Nasib setiap orang tidak sama. Ada dilahirkan dalam keluarga yang sempurna, ada yang ditinggalkan mak ayah yang bercerai ketika kecil.
Ada yang kaya, ada yang sederhana dan tak kurang juga terpaksa berusaha keras membuat part time untuk memastikan keperluan mencukupi ketika belajar.
Ada yang berpendapat, jika pelajar membuat kerja sambilan ketika belajar, ia akan mengganggu momentum belajar kerana pelajar biasanya keletihan dan akan ponteng kuliah. Tapi apa pun pandangan orang, ia tidak sama seperti dilakukan oleh Sitti Saleha Md Yuusof, 22 tahun yang berjaya membuktikan dia pelajar berjaya apabila berjaya memperoleh dekan dalam setiap semester.
Terbaru, dia memperoleh pointer 3.78 bagi semester 4 yang baru berlalu. Kisahnya pernah REMAJA siarkan sebelum ini di mana ketika itu Saleha memperoleh 3 dekan bagi 3 kali peperiksaan. Ternyata, sekali lagi dia membuktikan dirinya pelajar bijak apabila berjaya memperoleh dekan bagi semester 4 yang lalu.
Saleha berjaya mengekalkan kejayaan apabila sekali lagi menerima anugerah dekan bagi semester 4 selepas tiga kali memperolehnya dalam ujian sebelum ini
Jelas pelajar semester lima Jabatan Bahasa Melayu Profesional, Fakulti Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya ini dia berpegang kepada satu prinsip KEGAGALAN ITU MILIK KITA JIKA KITA TAK BERUBAH. JADI BERUSAHALAH.
“Setiap kali saya bacakan kembali prinsip ini, saya akan kembali bersemangat untuk menggengam kejayaan,” katanya yang juga anak yatim kematian ibu.
Tambahnya lagi, dia amat menitik beratkan soal pelajaran.
Ads
“Saya selalu takut dengan ujian. Tapi dengan rasa takut itu juga membuatkan saya sentiasa ingin mencapai kejayaan. Semakin saya takut, semakin saya berusaha bersungguh-sungguh kerana tak mahu gagal,” katanya memaklumkan dua hari sebelum peperiksaan akhirnya, nenek tempat dirinya menumpang kasih dan menjaganya sedari kecil telah pergi meninggalkan dirinya.
“Saya terlampau sedih ketika itu. Arwah nenek pergi di Subuh dinihari. Saya membesar dengannya dan masa yang sama, saya tak dapat balik sebab masalah kewangan dan juga exam yang hampir sangat. Kenangan ini mengimbau kerana semasa di tahun dua semester 1, mak saya, Noraini meninggal dunia. Ayah juga tak tahu di mana kerana sudah lama tinggalkan saya sejak kecil.
“Walau sedih bagaimana pun saya tekad untuk belajar. Ramai saudara mara menasihati agar saya tak balik. Anugerah dekan ini saya dedikasikan buat arwah nenek,” katanya ketika dihubungi.
Ads
Anugerah diterima adalah hasil kerja kerasanya. Prinsipnya mudah, kegagalan itu akan menjadi milik kita jika kita tidak berubah.
Mengakui membuat kerja part time demi menampung perbelanjaan di universiti, kata Saleha, tak salah bekerja ketika belajar. Asalkan tahu bagaimana untuk membahagikan masa,”katanya memaklumkan, dia baru mendapat berita gembira iaitu dirinya memperoleh biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bermula semester lima yang lalu. Berbanding sebelum ini dia merupakan penerima pinjaman PTPTN.
So semua, tak kiralah apa saja ujian dan kesusahan hidup yang penting kita perlu ada matlamat dan tahu apa yang diinginkan dalam kehidupan. REMAJA mendoakan agar kejayaan sentiasa melingkari kehidupan remaja ini pada masa-masa akan datang dan dalam pelajarannya. Tahniah dari Remaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang belum ada plan sempena cuti Tahun Baru Cina nanti, Remaja nak mengajak korang ke Taman Tema Air Sunway Lagoon sambil menikmati keseronokan bersama insan tersayang di Zambezi River yang berwajah baru.
