Arab Saudi bersiap sedia untuk menawarkan tarikan terbaru yang bakal menarik pengunjung dari seluruh dunia menerusi pembikinan taman tema pertama yang diinspirasikan daripada francais animasi Jepun, Dragon Ball.
Projek berskala besar yang telah lama diidam-idamkan oleh peminat manga, filem dan permainan animasi ikonik ini telahpun direalisasikan oleh Qidddya Investment Company.
Pada keluasan 500,000 meter persegi (125 ekar), taman tema Dragon Ball tersebut akan dibahagikan kepada tujuh zon; simbolik kepada tujuh buah bola yang perlu dikumpulkan dalam animasi itu.
Setiap zon mempunyai tema berlainan agar pengalaman pengunjung di sana kelak menjadi lebih interaktif dan memuaskan hati. REMAJA beranggapan ia akan dibentuk mengikut era Dragon Ball berbeza seperti Z series, GT series dan Super Series.
Khabarnya, mereka merancang untuk menempatkan lebih daripada 30 permainan jenis rides. Lima daripadanya memetik ilham daripada dunia Dragon Ball sendiri.
Sementara itu, pelbagai jenis pusat penginapan dan restoran turut akan dimuatkan di dalam taman tema.
Ads
Meninjau imej visual rekaan yang kini tular secara dalam talian, beberapa tarikan utamanya yang sinonim dengan animasi Dragon Ball termasuklah Kame House, bangunan Capsule Corporation dan Beerus Planet.
Jika korang mencari-cari tarikan ekstrem, rollercoaster Shenron pastinya akan mencabar keberanian korang pada ketinggian 70 meter.
Pelancaran taman tema Dragon Ball ini hadir kurang sebulan selepas pemergian mendiang Akira Toriyama, artis dan pencipta siri animasi Dragon Ball akibat darah beku di dalam otak.
Ads
Ia juga simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-40 selepas keluaran manga originalnya.
Buat masa ini, Qiddiya Investment Company masih belum mengumumkan tarikh pembukaan taman tema mahupun kos pembinaannya. Namun ia menjangkakan tarikh pembinaan akan bermula tidak lama lagi.
Telahan awal kononnya peminat Dragon Ball di seluruh dunia akan teruja dengan perkhabaran ini nampaknya sedikit meleset. Ia berikutan respon bercampur-baur yang diterima daripada warganet mengenai pemilihan Arab Saudi sebagai lokasi pertama taman tema itu dibina.
Selain beranggapan negara asal pencipta Dragon Ball iaitu Jepun lebih wajar dijadikan lokasi utamanya, tidak kurang juga yang mempersoalkan isu hak kemanusiaan dan penolakan hak golongan LGBTQ+ di Arab Saudi. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada kehadiran pengunjung ke sana kelak.
Begitupun di pihak Arab Saudi, pembinaan taman tema ini selari dengan perancangan negara itu untuk meluaskan lagi peluang ekonomi dan tidak sekadar bergantung harap kepada sumber galian serta minyaknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penampilan anak kepada pelawak Shuib, Thalita atau nama penuhnya Dzahira Talita, mencuri perhatian netizen selepas mengenakan gaun dedah bahu pada sebuah majlis baru-baru ini.
Masih di peringkat awal remaja, pemilihan persalinan berwarna merah jambu itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi apabila ada yang berasakan gaun tersebut kurang sesuai dengan usianya yang kini mencecah 13 tahun.
Difahamkan, Thalita mengenakan busana tersebut ketika menghadiri majlis gender reveal kandungan ibu tirinya, Watie Hanifiah, yang berlangsung di sebuah gelanggang acara di Gombak.
Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak selain teman rapat serta rakan selebriti seperti Fasha Sandha dan Sharifah Shahirah.
Pada acara itu, Thalita turut menghiburkan para tetamu dengan mendendangkan beberapa buah lagu, sekali gus meraih pujian ramai atas bakat nyanyian yang dimilikinya.
Namun begitu, di sebalik pujian yang diterima, terdapat segelintir netizen yang menitipkan nasihat di ruangan komen agar Shuib dan Watie lebih cakna dalam pemilihan pakaian buat remaja sepertinya, dengan menyifatkan persalinan tersebut sebagai kurang manis.
