Kereta Produa Bezza Jadi Pilihan Rakyat Malaysia, Paling Laris Jualan!

Share

Jika sebelum ini usahawan dan seorang pempengaruh paling diminati sejak kebelakangan ini tentunya ialah cef selebriti, Khairul Aming memilih kereta dari model kenderaan Perodua Bezza!

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Ghairah Tukar Kereta Mewah, Khairul Aming Kongsi Kisah Perodua Bezza-nya

So far I’m so happy with my Bezza. Bonet luas, legroom luas, minyak jimat. Barang-barang untuk shooting

pun semua muat dalam itu.- Khairul Aming
Foto Via Produa

Terkini, kereta keluaran Produa ini betul-betul menjadi pilihan rakyat Malaysia selepas terbukti Perodua berjaya melepasi paras jualan 200,000 baru-baru ini apabila syarikat kereta kompak itu mencatatkan pendaftaran sejumlah 222,203 kenderaan antara Januari dan Oktober tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, terdapat jurang pada jualan antara Jun dan Ogos tahun lalu berikutan penutupan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk membendung kes Covid-19.

Menurutnya, bagi Oktober 2022, Perodua menjual 25,849 unit iaitu peningkatan sebanyak 5.0 peratus berbanding 24,626 unit yang dijual pada September 2022.

Model Perodua tiga teratas yang dijual pada Oktober ialah Bezza dengan 6,768 unit, diikuti Myvi (6,130 unit) dan Axia (4,989 unit).

*

Yela, dalam situasi dunia yang mengalami kegawatan ekonomi ini, kami pasti ramai yang sedang cuba untuk berjimat-cermat demi kelangsungan hidup. Kenaikan harga barang khususnya produk makanan dilihat sangat membimbangkan masyarakat dek kerana desakan hidup yang semakin mencabar. Jadi, pilihan kereta yang mesra kos perbelanjaan sara hidup pasti menjadi pilihan.

Sumber : (1)

BACA LAGI : Senarai 30 Jenis Kereta Jimat Minyak Bagi 2022, Kurangkan Kos Belanja Bulanan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN