Aktres jelita, To’ Puan Syamim Freida meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang bekerjasama dengan produksi dari Indonesia untuk filem terbaharu berjudul Air Mata Mualaf.
Bagi bekas peserta Dewi Remaja itu, peluang ini hadir bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.
“Lebih kepada gembira, bersyukur dan teruja kerana ini satu perkara yang tak pernah saya jangka dapat bekerjasama dengan salah seorang idola saya, Alhamdulillah,” katanya kepada Remaja.
Menariknya, di sebalik kejayaannya kini, sokongan suami tercinta menjadi antara dorongan utama buatnya untuk terus melangkah lebih jauh dalam bidang seni, terutama ketika melangkah masuk ke industri perfileman Indonesia.
“Suami saya sangat supportive, dia yang banyak menggalakkan saya untuk mencuba rezeki yang baharu dan dia kata tak salah untuk cuba benda baharu selagi masih ada tenaga untuk ke mana-mana.
“Selain itu, suami saya juga banyak beri saya semangat dan apa-apa pun yang kita nak lakukan, restu seorang suami itu penting selain sokongan daripadanya,” ujar Syamim lagi.
Bercerita tentang penglibatannya dalam produksi seberang, Syamim menjelaskan bahawa dia telah berada di Jakarta selama setahun bagi menjayakan projek ini. Namun begitu, dia tetap pulang ke tanah air dari semasa ke semasa.
Ads
“Sebenarnya setahun saya di Jakarta, ada juga pulang ke tanah air bukanlah saya tak balik ke Malaysia langsung.
“Ya, saya ulang-alik selama setahun. Lagi pun suami saya tak risau saya di sana kerana dia ramai saudara di Jakarta,” katanya.
Ads
Bercakap tentang pengalaman bekerja dengan produksi Indonesia pula, Syamim turut berkongsi perbezaan ketara dalam cara kerja mereka yang sangat pantas dan memerlukan persediaan penuh daripada para pelakon.
“Bekerja dengan produksi Indonesia ini perlu cepat. Bila cepat itu, anda sebagai pelakon itu hendaklah sentiasa ‘ready’ dengan apa yang anda nak buat. Kena betul-betul dah mendalami karakter yang dibawa sebelum melangkah masuk ke set.
Ads
“Kebanyakan pelakon di sana tak mahu lakukan rehearsel, jadi terus masuk ke set dan bila dalam set dah tak ada pegang skrip lagi. Memang kena bersedia. Sebab itu kita ada sebulan latihan untuk persiapan. Jadi bila di set penggambaran dah tak ada baru nak baca skrip mahupun bertanya,” tuturnya panjang.
Selain Syamim dan Acha Septriasa, Air Mata Mualaf juga bakal dilakonkan oleh Achmad Megantara, Rizky Hanggono, Dewi Irawan, Matthew Williams dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin kita jarang sekali mendengar nama Lyia Meta dalam industri muzik tempatan atau di kaca televisyen.
Lyia Meta merupakan contoh yang baik jika disinonimkan dengan peribahasa ‘diam-diam ubi berisi’ apabila beliau berjaya mengukuhkan kedudukan di pentas antarabangsa apabila vokalnya dalam album nyanyiannya disenaraikan sebagai calon Anugerah Grammy.
Menerusi “Delta Shine” bersama pemuzik Latin-Amerika, Antonio Vergara, penyanyi itu menerima pencalonan dalam kategori Album Blues Kontemporari Terbaik.
Bagi Meta, pencalonan ini membawa makna lebih daripada kejayaan peribadi iaitu menonjolkan potensi artis Malaysia untuk bersaing dan cemerlang di pentas dunia.
“Bagi artis bebas, menjadi sebahagian daripada album yang dicalonkan untuk Grammy membawa makna lebih daripada penghormatan itu sendiri.
“Tanpa sokongan label besar, ia adalah pengesahan terhadap dedikasi seseorang untuk mencipta sesuatu yang bermakna, seperti memutar emas dari jerami di tengah-tengah hingar-bingar,” kata Meta memetic laporan portal Free Malaysia Today, pada Isnin.
Untuk yang baru saja mengenalinya, Lyia Meta ialah seorang penyanyi dan penulis lirik berbakat berkelahiran Melaka. Beliau telah mengeluarkan beberapa single sebelum ini termasuklah Without Walls, You Need To Think Again dan Deserving of Love.
Menarik tentang Lyia, beliau bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian malah dalam bidang seni lukis juga.
Walaupun Meta adalah penyanyi Malaysia pertama yang terlibat dalam pencalonan Grammy, komposer kelahiran Malaysia, Zuraini Khalid Zonneveld sebelum ini, telah memenangi Grammy untuk album blues.
