Mungkin ada yang menganggap orang cantik ramai yang ingin mendekati, namun sebaliknya yang berlaku pada seorang gadis di luar negara yang dikenali sebagai Ariana Savannah.
Gadis ini mendakwa bahawa dia tidak mempunyai kawan baik kerana terlalu cantik dan Ariana telah meluahkan keinginannya untuk memiliki kawan wanita menerusi video yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok.
Ariana mengakui bahawa dia sudah dapat menjangkakan untuk ‘diserang’ ekoran bercakap tentang keburukan menjadi seorang individu yang cantik. Gadis ini menganggap dia memiliki kelebihan itu sehingga sukar berkawan dengan mana-mana wanita.
“Saya tidak mempunyai ramai kawan wanita dan saya terpaksa bekerja keras mendapatkan kawan. Saya sering dipinggirkan malah ada yang bercakap tidak baik di belakang saya. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana saya seorang yang baik dan tidak berpura-pura,” jelasnya dalam video tersebut.
Walau bagaimanapun, dia mengakui menjadi seseorang yang cantik membuatkan kehidupannya lebih mudah, namun masih tidak dapat lari daripada sisi perkara negatif yang berlaku.
Hm, begitulah lumrah manusia. Jadi buruk susah, jadi cantik pun susah. Hiks!
Apa-apa pun korang ada ke pengalaman tidak mempunyai kawan baik wanita kerana terlalu cantik? Boleh kongsikan pengalaman bersama kami di ruangan komen.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Musim acara anugerah telah bermula untuk tahun 2018 apabila Anugerah Golden Globes 2018 berlangsung pada pagi ini di Los Angelas.
Namun, ada sesuatu yang berbeza berlaku.
Anugerah Golden Globes pada tahun ini menyaksikan selebriti jemputan yang menerima pencalonan atau penyampai anugerah mengenakan warna simbolik, hitam sebagai tanda solidariti.
(Dari kiri): Nick Jonas, Emma Watson dan Zac Efron.
Protes yang dirancang oleh inisiatif terbaru Hollywood bertajuk Time’s Up, digunakan oleh selebriti Hollywood dan media sosial sebagai tanda mereka tidak menyokong sebarang jenis gangguan seksual dan ketidak seimbangan jantina (gender inequality) yang bukan hanya meruncing di Hollywood malah di seluruh dunia.
Statistik menunjukkan bahawa di United Kingdom, remaja dari usia 18-24 merupakan jumlah tertinggi mangsa gangguan seksual di tempat kerja. Di Amerika Syarikat pula, Broadly melaporkan dua pertiga remaja berusia 18-24 tahun turut diganggu secara seksual di tempat kerja.
REMAJA juga pernah melaporkan statistik umur serupa sedang berlaku di Malaysia. Bukan hanya di tempat kerja malah rumah sendiri menjadi lokasi kejadian sumbang mahram.
(Dari kiri): Zoe Kravitz, Dakota Johnson dan Gal Gadot.
So, what is going on? Are we seeing similar patterns here?
Di kala ramai selebriti wanita senior seperti Meryl Streep, Debra Messing, America Ferrera, Michelle Williams dan ramai lagi memperjuangkan isu hak saksama wanita ini, ramai juga pelakon remaja yang turut sama melibatkan diri dalam solidariti ini, baik lelaki atau perempuan.
Jom lihat apa yang digayakan oleh selebriti muda Hollywood ini untuk menyokong #WhyWeWearBlack.
Kendall Jenner, 22
Dalam puluhan pelakon yang berada di karpet merah, Kendall menyerlah sebagai model dan selebriti rancangan realiti dalam gaun Giambattista Valli. Ramai di media sosial yang mempertikaikan mengapa model-termahal-2018 itu berada di Golden Globes.
Bagaimanapun, Kendall turut mempunyai suara yang didengar oleh 86.1 juta followers di Instagram. “Saya berdiri bersama wanita dari semua jenis industri untuk mengatakan #TIMESUP terhadap salah laku, gangguan seksual dan underpresentation terhadap wanita.
Dove Cameron, 21
Pelakon Liv and Maddie ini berjalan di karpet merah Golden Globes buat pertama kali dan kami percaya ini bukan kali terakhir Dove Cameron akan berada di sini. Turut menyokong kempen ini, Dove memakai dress strapless moden dengan perhiasan riben emas di pinggang. Kami menyukai gaya effortless dari Dove ini.
