“Kenapa Saya Dilahirkan Hodoh & Gemuk?” Nota ‘Bunuh Diri’ Budak 10 Tahun Ditemui

Share

Mudah bagi kita menyeru agar semua orang bersyukur dengan rupa paras yang diberikan Tuhan kepada kita. Namun, dalam tak sedar, ramai yang mengalami kemurungan disebabkan tidak yakin dengan rupa paras sendiri sehinggakan perasaan ingin bunuh diri timbul.

Minggu ini, portal The Coverage melaporkan seorang kanak-kanak di Singapura yang berusia 10 tahun telah menulis sekeping nota ‘bunuh diri’ selepas dia mengalami kemurungan. 10 tahun?!

Selepas dia bertengkar dengan ibunya disebabkan perkara tertentu, kanak-kanak tersebut menulis, “Betapa nikmatnya jika dia dapat mengambil pisau dan berjaya menikam dirinya.” Nota itu dijumpai oleh ibunya sendiri ketika sedang mengemas bilik anaknya itu pada tahun lepas.

Inti pati nota ‘bunuh diri’ tersebut adalah cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Namun setelah dibaca, jelas bahawa anaknya itu mengalami kemurungan teruk.

Nota yang dijumpai.

 

Antara kandungannya berbunyi, “Saya rasa sangat teruk. Saya rasa macam hendak terjun bangunan dan mati, tapi saya tahu dia (ibu) akan menangis dengan terus. Jadi, saya akan rahsiakan perkara (perancangan) ini.

“Saya terfikir, kenapa ibu lahirkan saya dengan rupa sebegini. Pendek, gemuk dan hodoh. Dia tak suka lihat saya menangis setiap masa.

“Alangkah bagusnya jika saya dapat sebilah pisau dan berjaya tikam diri saya. Tiada lagi buli. Tiada lagi kerja sekolah. Saya akan bunuh diri pada suatu hari nanti.

“Saya tidak akan lagi tersenyum, hanya menangis! Saya akan memuji diri sendiri kerana bodoh. Saya tidak mahu hidup lagi. Maaf (saya) buat ibu menangis!”

Gambar hiasan.

 

Selepas menemui nota tersebut, ibunya yang terkejut segera meminta bantuan FutuReady Asia’s Character & Leadership Academy untuk membantu mengatasi masalah kemurungannya anaknya itu.

Kini selepas beberapa bulan, emosi anaknya dikatakan semakin stabil. Ibunya juga meminta khidmat kaunselor untuk membantu.

Siapa sangka, kanak-kanak ini sangat ceria di sekolah. Keputusan di sekolah juga cemerlang. Namun, selama ini dia hanya memendam rasa tak puas hati terhadap diri sendiri.

Kajian di Singapura mendapati kanak-kanak seawal usia 7 tahun telah mengalami masalah kemurungan. Besar kemungkinan, ia disebabkan kesibukan ibu bapa di tempat kerja dan juga isu buli di sekolah.

Published by
FZ