Perbuatan membuang air kecil dalam keadaan berdiri, biasa dilakukan oleh ramai lelaki. Namun, tahukah anda amalan kencing berdiri mempunyai kemudaratannya jika dibandingkan dalam posisi duduk atau mencangkung.

Melalui petikan Harian Metro, kajian pengamal perubatan di Ayurveda Medical menjelaskan bahawa membuang air kecil secara berdiri adalah amalan tidak baik kerana boleh menjejaskan kesihatan lelaki.

Antara keburukan kencing berdiri :

1.  Tidak bersih

Buang air kecil dalam posisi berdiri menyebabkan kesucian diri anda terjejas terutama bagi mereka yang beragama Islam. Apabila buang air kecil secara berdiri, air kencing tersebut tidak keluar habis sebaliknya akan keluar tanpa disedari sewaktu anda bergerak dan biasanya akan terkena pada seluar. Dalam posisi berdiri juga menyebabkan percikan air kencing terkena pakaian anda.

2. Tidak puas

Dalam posisi buang air kecil sambil berdiri, air kencing sebenarnya tidak keluar sepenuhnya. Ini kerana pundi kencing anda tidak ditekan dengan sempurna untuk mengeluarkan keseluruhan air kencing. Anda akan rasa tidak puas dan kerap ulang balik ke tandas untuk membuang air kecil pula.

Kencing Berdiri Tak Baik Untuk Kesihatan, Sila Ubah Tabiat Ini!

3. Punca penyakit batu karang

Tabiat ini antara lain menjadi punca kepada penyakit batu karang. Air kencing yang tidak habis dikeluarkan akan membentuk asid yang keras seperti bentuk batu dan akan memenuhi buah pinggang dan saluran punci kencing. Ubah gaya buang air kecil anda sebelum terlambat.

4. Punca masalah sistem badan

Ketika buang air kecil akan ada gas yang tidak diperlukan oleh tubuh yang akan keluar. Tetapi dalam posisi berdiri, gas ini tidak akan keluar dan akan berkumpul dalam badan. Ia sekali gus akan menyebabkan pelbagai masalah sistem badan.

5. Lemah syahwat

Lemah syahwat adalah masalah yang digeruni oleh lelaki. Anda pastinya tidak mahu tewas ketika di ranjang dengan mudah bukan? Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, jangan sesekali amalkan membuang air kecil dalam keadaan berdiri. Mengapa? Ia kerana posisi seperti itu akan menyebabkan otot serta urat saraf di sekitar zakar menjadi lembik dan kendur.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?  Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI