Kenapa Face Mask Selalu Buatkan Kulit Bermasalah? Ini Tip Jurusolek Korea

Share

 

Walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19, soal kecantikan dan penjagaan diri tidak sesekali akan diabaikan.

Buktinya, program kegemaran ramai, Get It Beauty On The Road Malaysia kembali lagi untuk musim ketiga!

Bertemakan ‘Love Yourself’, musim ketiga ini sedikit berlainan apabila penggambaran dilakukan secara berasingan di Malaysia dan Korea Selatan kerana kekangan wabak.

Antara intipati menarik dalam musim ketiga Get It Beauty On The Road Malaysia ini adalah perbincangan ‘masalah’ dunia kecantikan.

Iyalah, kita dah membeli produk kecantikan dan cuba memakainya, tapi tak nampak efek pun. Contohnya seperti face mask. Apabila memakai face mask, ada yang mendakwa lebihbanyak pula masalah yang timbul pada muka seperti mask-ne. Kenapa agaknya ia terjadi?

Kongsi Kim Ki Soo kepada REMAJA, “Masalah bila memakai face mask sebenarnya berpunca daripada ketidak seimbangan kandungan air dan minyak pada wajah seseorang. Jadi sebelum memakai mask, korang terlebih dahulu perlu membersihkan wajah secukupnya.

“Bila seseorang memakai mekap terutamanya foundation, sisa mekap mungkin masih ada pada kulit walaupun korang telah bersihkannya.

“Oleh itu, saya cadangkan untuk meratakan primer sebelum foundation agar solekan mudah dibersihkan. Selepas bersih, korang boleh ratakan face mask pada wajah. Barulah tiada masalah kulit,” jelasnya.

Penulis pun tak tahu kelebihan memakai primer tu.

Haa, itu baru satu tip. Ada banyak lagi tip yang ingin mereka kongsikan menerusi program Get It Beauty On The Road, Malaysia musim ketiga.

Menariknya, hos tetap seperti Kim Jung-Min, Kim Ki Soo dan Nadiyah Shahab akan ditemani oleh seorang hos jemputan pada kali ini iaitu Han Byul!

REMAJA tertarik dengan penglibatan Han Byul kerana lelaki pada zaman sekarang pun lebih terbuka menjaga kulit wajah dan kebersihan badan.

Sometimes, wajah lelaki lebih licin daripada perempuan tau! Hehe..

“Of course lah (menjaga muka itu penting)! Lelaki akan kelihatan lebih kacak dengan kulit sihat,” akui Han Byul.

Nadiyah Shahab pula percaya bahawa lelaki yang menjaga kulit wajah bersih adalah lebih yakin dan mudah bergaul dengan orang di sekeliling.

*

Tak kiralah korang lelaki ataupun perempuan, nampaknya tak ada masalah untuk semua orang menonton Get It Beauty On The Road, Malaysia bermula 5 Oktober 2020 (Isnin) di saluran tvN dan Astro RIA.

Pastinya ada banyak tip menarik yang boleh diperolehi oleh penonton kedua-dua jantina.

IKLAN