Bagi anda gadis fashionista pasti menjadi impian untuk membimbit beg tangan ikonik dan berjenama.
Namun, genius atau tidak rekaan Louis Viutton yang terkini ini?
Apakah ada individu yang kemaruk mahu mendapatkan beg tangan dengan rekaaan yang unik dan diperbuat daripada material kulit asli lembu semewah ini? Rata-ratanya menganggap, ianya adalah objek paling tidak munasabah untuk dijual semahal $ 39,000 atau RM159,724 seunit.
Tas tangan yang direka untuk musim luruh dan musim sejuk 2021 ini menggunakan kanvas monogram khas Louis Vuitton, beg eksklusif yang direka oleh Virgil Abloh itu dilengkapi dengan ‘kokpit’, sayap dan juga enjin. Diatas ‘bumbungnya’, terdapat pemegang serta tali bahu.
Ads
Bag yang dilancarkan Januari lepas ini juga viral dimedia sosial dengan ada yang mengatakan bahawa harganya sama dengan sebuah kapal terbang sebenar. Dia membuktikan bahawa pesawat sebenar akan lebih murah seperti pesawat enjin tunggal Cessna 1968 yang tersedia dengan harga $32,300 (RM132,284).
Menurut PlaneCheck.com pula, sebuah Cherokee Piper PA-28-140 1967 kini dijual di UK dengan harga $ 39,572 (RM162,067). Sementara Mooney M20E Super 21 1965 pula dapat dibeli di Sepanyol dengan harga $ 36,127 (RM147,958).
Unik dah unik tapi harganya menerima kecaman dari pelbagai pihak sehingga ada yang mengatakan lebih rela membeli kapal terbang sebenar, lapor The Indian Express.
Pastinya korang selalu mendengar saranan membeli emas semasa dalam musim ekonomi mencabar seperti sekarang ini.
Ia dianggap sebagai satu pelaburan jangka panjang yang berkesan dan stabil. Rata-rata sejarah pelaburan emas bagi 20 tahun yang lalu menunjukkan emas sebagai aset yang tidak mudah turun harganya.
Selain itu, harga emas yang sedang rendah sekarang di stor barangan kemas membuatkan ini adalah masa terbaik untuk korang membeli emas sebagai pelaburan dan hiasan badan.
Tapi… emas jenis bagaimana yang boleh memberi keuntungan lebih?
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @Nurnadiana_ telahpun memberikan contoh kepada rekaan perhiasan emas dari jenis hollow (kosong di dalam) dan jenis padu. Kalau nak untung dan bertahan lama (tidak mudah putus), ini adalah di antara jenis yang disyorkan olehnya.
01
Rantai Tangan Pintal
Ia mempunyai jenis kosong dan padu. Korang boleh bezakan yang mana satu? Di sebelah atas adalah kosong, manakala yang bawa itu pula merupakan emas padu.
.
.
02
Rantai Tangan Jagung
Rantai tangan jenis ini adalah padu dengan emas dan tidak rugi untuk dibeli. Walaupun kecil saiznya tetapi ia bernilai.
.
.
03
Rantai Tangan Pandora
Mungkin korang akan terkejut kerana ramai di kalangan kita yang menggemari pandora. Ingatkan ia adalah rantai tangan yang bergred pertengahan Namun, @Nurnadiana_ berkata ia adalah jenis padu baik rantai tangan ataupun gelang tangan!
.
.
04
Rantai Tangan Belut
Meskipun ia halus, namun kualiti emas yang ada padanya adalah padu! Cuma satu saja kekurangan yang ada pada rantai tangan ini adalah ia terasa kasar apabila dipakai pada tangan.
.
.
05
Rantai Tangan Mesin
Kelihatannya seakan sama dengan rantai tangan belut.
.
.
06
Rantai Tangan Biji Sawi
Tampak comel, selalunya ia akan dipilih bagi kanak-kanak kecil. Namun, kualitinya diakui kerana emas yang ada pada butiran biji tersebut cukup padat.
.
.
07
Rantai Tangan Sauh
Ini satu lagi contoh rantai tangan jenis nipis yang padu emasnya! Cuma korang kenalah berhati-hati dalam menjaganya, takut cepat putus.
.
.
08
Rantai Tangan Candy
Selalu kan korang nampak golongan mak-mak akan memilih jenis ini. Yang golongan datin pun gemarkannya.
.
.
09
Rantai Tangan Biji Ketumbar
Namanya memang sedikit kelakar, tapi ia cukup manis untuk dipakai.
.
.
10
Rantai Tangan Melur
Satu lagi pilihan popular ibu kita.
*
Jika ingin bercakap tentang soal kualiti, sekiranya rantai tangan emas korang jenis padu sekalipun tapi cara pemakaiannya ‘ganas’ pada setiap hari, emas padu pun boleh putus tau! Jadi, pandai-pandailah menjaga barangan kemas sendiri.
Antara rahsia-rahsia kecantikan mereka ini, tidak pernah difikir dan dibuat oleh orang kerana ada yang tidak tahu kewujudannya atau berbahaya untuk dilakukan tanpa pengawasan pakar.
1. January Jones: Mandi Bir
January Jones: Mandi Bir
Untuk menghidrasi badan, January Jones telah menggunakan bir dalam mandianya sebagai rahsia terbesarnya.
Mandian bir ini memberikan badan dos Vitamin B yang tinggi dan enzim yang aktif bagi mendapatkan kulit yang diingini. Dalam pada masa yang sama, ia meredakan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah dan detoksifikasi badan.
