Esok adalah Hari Arafah atau disebut juga sebagai Hari Wukuf. Malah esok, kita juga disunatkan berpuasa sunat yang disebut juga puasa sunat Arafah. Di sebalik Hari Arafah ini, sebagai umat Islam ada sesuatu harus kita fahami iaitu insya Allah akan memperkenankan semua doa-doa yang kita pohon pada hari tersebut.
Disebut dalam hadis-hadis soheh, amalan terbaik pada hari #wukuf di #Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)
Berikut adalah panduan doa yang boleh kita sebut pada Hari Arafah ini. Ia hanya sekadar panduan sahaja, kalau ada yang ingin ditambah mengikut kesesuaian tiada masalah.
Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, InshaaAllah:
Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).
Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
Ya Rabb, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman
Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
13. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).
14. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan RezekiMu.
15. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah Ya Rabb, Sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
Ads
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
Ads
22. Ya Allah, Berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, Lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, Berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
25. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
26. Ya Rabb, Selamatkan aku dari kemunafikan.
Ads
27. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
28. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32.Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI
33 . Ya Allah , ampunkan segala dosa aku , dosa kedua ibu bapa ku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia Aamiin Ya Rabbal'Alamiin. Kredit : Majlis Ilmu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jumlah peningkatan mendadak jumlah kes pesakit COVID-19 di Selangor disumbangkan dari Kluster Teratai. Dua hari lalu diberitakan Kluster Teratai membabitkan pekerja kilang Top Glove di Meru, Klang, mencatatkan peningkatan jangkitan Covid-19 tertinggi iaitu 1,067.
Untuk pertama kalinya, semalam 24 November 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian mencecah angka dua ribu iaitu sebanyak 2,188 kes baharu. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 58,847 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,353 kes. Tiada kes import yang dilaporkan pada hari ini.
Negeri Selangor masih lagi mencatatkan pelaporan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,623 kes (74.2 peratus). Ini diikuti oleh negeri Sabah iaitu sebanyak 232 kes (10.6 peratus) dan negeri Perak sebanyak 112 kes (5.1 peratus). Sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan di negeri Selangor adalah daripada Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,511 kes (93.1 peratus). Ini bermakna dalam tempoh dua hari sahaha, hampir 500 orang pekerja Top Glove dijangkiti.
Di sebalik isu ini, apa yang mengecewakan, pekerja asing dilihat masih selamba berada di luar kawasan asrama mereka, seolah-olah tidak risaukan wabak yang telah menular di kawasan tersebut.
Ekoran itu, ADUN Meru, YB Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar di fb Pusat Khidmat Masyarakat N42 Meru Klang telah berkongsi beberapa keping gambar warga asing berada di luar asrama mereka seolah-olah kawasan tersebut bebas dari wabak. Ia jelas menakutkan penduduk sekitar yang turut menghuni kawasan tersebut kebolehjangkitan di kawasan tersebut.
Dalam catatan di fb tersebut, Ustaz Mohd Fakhrulrazi berkata, pihak Top Glove patut bertanggung jawab di atas penyebaran wabak Covid-19 kepada warga Meru.
Sikap pekerja asing mereka yang terus merayau dan ingkar arahan PKPD di khuatiri akan membawa wabak Covid-19 kepada warga tempatan.
Saya secara peribadi amat kecewa dengan sikap mereka walaupun pihak pengurusan Top Glove telah berjanji dengan saya untuk mengawal mereka.
Bagi saya pihak Top Glove telah gagal mengawal dan menunaikan janji anda! Sumber & gambar : Pusat Khidmat Masyarakat N42 Meru Klang – YB Fakhrulrazi Mokhtar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang terindah dan dikenang sepanjang hidup, selepas penat lelah belajar hingga bergelar graduan.
Selepas berhempas-pulas menghabiskan pengajian dengan pelbagai cerita disebalik setiap perjalanan menggenggam transkripsi, sudah tentu mereka mahukan orang tersayang ada semasa hari kejayaan mereka.
Namun tidak semua perkara berjalan seperti yang dirancang. Perkongsian graduan ini benar-benar buat warganet turut berasa hiba. Seorang graduan dan penerima Anugerah Naib Canselor, Nur Ietrah Shahila Shaharum terlambat untuk menghadiri majlis istiadat konvokesyen di UiTM Segamat selepas kematian bapa saudaranya.
Kehilangan dan ketiadaan orang tersayang semasa kita meraikan hari bahagia sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Baru-baru ini telah viral di laman Facebook di mana seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlambat untuk hadir ke majlis istiadat konvokesyen kerana baru selesai menguruskan pengebumian bapa saudara.
Menerusi komen yang diperoleh daripada Facebook, rata-rata pengguna akaun media sosial itu telah menzahirkan ucapan takziah.
Kisah terbabit kemudian dikongsikan oleh Pegawai Istiadat Konvokesyen, Kapten (B) Ujud Tabil pada hari itu telah menulis di laman Facebook miliknya dan menceritakan detik-detik ketika itu.
Pihak mereka turut ingin membantu graduan tersebut yang dikenali sebagai Nur Ietrah Shahila yang dikatakan terlambat untuk menghadiri majlis istiadat konvokesyen itu kerana masih dalam perjalanan dari Selangor ke UiTM Segamat selepas kematian bapa saudaranya.