Bertemakan Tahun Tikus, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini disertai oleh barisan maskot terbaru Sunway Lagoon iaitu Captain Quack & Friends, di mana mereka akan bersama-sama para pengunjung memeriahkan perayaan ini bermula dari 23 Januari sehingga 6 Februari.
.
Terdapat beberapa tarikan lain di Sunway Lagoon sepanjang Tahun Baru Cina ini dan antaranya adalah Huat Cheese Mountain, Wishing Love Pond, Rat Race Animal Kingdom, Fortune Chest, Lucky Tree, Sand Art dan Chapteh.
.
Nah, kami nak bagi korang rasai sendiri pengalaman A Mouse’s Tale di Sunway Lagoon dengan memberi 4 tiket masuk bermula 23 Januari sehingga 6 Februari nanti.
Hanya dengan menjawab soalan mudah dibawah, peserta perlulah berada d sekitar kawasan Lembah Klang bagi memudahkan proses penyerahan tiket. Penyertaan dibuka hingga 19 Januari jam 12 tengah hari.
Pemenang akan diumumkan pda 20 Januari melalui DM di instagram korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman menerusi satu sesi live di platform TikTok dilihat membuat jualan ‘clear’ almari.
Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun hanya menjual pakaian terpakai seksi miliknya kepada orang bukan beragama Islam kerana enggan menanggung dosa sekiranya digayakan wanita Muslim.
“Saya buka dres ini kepada orang bukan Islam sahaja. Orang Melayu yang beli, saya tidak mahu tanggung dosa.
“Nanti ada pula orang kata saya jual baju tak panjang dan orang lain akan pakai baju ini,” tuturnya.
Menerusi siaran langsung yang sama, Norreen turut membatalkan hasrat untuk menjual sehelai gaun pendek warna biru yang dikatakan mempunyai banyak memori buat dirinya.
Selain dia enggan menjual gaun berkenaan kerana agak ia agak mencolok mata.
“Saya beli dres ini ketika bercuti ke Bali. Siapa yang pernah tengok saya pakai akan tahu macam mana kainnya boleh diregangkan.
“Baju ini banyak kenangan sangat. Tidak jadi jual baju ini, rasa serba salah. Tak baiklah,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Norreen telah menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej berhijab, baru-baru ini.
Menjengah ke ruangan komen menerusi perkongsiannya, pengikut dan kenalan rapat mendoakan pelakon itu agar kekal istiqamah dengan penampilan baharunya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitulah pelakon yang juga isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli, Eyra Hazali yang sentiasa memegang rapi pada nasihat orang tuanya dalam menjalini kehidupan seharian.
Menerusi ciapan di Twitter, pelakon naskhah popular Nur 2 itu berkongsi, ibunya berpesan agar sentiasa menjaga nama baik orang tua terutama bapa kerana namanya sentiasa di bawa ke mana sahaja.
“Ibu saya selalu pesan; ‘nak buat perangai, tidak fiikir diri sendiri, tidak mengapa. Tetapi fikirlah nama ayah. Kemana sahaja korang pergi, korang bawa nama ayah sekali tau’,” ciapnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan ciapan pelakon tersebut kerana rata-ratanya menerima titipan pesanan yang sama daripada orang tua mereka.
“Sama seperti kata arwah ibu saya, tetapi bezanya cuma ‘sebelum buat salah, ingat mak abah…tidak kasihan kah lihat mak abah yang bersusah mencari rezeki siang malam untuk korang, tidak minta balas apa pun. Cukup jadi anak-anak yang baik untuk mak abah, kami dah syukur sangat,” balas seorang pengguna menerusi ruangan komen.
“Betul. Mak kata, ‘orang tidak tanya ‘siapa nama budak itu’ tetapi orang tanya ‘anak siapa itu, siapa ibu bapa budak itu?’. Jadi, jagalah nama mak ayah sebaiknya. Apatah lagi muka kau itu sebijik copy paste muka maka atau ayah kau,” komen pengguna lain.
Setakat ini, ciapan berkenaan telah meraih lebih lima ribu ulang ciap, lapan ribu tanda suka dan lebih 80 jumlah komen.
Sekadar informasi, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 November 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Hayder Qalish dan Endra.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.