Sedar nama baiknya kini sering meniti bibir ke bibir orang ramai, gadis kelahiran negara seberang, Indonesia itu memberitahu, dirinya juga harus menuntut soal kepentingan merawat kulit wajah.
Ads
Dek kerana dia kini sering tampil dalam layar skrin dan bertemu khalayak, Putri Ariani berkongsi cara penjagaan wajah, dengan hanya melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
Ads
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Memperoleh rezeki yang tak disangka, terbaharu gadis berusia 17 tahun itu ‘dilamar’ sebuah jenama kecantikan Indonesia sebagai duta bagi produk kecantikan mereka.
Untuk perkembangan, berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Burj Khalifa merupakan mercu tanda Dubai yang juga menara tertinggi di dunia.
Oleh kerana itu, satu fatwa yang dikeluarkan pada 2011 oleh mufti besar Dubai telah mengarahkan mereka yang berada di bangunan tersebut wajib mengubah waktu berbuka puasa bergantung pada tingkat bangunan.
Huh, kenapa pula macam tu?
Disebabkan bangunan Burj Khalifa tu terlampau tinggi, maka terdapat perbezaan dalam melihat waktu matahari terbenam bagi setiap tingkat, iaitu orang pada tingkat bawah akan melihat matahari terbenam lebih awal berbanding individu yang duduk di tingkat atas.
Zon berbuka yang berbeza
Mufti Besar Dubai, Dr Ahmed Al Haddad menerangkan bahawa Burj Khalifa mempunyai ketinggian lebih daripada 828 meter dan mempunyai 160 tingkat dan disebabkan itu, waktu berbuka perlu dibahagikan kepada tiga.
Tiga waktu tersebut bergantung pada waktu matahari terbenam yang dapat dilihat dari tempat tinggal mereka. Selagi tidak melihat sendiri waktu matahari terbenam, mereka tidak boleh berbuka puasa.
Bagi siapa yang tinggal di tingkat bawah, iaitu 80 hingga 150 bermula pada ketinggian 414 meter ke atas, waktu berbuka puasa dilambatkan selama dua minit daripada tingkat bawah.
Sama seperti solat Isyak yang harus dilambatkan dua minit juga. Manakala, waktu solat subuh pula dipercepatkan dua minit lebih awal daripada tingkat bawah.
Armani Residence di Burj KhalifaRestoran tertinggi di dunia, At.Mosphere.
Untuk mereka yang tinggal lebih daripada 150 tingkat ke atas,iaitu pada ketinggian 800 meter ke atas, waktu berbuka puasa perlu dilambatkan tiga minit berbanding dengan tingkat paling bawah. Begitu juga dengan solat Isyak yang perlu dilambatkan sebanyak tiga minit dan solat subuh bermula tiga minit lebih awal.
Kenapa orang di tingkat atas perlu mula berpuasa lebih awal?
Umat Islam memulakan hari berpuasa bila sudah masuk waktu Subuh, iaitu apabila kelihatan ‘Fajar Sodiq’ yang merupakan cahaya putih agak terang menyebar di ufuk Timur, muncul beberapa saat sebelum matahari terbit.
Dah tentulah orang yang ada di tingkat atas akan melihat ‘Fajar Sodiq’ ini terlebih dahulu kerana mereka berada di tempat yang tinggi. Jadi, ini adalah sebab kenapa mereka perlu berpuasa lebih awal berbanding individu yang tinggal di tingkat bawah.
Rupa-rupanya ini yang berlaku kalau kita berada di tempat tinggi sangat kan. Kalau macam ni, kena la selalu alert dengan jadual waktu berbuka. Tak boleh suka-suka hati ikut orang lain, knowledge tu perlu ada.
Sekurang-kurangnya dengan penjelasan yang diberikan ini juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita sendiri.
Dari gelanggang bola keranjang ke dunia streetwear, Superstar terus jadi simbol gaya setiap generasi.
Selepas kempen global “The Original”, adidas Originals kini bawakan bab seterusnya dengan mengetengahkan pengaruh besar Superstar dalam budaya pop.
Kempen global ini menampilkan ikon-ikon legend seperti Samuel L. Jackson, Missy Elliott, Mark Gonzales, Anthony Edwards, GloRilla, JENNIE dan Gabbriette. Tapi jangan risau, penggemar tempatan pun tak ketinggalan!
Di Malaysia, Joe Flizzow jadi wajah rasmi kempen ini, sambil bekerjasama dengan bakat-bakat tempatan seperti Ismail Izzani, DOLLA, Lil J, Julia Duclos, Elva Suyan dan Aziz Harun.
Selain tengok koleksi terbaru Superstar dan Firebird Tracksuit, pengunjung boleh sertai aktiviti menarik macam Superstar Soundbooth, basketball shootout, Dance Dance Revolution dan banyak lagi.