“Tahniah team konvo UiTM Johor.”
Sementara itu, Ujud berkata, Nur Ietrah yang sudah ketiadaan ibunya dan dijaga bapa saudaranya adalah graduan terbaik sepanjang menuntut di universiti itu.
“Setiap semester, dia menerima Anugerah Dekan kerana berjaya mencatat PMK terbaik. Walaupun kami tidak mengenalinya lebih dekat, tapi kami perlu memastikan dia naik pentas meskipun kehilangan insan tersayang,” katanya.
Menceritakan detik menyedihkan itu, Ujud berkata, semua petugas pada hari terbabit mempunyai peranan masing-masing termasuk memainkan lebih banyak lagu supaya majlis berlangsung lebih lama.
Menurutnya, majlis sepatutnya berakhir pada jam 4 petang dan ketika itu Nur Letrah Shahira dalam perjalanan ke UiTM Segamat dan sebaik dia tiba dipintu utama, kenderaan keselamatan UiTM mengiringinya hingga ke Dewan Sri Temenggong.
Apapun tahniah warga Uitm Segamat..Buat Nur Ietrah . Semoga terus sukses. Tahniah juga kepada semua Ajk istiadat konvo kerana bertoleransi dan memahami situasi graduan. Terbaik la UiTM dihatiku….
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita jarang terjadi dan ia pasti menggemparkan. Ternyata seorang lelaki di Indonesia menjadi viral kerana menikahi dua gadis serentak. Lebih unik kedua isterinya merupakan saudara sepupu dan mereka hanya bercinta tiga bulan sahaja sebelum ikatan diikat sebagai suami isteri.
Lombok Post melaporkan, Saepul Bahri, 28 tahun menikahi Musitiawati, 23, dan Hairani, 23 dengan berbekalkan 4 juta rupiah (RM1208) untuk menikah secara serentak dengan kedua sepupu itu.
Uniknya jika cinta pernah ada dating tetapi Saepul lebih beruntung kerana dia sekali pun tidak pernah bertemu kedua isterinya sebaliknya hanya membuat panggilan video sahaja.
Dalam satu temubual dibuat oleh Lombok Post bersama kedua isterinya pada 22 hb lalu iaitu beberapa hari bernikah, keduanya bercerita bagaimana mereka melalui malam pertama yang sangat membahagiakan serta kehidupan bermadu pada usia muda.
Menurut laporan Lombok post ketika wartawan menemuramah ketiganya, biar tidak tahu apa di dalam hati ketiganya tetapi wajah mereka kelihatan ceria. Duduk bersama dalam satu rumah.
Menurut Hariani, dia mengakui jatuh cinta dengan suaminya selepas Saepul yang baru kembali dari Malaysia mengajarnya erti cinta.
“Saya tak pernah melalui pengalaman cinta. Suami cinta pertama saya. Keduanya berhubung melalui telefon sahaja dan sikap suaminya yang lucu buat Hariani jatuh hati.Dan dia tidak menolak saat Saepul suarakan mahu menikahinya.
“Saepul orangnya baik,” nilainya.
Namun sejarah masa kecilnya, Hariani sudah lama hilang kasih ayah yang meninggal ketika dia kecil. Kasih sayang Saepul tunjukkan membuatkan saya belajar erti kasih sayang seorang lelaki,” katanya.
Namun dia sama sekali tidak menduga bahawa Saepul akan menikahi seorang perempuan lain di mana wanita itu adalah Mustiawati adalah sepupunya.
Lebih mendebarkan, rumah mereka bersebelahan. Sudah lama kenal dan jadi teman sepermainan sejak kecil. Usia juga sama iaitu 23 tahun.
“Insya Allah ikhlas,” kata Hariani saat ditanya adakah dia sudah bersedia berbahagi cinta.
Namun Mustiawi punya cerita berbeza. Dia mengakui Saepul bukan cinta pertamanya. Malah ketika Epol datang dalam hidupnya, dia sudah ada lelaki lain sebagai teman lelakinya. Dia berasal dari Dusun Kelebut, desa sebelah, katanya.
Dia sudah kenal sejak 9 bulan lalu namun hatinya berubah bila bertemu Epol yang datang tiga bulan lalu dalam hidupnya.
Lewat rayuan cinta Epol, hatinya berubah. Lalu dia meninggalkan kekasihnya di mana dia mengakui hati tidak boleh dibohongi. Sudah terlanjur cinta dengan Epol, sambil menyifatkan antara bekas kekasih dan suami, keduanya sama kacak.
Mengakui tidak akan bergaduh kerana suami dengan hidup bermadu, keduanya yang bekerja sebagai tukang jahit mengharapkan keluarga mereka bahagia, Sakinah, mawaddah dan warahmah,” katanya mengharapkan jodoh hingga akhir hayat.
Dalam pada itu Saepul akui cintakan keduanya dan merisik mereka selang sehari. Ia takdir hidup saya. Malah awal-awal lagi dia memaklumkan kalau keduanya bersetuju dengan rezekinya yang tidak menentu dan boleh menerima dirinya seadanya, maka terjadilah pernikahan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fattah Amin bertemu Menteri Komunikasi dan menyeru netizen hentikan budaya toksik di media sosial demi mewujudkan internet yang lebih selamat dan beretika.