Kematian enam anggota bomba dari Unit Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor serentak dalam satu operasi menyelamat seorang pelajar lemas di lombong Putra Perdana, Puchong dua hari lalu membuat Malaysia berduka. Dikhabarkan semua balai bomba seluruh Malaysia sudah mendapat keizinan dari Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia untuk menurunkan separuh tiang sebagai tanda berkabung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad.
Semalam, jenazah lima anggota bomba iaitu Mohd Fatah Hashim, Izatul Akma Wan Ibrahim, Adnan Othman, Muhammad Hifdzul Malik bin Saari dan Mazlan Omarbaki sudah selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.
Mohd Fatah dikebumikan di Kampung Baru Beserah, Kuantan, Izatul Akma di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan, Mazlan di Taman Ria, Tawau, Adnan di Lukut Port Dickson dan Muhammad Hifdzul dibawa balik ke Kampung Kubang Terap, Pasir Mas, Kelantan.
Tangisan pilu dari ahli keluarga allahyarham Adnan sebaik acara solat jenazah selesai semalamJenazah allahyarham Mazlan selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tawau, Sabah. Jenazah selamat dikebumikan sebelah malamKeluarga allahyarham Yahya menabur bunga di pusaranya.
Sumber Bomba memaklumkan, pagi ini, jenazah seorang lagi anggota bomba yang berasal dari Kampung Tian, Matu, Mukah iaitu Yahya bin Ali yang masih bujang (ketika berita ini ditulis) masih dalam perjalanan menuju ke kampung halamannya.
Ini kerana penerbangan membawa jenazahnya hanya ada pagi ini iaitu jam 8.30 pagi tadi. Difahamkan, selepas tiba di lapangan terbang, van yang membawa jenazahnya perlu menempuh perjalanan darat sejauh dua jam lagi sebelum perlu dibawa menaiki feri kerana lokasinya agak pendalaman.
Berita kematian serentak ini merupakan satu tragedi sejak penubuhan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Ads
Di sebalik ramai yang hiba, ada juga pelbagai versi timbul termasuk ada yang bertanya mengapa semasa operasi menyelamat ini kesemua anggota tidak memakai tangki oksigen?.
Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Mohammad Adnan memberikan penjelasan tentang selam skuba tanpa tangki oksigen
Bagi menjelaskan isu ini, Ketua Pengarah Bomba Malaysia, Mohammad Hamdan bin Haji Wahid berkata, berdasarkan siasatan awal bomba kesemua anggota ini sudah mematuhi sop yang digunakan pakai.
“Mereka tidak memakai tangki oksigen seperti selam skuba kerana ketika kejadian, anggota baru hendak melakukan teknik surface (tinjauan dari permukaan sahaja). Kedalaman air dianggarkan paras dada sahaja.
“Tak timbul cakap-cakap kenapa tak pakai topeng oksigen kerana kesemua baru hendak melakukan teknik selam di permukaan. Tapi saya difahamkan, seorang dari anggota tergelincir ketika memijak batu dan tertarik rakan yang lain. Usaha menyelamat cuba dilakukan tetapi gagal kerana anggota sudah terbelit antara satu sama lain kerana terdapat pusaran air di bawah empangan tersebut.
Ads
“Sebab itulah timbul video yang viral ini melihat sebahagian anggota bomba terkapai-kapai di dalam air,” katanya ketika ditemui.
Ads
Dalam pada itu Mohammad Hamdan turut menjelaskan isu menyelam di waktu malam kerana menurutnya anggota kebiasaannya akan mengikut peraturan ditetapkan.
“Kita tak pernah tetapkan waktu malam sebagai tidak boleh menyelamatkan. Jika kita merasakan perlu dilakukan, kita akan lakukan. Tapi dengan kejadian sebegini, kita akan menambahbaik peraturan demi keselamatan anggota bertugas.
Jadi pada para netizen yang bertanya kenapa tak pakai tangki oksigen, mungkin dah fahamkan kenapa hal ini berlaku. Doalah yang baik-baik dan cakap yang baik-baik kerana berdasarkan hadis, orang yang lemas adalah mati syahid. Semoga Allah mengampuni dosa dan menempatkan mereka di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes positif COVID-19 di negara kita mencatatkan sebanyak 1,210 kes baru semalam dengan lima lagi kematian. Walaupun sudah lebih kurang satu bulan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, namun nampaknya kes positif masih lagi tidak berkurangan.
Ekoran daripada itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan masjid negeri, bandar, jajahan serta mukim di seluruh negeri mengadakan solat hajat, bacaan surah Yasin dan doa selamat selama 40 malam bermula 17 November 2020.
Kredit foto: Astro Awani
Walau bagaimanapun, arahan ini dikecualikan kepada masjid yang terletak di kawasan yang disahkan terdapat kluster COVID-19.
Perkara ini mendapat perkenan daripada Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukkan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan supaya diadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat di masjid negeri, bandar dan jajahan, serta mukim di seluruh negeri.
Pendekatan ini diambil memandangkan sejak akhir-akhir ini berlakunya peningkatan dalam kes COVID-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan. Ini menyebabkan MAIK memutuskan untuk mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bagi membendung penularan wabak berkenaan.
