Penyanyi remaja Indonesia, Putri Ariani tampil dengan penjelasan setelah dia didakwa membiarkan sekumpulan penggiat media Malaysia menanti kehadirannya selama dua jam pada sidang media pengumuman konsert Walkerworld Malaysia, semalam.
Difahamkan, Putri yang ditemubual di sebuah hotel di Bandar Sunway bersama-sama Alan Walker hanya menjawab tiga soalan yang diajukan oleh media tempatan sebelum dia dibawa keluar dari dewan atas alasan belum mengambil sarapan.
Memahami situasi tersebut, pihak media bersetuju untuk menunggu dengan harapan dapat menyambung temu bual bersama penyanyi berusia 18 tahun itu.
Selepas menunggu kira-kira selama dua jam, kelibat Putri tidak kelihatan jua. Lantas, penggiat media Malaysia merasa kurang senang dengan tindakan Putri itu dan melabelnya sebagai tidak profesional.
Putri Ariani bersama Alan Walker di sidang media konsert Walkerworld Asia Tour 2024 di Malaysia.
Menerusi hantaran di Instagram, Putri menjelaskan bahawa dia tidak tahu-menahu bahawa pihak wartawan masih menunggunya di bilik sidang media untuk meneruskan temubual.
“Mohon maaf. Selepas saya keluar dari bilik, saya diberitahu oleh pihak penganjur acara dan promoter bahawa acara sidang media sudah selesai. Jadi saya tidak tahu jika ada wartawan yang masih menunggu.
Ads
“Yang buat acara dan tentukan tempoh acara bukan saya, jadi anda tanya saja kepada penganjur.
“Semuanya tadi sudah berjalan lancar dan sudah selesai. Kenapa marah dekat saya?” ulasnya.
Putri turut memuat naik foto-foto di sekitar acara sidang media bagi membuktikan dia sudahpun melaksanakan tugasnya bagi menghadiri acara tersebut.
Ads
“Apakah semua foto di sini bukan wartawan? Mereka semua ada di situ,” tambahnya yang pernah mengukir tuah sebagai finalis program America’s Got Talent.
Tidak lama selepas itu, pihak penganjur konsert berkenaan iaitu Megatix Malaysia dan Rozario Connection mengeluarkan kenyataan berhubung laporan beberapa media tempatan yang membidas Putri Ariani.
Ads
Beranggapan info dalam laporan-laporan yang ditulis itu tidak tepat, ia bagaimanapun menganggap apa yang terjadi sebagai salah faham.
“Sesi temubual rasmi dilangsungkan untuk tempoh yang lama dan banyak peluang untuk pihak media bertanyakan soalan kepada pihak artis. Walaupun terikat dengan jadual ketat oleh pihak artis, kami telah melanjutkan lebih masa untuk media berinteraksi dengan Alan Walker dan Putri Ariani.
“Kami galakkan agar orang ramai tidak termakan dengan kenyataan tidak benar dan sebaliknya fokus kepada objektif sidang media berkenaan untuk menyambut Alan Walker dan Putri Ariani sebagai tetamu undangan di Walkerworld Concert pada 22 Jun 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon,” catatnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam novel dan filem Harry Potter tidak pernah mengenal erti henti apabila peminat francais itu sentiasa setia untuk menyokong apa juga perkembangan terbaru yang diumumkan oleh mereka.
Lantas, REMAJA merasakan pasti ramai yang akan menggemari koleksi terbaru Harry Potter x Pandora ini!
Untuk pengetahuan, Pandora Malaysia telah melancarkan koleksi berupa 6 charms bertemakan Harry Potter.
Ini adalah koleksi kedua Harry Potter x Pandora yang pernah dikeluarkan selepas sambutan hangat yang diterima pada Oktober tahun lalu.
Setiap silver charm ini mempunyai perkaitan rapat dengan jalan ceritanya.
Ini termasuklah the iconicSorting Hat, Hedwig the owl, surat-surat Hogwarts, rangkaian Deathly Hallows, rangkaian kaca mata Harry – lightning bolt -Nimbus dan logo Harry Potter.