2. Eva Mendes: Mono Threading
Dilakukan oleh Eva Mendes, mono threading ini adalah threads yang mengaktifkan sintesis kolagen dalam menghasilkan penebalan kulit secara beransur, penegangan dan kesan keremajaan, berbeza dengan akupuntur.
Eva melakukan mono threading di bahagian leher kerana ia merangsang pengeluaran kolagen dan mengelakkan daripada lehernya menjadi kendur.
3. Shailene Woodley: Makan Tanah Liat
Bagi membersihkan diri daripada bahan-bahan yang tidak baik dan memberikan manfaat kepada badan, aktres Shailene Woodley akan memakan satu sudu teh tanah liat dalam rutin hariannya.
Menurut Paul Mackey, pemilik Natures Cleasing Clay mengatakan tanah liat hidup boleh dimakan kerana ia mempunyai faedah detoksifikasi untuk seluruh badan. Ia juga membina sistem imun seseorang, menyeimbangkan tahap pH dan membolehkan tubuh seseorang melawan penyakit secara semula jadi.
4. Stella Maxwell: Urutan Ular
Model Victoria Secret, Stella Maxwell telah menghadiri sesi peribadi dengan ular di Serpentessa iaitu satu-satunya spa yang menawarkan urutan ular. Menurutnya, sesi ular yang tidak berbisa itu penting untuk mereka yang merasakan diri mereka tidak tenang dan serabut dengan kerja atau kehidupan.
Pelanggan yang menghadiri urutan tersebut akan melepaskan hormon endorfin dan oxytocin iaitu untuk menghilangkan tekanan, mewujudkan keseronokan dan meningkatkan daya tahan emosi dan fizikal dalam kehidupan seharian.
5.Victoria Beckham: Najis Burung
Tidak pernah terfikir najis burung boleh membuatkan wajah seseorang kelihatan cantik dan bersinar. Tetapi menurut Victoria Beckham, najis burung dapat menjadi penyelesaian kepada masalah penuaan.
Najis burung yang dikatakan tinggi urea, ia berfungsi mengunci kelembapan dan guanine iaitu memberikan kesan kulit yang cerah.
6. Hailey Bieber: Pelembap Darah
Menggunakan facial lotion yang dicipta oleh Dr. Barbara Strum, iaitu doktor dalam molecular cosmetics, Hailey Baldwin telah mengekstrak darahnya untuk menghasilkan pelembap.
Darah yang diambil akan dimasukkan dalam centrifuge untuk mengasingkan plasma dan sel darah putih yang kemudiannya ditambah ke krim yang dipanggil MC1 Blood Moisturizer.
Menurut Dr. Sturm, platelet darah kita dapat melawan tanda penuaan dengan memprogramkan semula kulit kita. Jadi pelembap yang dihasilkan menggunakan darah ini dapat membantu kulit sentiasa kelihatan muda.
Kelmarin tadi telah berlangsungnya malam finale Miss Intercontinental 2022, pertandingan ratu cantik yang menyambut ulangtahun ke-50 tahun ini itu menyaksikan wakil Vietnam, Le Nguyen Bao Ngoc sebagai juara.
Gadis tinggi lampai berusia 21 tahun ini berjaya mengalahkan 70 peserta lain untuk merebut mahkota berprestij yang diidam ramai. Tempat kedua jatuh kepada, wakil Puerto Rico, Mariel Papin manakala wakil Brazil, Maria Cecilia de Sousa pula berada di kedudukan ketiga.
Pada hari pertandingan Bao Ngoc tampil memukau dalam persembahan kostum nasional, dengan gaya yang sangat elegan dan peragaan yang menawan semua mata terpana kepadanya. Selain itu dia turut tampil bagaikan ratu dalam persalinan gaun petang rona emas.
Apabila diumumkan sebagai salah seorang peserta mengisi tempat top 6, dia perlu melalui sesi soal jawab tersebih dahulu. Jawapan yang diterima berbunyi, “Dari kegagalan yang manakah dalam hidup anda yang paling memberi iktibar?”
Dia pantas menjawab, “”Hakikat bahawa anda tidak mencuba yang terbaik akan membawa kepada kegagalan. Itulah sebabnya saya telah belajar pengajaran bahawa tidak kira apa yang saya lakukan, saya mesti mencuba 100%, dan menumpukan segala-galanya untuk itu.”
Bao Ngoc merupakan pemenang tempat kedua Miss World 2022 dan dilantik sebagai Miss Intercontinental Vietnam 2022.
Mengambil peluang untuk menekankan mengapa dia berada di Mesir melalui pertandingan Miss Intercontinental 2022, dia menambah, “Cabaran yang paling saya ingin tawan adalah gelaran Miss Intercontinental. Saya bersedia dan Vietnam bersedia untuk gelaran Miss Intercontinental.”
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Bao Ngoc sebelum ini merupakan peserta Miss World Vietnam 2022 yang menyaksikan dia mendapat gelaran naib juara.
Menerusi kejayaannya itu dia dilantik secara rasmi untuk mewakili Vietnam di pertandingan Miss Intercontinental 2022, manakala juara pertandingan, Mai Phuong akan mewakili Vietnam di pentas Miss World 2022 yang dijangka berlangsung penghujung tahun ini.
Wakil Malaysia Jeevasheny Anang tidak berjaya mara ke jajaran top 20 seperti yang diharapkan, walau bagaimanapun pujian harus diberikan kerana dia sudah mewakili negara dengan baik. Pada edisi 2021, wakil Malaysia, Poorani Rajoo telah berjaya menempatkan diri di kedudukan top 20.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.