasakan bahawa dirinya berada dalam dunia fantasi.
Pelantun lagu Child yang kini berusia 25 tahun itu juga turut meluahkan dia banyak tertinggal dalam pengalaman sosial disebabkan jadual yang padat sebagai selebriti K-Pop. Melalui sindrom Peter Pan ini juga, Mark merasakan bahawa dunia dia amat berbeza dengan rakan-rakan sebaya dengannya.
“Ada satu masa, ketika saya berada dalam masyarakat dan melihat kawan-kawan yang seusia dengan saya. Mereka berkelakuan lebih matang dan seperti boleh hidup dengan lebih baik berbanding saya”
Kredit: Instagram @onyourm__ark
“Kadang-kadang dalam beberapa hal, saya rasa seperti berada dalam dunia fantasi (sebagai artis K-Pop) yang mana awalnya agak menegangkan tapi akhirnya saya dapat terima semua ini” – Mark Lee
Menurut Mark, walaupun ada masa dirinya seperti ‘terjebak’ dalam dunia K-Pop, tapi dia sentiasa berusaha untuk fokus pada kerjayanya dan menikmati setiap kejayaan yang diraih sebagai idola K-Pop.
Dalam pada itu, dia berharap suatu hari nanti boleh menjalani kehidupan yang lebih normal dan dapat bergaul dengan orang-orang di luar industri hiburan dengan lebih baik.
Kredit: Instagram @onyourm__ark
Pengakuan Mark ini juga menjadi satu peringatan kepada masyarakat, bahawa di sebalik kejayaan dan populariti melonjak yang dialami oleh idola K-Pop. Mereka juga adalah seorang manusia biasa yang masih ada perasaan dan keraguan dalam menjalani kehidupan.
Sekadar info, Mark Lee mula menceburi industri hiburan setelah lulus uji bakat SM Entertainment pada tahun 2012. Beliau mula mendapat perhatian selepas debut sebagai anggota NCT U pada tahun 2016 dan kemudian menyertai sub-unit NCT Dream dan NCT 127. Selain aktif dalam kumpulan, Mark juga terlibat dalam projek-projek solo dan kolaborasi dengan artis lain.
Pada 16 Mei baru-baru ini, Mark telah melancarkan single solo terbarunya berjudul 200. Ini adalah single solo pertama Mark selepas Golden Hour yang dikeluarkan pada April 2023.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.