Charms yang dijual ini amat cantik digayakan sebagai gelang dan rantai, serius!
Cer tengok yang mana satu adalah kegemaran korang?
RM189.
RM229.
RM289
RM229
RM229
Untuk pengetahuan, koleksi ini adalah di antara koleksi yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Pandora dan filem Warner Bros tersebut.
Sebelum ini, di antara charm Harry Potter yang pernah dikeluarkan oleh Pandora termasuklah Golden Snitch, Slytherin Dangle, Ron Weasley charm, Hogwarts Express Train charm dan beberapa lagi.
RM229
Korang boleh mula mendapatkannya bermula 16 Julai lalu di pandora.net dan stor Pandora seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi terkenal dan juga anggota BTS, Jin telah diangkat sebagai Duta Global untuk jenama terkenal Gucci.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno berkata, “Gucci adalah salah satu jenama ikonik penuh warisan lengkap dengan kemodenan yang sudah lama ada. Ini sangat bermakna dan mendebarkan apabila menjadi sebahagian daripada ‘rumah’ seperti itu”.
Dalam pada itu, Sabato turut meluahkan rasa senang dan gembira apabila penyanyi Korea berkenaan menjadi sebahagian daripada jenama Gucci.
“Saya sangat gembira menyambut Jin sebagai Duta Jenama Global. Sikapnya yang sangat hangat dan baik hati betul-betul menarik hati. Juga gayanya sangat unik”
“Dia juga adalah seorang artis yang murah hati dan luar biasa yang boleh mempengaruhi orang melalui karya muziknya,” tambah Sabato lagi.
Difahamkan, sebagai Duta Global jenama Gucci, Jin BTS akan mewakili ‘House’ dalam pelbagai acara jenama berkenaan untuk menunjukkan semangat inovatif bagi pihak mereka. Selain itu, penggemar antara jenama dan artis tersebut juga boleh menantikan kerjasama antara Jin dan Gucci pada masa akan datang.
Sekadar info, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan anggota kumpulan terkenal, Jin BTS baru-baru ini meraih perhatian apabila mendermakan 100 juta won (RM309,210) bagi membantu pesakit yang menghidap penyakit yang jarang ditemui (rare disease) di negara-negara kurang membangun.
Hal itu diumumkan sendiri oleh Korea University Medical Center (KUMC), dan ia akan disumbang menerusi projek ‘Goodwill Global Life Love Project’ iaitu projek sokongan perubatan antarabangsa yang dipromosikan oleh KUMC.
Dalam pada itu, projek ini juga memberi tumpuan kepada menyelamatkan nyawa pesakit di negara-negara kurang maju yang mengalami kesusahan ekonomi dan kekurangan dalam perkhidmatan perubatan
‘Goodwill Global Life Love Project’ ialah projek sokongan perubatan antarabangsa yang dipromosikan oleh Pusat Perubatan Universiti Korea. Ia memberi tumpuan kepada menyelamatkan nyawa pesakit di negara-negara kurang maju yang mengalami kesusahan ekonomi dan kekurangan perkhidmatan perubatan.
Menurut laporan, pada tahun 2024, KUMC telah membawa lebih daripada 10 pesakit dengan penyakit yang jarang ditemui dari pelbagai negara termasuk Madagascar ke Korea Selatan.
Dari situ, mereka turut berkongsi ilmu merawat dan menjaga pesakit berkenaan di Hospital Universiti Korea cawangan Anam, Guro, dan Ansan.
Sementara itu, Jin BTS juga berharap agar sumbangan daripada dirinya mampu membantu para pesakit.
“Saya harap ada harapan walaupun sedikit yang dapat diberikan kepada mereka yang menderita penyakit yang jarang ditemui,” katanya.
“Saya juga ingin turut bergabung dan menyertai para peminat secara global dalam membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa,” jelasnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-25 bakal berlangsung dengan penuh meriah apabila pelbagai genre muzik serta barisan nama popular industri hiburan tempatan bakal...