Semua orang familiar dengan jenama dan label Dior yang ikonik, kini, jenama mewah itu memperkenalkan dikatakan telah sign kontrak bersama pelakon terkenal lelaki Hollywood, Johnny Depp.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Independent,Johnny Depp telah sign kontrak bersama jenama wangian terkemuka, Dior bernilai lebih RM90 juta ( $20 juta).
Kontrak wangian termahal dalam sejarah
Katanya, Dior telah menawarkan lanjutan tiga tahun kontrak terhadap bintang Pirates of the Caribbean itu. Perjanjian itu merupakan kontrak wangian termahal pernah ditandatangi dalam sejarah.
Malah, harga kontrak yang ditawarkan kepada Depp melebihi perjanjian Robert Pattinson bersama Dior Homme bernilai RM54 juta ($12 juta). Manakala Brad Pitt berjumlah lebih RM31 juta ($7 juta) bersama Chanel No 5.
Foto Via Dior
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Dior LVMH, Bernard Arnault berkata, faktor utama kejayaan luar biasa wangian itu didorong oleh imej pelakon itu.
Beliau berkata demikian sewaktu pembentangan kewangan pada Januari lalu.
Walau bagaimanapun, syarikat wangian itu masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontrak bersama pelakon berusia 60 tahun itu. Untuk makluman, Depp telah menjadi duta wangian lelaki Dior iaitu Dior Sauvage sejak tahun 2015.
Wah, kalau betul laporan ini memang bertuah betul Johnny Depp ni kan…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Islamophobia atau ketakutan terhadap Islam merupakan satu gejala yang telah lama bernanah pada masyarakat dunia terutamanya negara US.
Jika remaja di negara kita bebas untuk menutup aurat ketika bersukan atau melakukan apa saja aktiviti tapi berbeza pula buat saudara kita yang berada di US dan negara-negara Eropah.
Viral satu dunia apabila diskriminasi terhadap Noor Abukaram, atlet pelari merentas desa telah dibatalkan kelayakan dari bertanding di peringkat daerah walau mencatat masa terpantas musim ini, tak masuk di akal langsung kan.
Gara-gara gadis ini memakai hijab kerana tuntutan agamanya, pelajar di The Bounty Collegium di Ohio, USA telah mendaftar untuk menyertai perlumbaan dengan Sylvania Northview High School Girls Cross Country Team pada hujung minggu, sebuah pasukan yang dia telah sertai sejak tiga tahun yang lalu.
Dibatalkan kerana sehelai pakaian di kepala
Walau bagaimanapun, setelah menamatkan perlumbaan, Noor mendapati bahawa penyertaannya dibatalkan hanya kerana sehelai pakaian di kepalanya.
Menurut Noor, pihak penganjur memeriksa seragam sebelum perlumbaan bermula dan mereka meminta rakan sepasukannya menukar kepada seluar pendek supaya sepadan dengan pelari lain
“Saya mula tertanya-tanya sama ada mereka akan memanggil saya sebab saya memakai semua seluar dan tudung hitam,” kata Noor.
Hanya benarkan bertanding jika buka hijab
Penganjur bagaimanapun tidak memanggil Noor, tetapi mereka bercakap dengan jurulatihnya, Jeffery Flowers dan memaklumkan kepadanya bahawa Noor tidak akan dibenarkan untuk bertanding kecuali membuka hijab.
Malangnya, perkara ini tidak dimaklumkan kepada Noor sebelum perlumbaan bermula.
Selepas tamat perlumbaan, Noor mendapati bahawa namanya tidak berada dalam senarai. Hatinya hancur apabila diberitahu dia telah disqualified hanya kerana hijab.
Noor mencatat masa 22 minit dan 22 saat, rekod terpantas
Susulan perlumbaan itu, jurulatih Noor berkata dia memeriksa buku peraturan bagi acara tersebut, dan dia tidak menemui mana-mana klausa yang menghalang atau melarang atlet daripada menutup rambut seperti Noor.
Noor berpendapat bahawa pihak penganjur sepatutnya perlu membenarkan dia berlumba walaupun memakai hijab kerana peraturan ini TIDAK wujud secara bertulis.
Netizen menolak diskriminasi dan Islamophobia
Rata-rata netizen turut tidak bersetuju dan marah terhadap layanan yang diterima Noor dan masing-masing berdiri teguh di belakang Noor dalam membanteras diskriminasi dan Islamophobia
Bersyukur la kita di negara yang aman damai dan bebas untuk beragama dan bersuara. Tapi penulis still tak faham, walaupun pelbagai cubaan dilakukan untuk mendidik dan cuba membuka mata masyarakat tentang salah faham mereka terhadap Islam, ramai yang masih memilih untuk memekakkan telinga dan membutakan mata, didorong oleh rasa benci yang tidak diketahui datang dari mana.
Semoga saudara seislam kita tidak ditindas dan keadilan berada di pihak Noor. #girlpower!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!