Setakat ini, baik Shuib mahupun Watie dilihat belum memberikan sebarang maklum balas berhubung teguran yang dilontarkan oleh netizen tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IGmakeupbyaqielahm
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas empat tahun acara ski air tidak dipertandingkan dalam kalendar sukan di Malaysia, taring ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah nampaknya kekal ‘tajam’ apabila dia merangkul tiga pingat emas semalam menerusi acara terbuka slalom, terbuka tricks dan terbuka jump.
Bertempat di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya, kejayaan Aaliyah bersempena Kejohanan Ski Air & Wakeboard Malaysia semalam bertambah manis apabila dia turut menyambut hari kelahirannya yang ke-20.
Aaliyah menerima ucapan tahniah daripada Menteri Belia & Sukan, YB Hannah Yeoh.
“Sejujurnya, saya tidak berhasrat untuk melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini kerana (acara ski) sudah tidak diadakan selama empat tahun di Malaysia. Tetapi sebaliknya, saya diberkati dengan persembahan yang baik.
“Dan untuk memenangi pingat-pingat ini pada hari lahir saya, saya amat gembira telah berusia 20 tahun pada hari ini. ” katanya ketika ditemui pemberita selepas meraikan kejayaannya.
Aaliyah kini sedang bersiap-sedia untuk mengalihkan tumpuannya kepada Kejohanan Dunia Terbuka di Florida, Amerika Syarikat yang akan dilangsungkan pada Oktober 2023.
Bagi kejohanan berprestij ini, adik kepada bekas pelumba F1, Alex Yoong dan saudara kepada pelumba Kejohanan Formula 4 Asia Tenggara, Alister Yoong ini menyasarkan untuk sekurang-kurangnya meloloskan diri ke peringkat final bagi acara terbuka jump & terbuka tricks memandangkan ia bakal disertai pencabar-pencabar hebat dari seluruh dunia.
Terdahulu, Aaliyah telah mencatat sejarah pada bulan Jun lalu setelah menggondol pingat gangsa di Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun di Boca Laguna, Mexico.
Aaliyah yang juga meruupakan pelajar Florida Southern College sekaligus menjadi atlet Malaysia dan dari benua Asia pertama untuk memenangi pingat di pertemuan ski air dunia.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.
Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (Kg) demi menjayakan watak sebagai seorang pesakit Sindrom Guillain-Barré dalam filem Babah.
Perkara ini bukanlah satu perkara yang mudah malah dia terpaksa menurunkan berat badan hampir 10 kilogram demi menampakkan sosok tubuh yang kurus dan cengkung.
Untuk watak sakit tu saya memang dah rancang nak kuruskan badan, nak diet tapi saya tak terfikir pula producer cadangkan saya untuk dapatkan rundingan dengan pakar diet. Mereka suruh saya buat liquid diet.
Kebetulan pula masa tu baru kahwin jadi berat saya naik 53 kilogram, saya terpaksa turunkan sebanyak 10 kilogram dalam masa sebulan. Dalam tempoh seminggu tu, memang saya minum susu sahaja dan kalau lapar sangat saya hanya akan makan buah epal sahaja dan sebiji telur.
Saya berjaya turunkan 5 kilogram tapi penerbit minta saya kuruskan lagi supaya nampak cengkung. Selepas jadual penggambaran disusun kembali, saya berjaya turunkan 10 kilogram.
Dalam pada itu, Sweet berkata salah satu faktor dia menerima tawaran untuk melakonkan watak Maya dalam filem Babah adalah untuk mencabar dirinya menjadi seorang pelakon yang versatil dan mampu membawa pelbagai jenis watak.
Filem Babah
Secara jujurnya, saya terima tawaran ini sebab dua perkara iaitu watak yang mencabar termasuk watak sakit sebab saya kena kuruskan badan.
Bagi saya itu adalah satu lagi penambahan dalam karier saya sebagai pelakon. Kedua adalah disebabkan penggunaan bahasa isyarat. Tak semua filem atau drama ketengahkan perkara itu.
Dalam perkembangan lain, filem Babah sudah tiga minggu ditayangkan di pawagam dan hasil kutipan terkini sudah mencecah RM6 juta. Filem arahan Mohd Shah Faizul ini bakal memasuki pasaran Singapura dan pawagam di Sabah serta Sarawak.
Untuk info, filem Babah telah ditayangkan bermula 5 Disember lalu dengan membariskan Qi Razali, Qistina Suzzane, Sweet Qismina, Adam Lee dan Kis Aisha.