Best lagi, kalau beli kasut Superstar atau set Firebird, korang akan dapat kopi percuma dan kit kustomisasi eksklusif.
Sejak 90-an, Superstar dah jadi pilihan artis, pemuzik dan skater yang nak push batas kreativiti. Dengan rekaan lebih selesa dan Firebird Tracksuit ikonik yang masih digilai sejak 1967, ini memang pengalaman wajib untuk semua peminat budaya jalanan dan sneakers!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
SPM bukan sekadar lulus, sebaliknya menjadi titik penting yang mempengaruhi hala tuju hidup seorang remaja. Dalam fasa penuh tekanan, kekeliruan dan jangkaan tinggi ini, peranan ibu bapa amat signifikan dalam membimbing anak membuat keputusan yang tepat dan bertanggungjawab terhadap masa depan mereka sendiri.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang warga Threads menerusi akaun @hafizbai apabila beliau mendedahkan kaedah bimbingan ringkas berkonsepkan coaching yang digunakannya untuk membantu anak menetapkan sasaran menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.
Bukan Ceramah, Bukan Paksaan
Sebagai seorang bapa, beliau memilih pendekatan berasaskan model GROW, iaitu satu kaedah yang menekankan kesedaran diri dan pemilikan keputusan oleh individu. Menurutnya, sesi perbincangan yang dijalankan tidak berbentuk ceramah panjang, paksaan atau perbandingan dengan anak orang lain.
Sebaliknya, perbincangan dilakukan secara tenang dan tertutup dengan matlamat untuk membantu anak memahami bahawa SPM bukan sekadar lulus, tetapi satu proses pembelajaran membuat pilihan hidup dengan penuh tanggungjawab.
View on Threads
G – Goal: Anak Tentukan Sasaran Sendiri
Langkah pertama dimulakan dengan huruf G (Goal), di mana beliau tidak menetapkan sasaran mengikut kehendaknya sendiri. Sebaliknya, anak diberi ruang untuk menyatakan sendiri matlamat yang ingin dicapai.
“Saya hanya tanya satu soalan, ‘apa sebenarnya sasaran SPM yang kamu nak?’,” jelasnya.
Pendekatan ini membolehkan anak menetapkan matlamat yang realistik dan diyakini, bukan sekadar “asal lulus” atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Matlamat tersebut kemudiannya diperincikan supaya lebih jelas, boleh diukur dan mempunyai tempoh masa tertentu.
R – Reality: Jujur Menilai Keadaan Semasa
Dalam fasa Reality, perbincangan tertumpu kepada prestasi semasa anak termasuk tahap kefahaman subjek, disiplin belajar dan cabaran yang dihadapi.
Cabaran dalaman seperti cepat penat, sukar fokus dan isu kesihatan dibincangkan secara terbuka, selain faktor luaran seperti persekitaran dan gangguan. Semua ini dilakukan tanpa menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya untuk mengenal pasti jurang antara realiti semasa dan sasaran SPM 2026.
Di sinilah anak mula sedar bahawa SPM bukan sekadar lulus, tetapi menuntut kesedaran tentang diri sendiri.
O – Options: Anak Teroka Pilihan Sendiri
Bagi fasa Options, bapa berkenaan tidak memberikan jawapan secara langsung. Sebaliknya, anak diminta menyenaraikan sendiri pelbagai pilihan dan strategi yang boleh diambil untuk mencapai matlamat.
Antara yang dibincangkan termasuk perubahan rutin belajar, mendapatkan bantuan tambahan, mengurangkan gangguan serta meninggalkan perkara yang tidak menyumbang kepada kejayaan akademik.
W – Will: Komitmen Terhadap Tindakan
Fasa terakhir iaitu Will menjadi penentu kepada tindakan sebenar yang sanggup dilakukan oleh anak. Semua pilihan yang disenaraikan akan diteliti semula sebelum anak membuat keputusan muktamad.
“Bukan janji kosong, tetapi tindakan yang dia benar-benar rela buat,” katanya.
Sesi perbincangan turut ditutup dengan satu soalan reflektif tentang siapa yang paling gembira jika matlamat tersebut tercapai. Pendekatan ini membantu anak menemui sebab yang lebih besar, membuktikan sekali lagi bahawa SPM bukan sekadar lulus semata-mata.
Ibu Bapa Sebagai Pembimbing Masa Depan
Perkongsian ini bukan bertujuan menonjolkan kesempurnaan sebagai ibu bapa, sebaliknya menjadi peringatan bahawa ibu bapa mampu berperanan sebagai pembimbing dan coach pertama anak-anak dalam menentukan hala tuju hidup.
Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar dan kompetitif, pendekatan mendengar, membimbing dan memberi ruang kepada anak untuk berfikir sendiri dilihat lebih relevan untuk melahirkan remaja yang yakin, berprinsip dan bertanggungjawab terhadap masa depan mereka.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...