Inisiatif ini mendapat respon positif netizen dan rata-rata daripada mereka turut menyeru agar solat hajat ini juga didirikan di setiap masjid yang masih dibuka di seluruh negara.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita dan mengangkat virus ini daripada terus menular. Bukan hanya masyarakat di Kelantan, kita juga boleh lakukan solat hajat setiap malam di rumah.
Doa yang baik-baik, semoga wabak pandemik COVID-19 ini berakhir segera.
Kecemerlangan sekolah ini patut dijadikan contoh buat semua apabila mereka berjaya tersenarai dalam kelompok tiga teratas untuk Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bagi kategori inovasi. Kejayaan dalam mencipta penyelesaian digital sepenuhnya bagi mengesan kemajuan murid.
Kredit foto: Facebook SK Kempadang
Hasil penciptaan inovasi SMARTZOOM ini dilihat sebagai penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi sekolah itu dalam meneruskan pengajaran dan mengesan kemajuan murid semasa tempoh pandemik.
Inspirasi Kepada Pendidik Seluruh Dunia
SMARTZOOM menggunakan input data daripada Google Sheets dan Google Chrome kerana semua guru di Malaysia mempunyai akaun Google khusus yang dihubungkan dengan Kementerian Pendidikan (KPM).
Menurut Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari, kecemerlangan sekolah yang tersenarai dalam program Sekolah Amanah Malaysia itu menjadi inspirasi kepada para pendidik seluruh dunia.
Kredit foto: Facebook SK Kempadang
Katanya, ia adalah bukti berterusan sekolah awam di negara ini juga mampu menjadi antara yang terbaik di dunia.
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan T4 Education dalam menyokong penganjuran anugerah ini yang mengiktiraf dan menggalakkan transformasi ‘bawah-ke-atas’ dan mewujudkan komuniti global yang belajar daripada satu sama lain serta mencipta gelombang impak positif terhadap murid di seluruh dunia,” katanya menerusi satu kenyataan, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengasas T4 Education, Vikas Pota berkata, Anugerah Sekolah Terbaik Dunia menampilkan kepakaran sekolah-sekolah yang memberi inspirasi dari seluruh pelosok dunia.
Kredit foto: Facebook SK Kempadang
Jelasnya lagi, sudah tiba masanya kerajaan di seluruh dunia mendengar suara mereka.
“Ketika dunia sedang pulih daripada kemusnahan akibat pandemik Covid-19, ramai kanak-kanak terus tercicir, melainkan sekiranya kita mengambil tindakan segera.
“Para pemimpin perlu belajar daripada pengetahuan dan pengalaman yang ada di sekolah-sekolah ini kerana mereka sebagai barisan hadapan dalam bidang pendidikan lebih mengetahui tentang perubahan yang kita perlukan,” katanya.
Dalam pada itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan SK Kempadang itu.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang atas kejayaan ini dan semoga pencapaian ini membakar semangat sekolah-sekolah lain di Malaysia untuk bersaing dan membanggakan Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru sejumlah 712 orang meninggal dunia akibat penyakit itu dalam 24 jam terakhir, sekali gus melonjak kepada jumlah keseluruhan 8,215 orang – lebih dua kali ganda dari tempat lain di dunia. Jangkitan baharu pula meningkat 6,153 kes, menjadikan setakat ini 80,539.
Rata-rata semua orang berasa gerun dan takut akan peningkatan angka kematian di negara bersejarah itu. Apa yang membuatkan negara bersejarah ini mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi di dunia meski telah kerajaan mereka telah membuat perintah berkurung (lockdown).
Dua bulan lalu dunia dikejutkan dengan kemampuan China membina sebuah hospital dalam masa hanya dua minggu. Tapi lain pula di Itali kini.
Di Itali ,situasi Covid-19 semakin runcing dengan jumlah kematian di negara ini melangkaui China. Unit rawatan rapi hospital pula telah dipenuhi pesakit kritikal. Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan ialah membina unit rawatan rapi segera menggunakan kontena. Konsep Connected Units for Respiratory Ailment (CURA) ini adalah hasil kerjasama Carlo Ratti Associati, Italo Rota, Studio FM Milano, Humanitas Research Hospital, Jacobs dan Squint/opera.
Setiap kontena boleh menempatkan dua orang pesakit. Dengan rekaan modular, sebuah unit rawatan rapi yang sentiasa berkembang dapat dibina dengan pantas. Pembinaan boleh dilakukan di tempat letak kereta, padang, dataran awam dan juga kapal kargo yang diubahsuai.
Kontena dengan mudah boleh didapati di seluruh dunia dan oleh sebab itu rekaan CURA akan diberikan secara sumber terbuka kepada negara yang memerlukan. Buat masa ini CURA masih lagi sebuah konsep tetapi dengan jumlah pesakit yang semakin meningkat tidak mustahil ia menjadi realiti dalam masa terdekat.
Moga bakal hospital kontena ini dapat menampung jumlah pesakit Covid-19 di Itali.
SUMBER RUJUKAN: CARLORATTI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...