Sadie Sink, 16
Juga pertama kali di Golden Globes, pelakon Stranger Things ini kelihatan cukup berbeza dengan karakter tomboy, Max dalam siri Netflix itu. Sadie mengenakan dress hitam dari Miu Miu dan subang Chopard sambil berjalan di karpet merah bersama skuad pelakonnya, Finn Wolfhard (Yves Saint Laurent), Noah Schnapp (Balmain), Caleb McLaughlin dan Gaten Matarazzo (Suitsupply).
Millie Bobby Brown, 13
Pelakon Stranger Things ini bagaimanapun tidak berjalan bersama dengan rakannya yang lain seperti kebiasaan. Menyarung tea-length dress dari Calvin Klein dan subang berlian Repossi, bahagian belakang dress hitam satinnya itu lebih menonjol sebenarnya daripada bahagian hadapan.
Bahagian rambut Millie juga ditarik ke atas dengan teknik braid di bahagian belakang yang kemudiannya disudahkan dengan top knot kemas.
Ansel Elgort, 23 & Freddie Highmore, 25
Kedua-dua pelakon Baby Driver dan Good Doctors ini dicalonkan pada Anugerah Golden Globes tahun ini dan kedua-duanya memakai blazer hitam serta bow tie!
Saoirse Ronan, 23
Penerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik Dalam Muzikal Atau Komedi melalui filem Lady Bird ini menyarung gaun Atelier Versace untuk Golden Globes 2018. Namun, ia bukan sekadar gaun hitam yang cantik saja.
Menurut stylist Ronan, Elizabeth Saltzman, Ronan bukan saja ingin memakai gaun berwarna hitam. Team mereka juga berkerjasama dengan hanya kakitangan perempuan saja bagi menyokong kempen tersebut.
Daripada jurusolek, pendandan rambut hinggalah pereka baju (Donatella Versace), kesemuanya adalah perempuan. Secara tak langsung, team stylist sendiri merasakan semangat untuk #WhyWeWearBlack itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, kompaun sebanyak RM10,000 dikeluarkan jika tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti gagal mengimbas kod menggunakan aplikasi MySejahtera, pakaian penutup muka dan sebagainya. Semalam ,Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat kaji selidik mengenai pelanggangan SOP berulang kali terhadap individu yang melanggar SOP.
Sekali fikir best jugakan tindakan begini dalam mendisiplinkan masyarakat yang degil dan ingkar. Ya lah, sudah banyak larangan dan pesanan dibuat agar tidak melanggar SOP dalam memastikan wabak COVID-19 ini tidak terus menular.
Semalam, laman rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat tinjauan dengan bertanyakan pendapat orang ramai jika hukuman penjara dikenakan terhadap golongan tersebut.
APA KATA ANDA?
Individu yang didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) lebih daripada sekali, wajib dikenakan hukuman kompaun atau penjara atau kedua-duanya sekali dengan lebih berat.
Rata-Rata warganet meninggalkan komen bersetuju dengan tindakan PDRM ini namun tidak memilih ‘darjat dan pangkat’ dalam pelaksanaan hukuman ini.
Malah ada juga yang memberi pandangan agar kompaun ikut tangga pendapatan dan blacklist kan terus!
Hukuman kaji selidik ini dibuat bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan. Namun, ia lebih kepada memberi pengajaran dan dibuat bertujuan untuk mengingatkan masyarakat bahawa undang-undang harus dipatuhi. Perang ke atas COVID-19 masih belum berakhir.
Selepas pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia akan berkuatkuasa selama dua minggu bermula esok, 18 Mac 2020.
Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dan antaranya adalah penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Maka dengan itu, TGV Cinema dan GSC telah pun mengesahkan bahawa premis mereka juga akan ditutup mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 bagi turut sama mengekang penularan virus COVID-19 yang semakin serius di negara kita.
Untuk korang yang telah membuat pembelian tiket secara online sebelum ini, bayaran semula akan dibuat secara automatic, manakala pembelian di kiosk atau kaunter tiket pula, korang diminta untuk menyimpan terlebih dahulu tiket tersebut sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Diharap inisiatif yang dibuat ini dapat membantu mengurangkan gejala COVID-19 dan semoga negara kita kembali pulih seperti dahulu. Masyarakat juga dinasihatkan untuk mengikut segala perintah kawalan dan jangan sesekali ingkar serta pentingkan diri sendiri.
Utamakan kesihatan, mari kita sama-sama berdoa untuk masa hadapan yang lebih baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!