8 March bukan sehaja Hari Wanita Sedunia namun merupakan minggu Kesedaran Garam Sedunia juga.
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian kaum budaya dan makanan yang sedap-sedap. Jadi bahan perisa tu memang makanan kita kan. Tak cukup masin? Tambah garam. Tak cukup lagi?? Tambah aje. Sampai satu tahap makanan tu dah tak rasa seperti yang sepatutnya dek sebab letak garam banyak sangat.
Sumber Gambar : Pexels
Bersempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang disambut hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru agar rakyat Malaysia mengambil beberapa langkah mudah bagi mengurangkan pengambilan garam dalam pemakanan harian. Antaranya :
Kenali nama lain bagi garam dalam makanan, seperti Sodium Nitrate, Sodium Bicarbonate dan Monosodium Glutamate, membaca label dan bandingkan maklumat kandungan natrium sebelum membeli makanan.
Hadkan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu teh sehari, termasuk garam beriodin bagi mengurangkan risiko sakit jantung dan strok
Garam dalam masakan tu boleh, tapi berpada-pada. Lebih garam boleh menyebabkan macam-macam jenis penyakit. Nak tahu?
1. Penyakit jantung
Garam boleh meningkatkan tekanan darah dan menimbulkan darah tinggi. Situasi ini merupakan penyebab penyakit jantung yang paling ketara. Hampir dua per tiga daripada seluruh kes strok dan separuh kes penyakit jantung, disebabkan oleh hipertensi atau darah tinggi.
2. Penyakit ginjal
Sama seperti penyakit jantung, penyakit ginjal kronik juga boleh disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Orang yang menghidap penyakit ini, lebih sensitif terhadap penyerapan sodium atau garam di tubuh.
Ads
Penyakit ginjal dan hipertensi berhubung kait dengan kitaran yang berkesinambungan. Ia kerana, ginjal berperanan dalam metabolisme garam di tubuh.
Jika ginjal tidak dapat mengeluarkan natrium dengan baik, maka metabolisme garam di tubuh menjadi terganggu dan garam akan berkumpul di tubuh, dan menyebabkan naiknya tekanan darah.
Sumber : Pexels
3. Osteoporosis
Jumlah kalsium yang keluar melalui urin akan bertambah seiring dengan meningkatnya kadar garam di tubuh. Apabila kadar kalsium di dalam darah berkurangan dari yang sepatutnya, maka tubuh akan mengambil kalsium dari dalam tulang untuk menyeimbangkan kekurangan kalsium.
Hal ini menyebabkan kesihatan tulang terganggu hingga mengalami penghakisan tulang atau osteoporosis.
Ads
4. Kanser
Mengambil garam berlebihan juga dapat meningkatkan risiko seseorang terkena kanser perut.
5. Hipernatremia
Terlalu banyak natrium di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipernatremia. Penyakit ini merupakan gangguan akut yang terjadi saat seseorang tidak mendapat cukup makanan atau minuman, sehingga garam tidak dapat dicerna dengan baik oleh tubuh.
Ads
Akibatnya, pengumpulan garam berlaku. Saat sodium di darah mengumpul, akan terjadi gangguan metabolisme di tubuh yang boleh menyebabkan cecair terkumpul di organ tubuh, termasuk otak. Hal ini bisa menyebabkan kejang, koma, bahkan membawa maut.
Garam memang penting untuk menjaga fungsi saraf. Namun, jika berlebihan pengambilan garam akan membawa mudarat.
Tubuh kita memerlukan keseimbangan antara sodium dengan kalium untuk menjaga fungsi saraf tetap normal. Jika kadar sodiumnya terlalu banyak, maka keseimbangan akan terganggu. Hal sama dengan fungsi saraf, yang juga akan mengalami gangguan.
Untuk info, dengan tema ‘Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi’ Minggu Kesedaran Garam Sedunia di Malaysia berlangsung dari 8 hingga 14 Mac.
Sumber : Astro Awani, Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ternyata berat untuk menghadapi ujian kehilangan orang yang kita sayang terutama darah daging sendiri. Namun apakan daya, kita harus berlapang dada dan reda akan kepergian mereka.
Semalam genap tiga tahun pemergian anakanda tercinta penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nora Ariffin, iaitu Allahyarham Muhammd Syakir Alif Johan. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Nora mencoretkan luahan hatinya.
Dalam hantaran tersebut, turut dilihat penyanyi lagu popular Dendam Dalam Diam itu memuat naik beberapa momen terindah bersama Alif selain berkongsi foto skrol Diploma Perfileman yang diterima bagi pihak anaknya baru-baru ini, ketika menziarahi pusara.
“14 Disember 2019. Genap tiga tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar diingatan, belum luput dari pandangan. Rindu tidak pernah padam. Moga anakanda Alif tenang disana.
“Mama reda pada Alif. Moga syurga tempat istirehatmu dan kita semua. Al-Fatihah buat anakanda Alif Johan dan semua yang telah terdahulu pergi meninggalkan kita,” coretnya ringkas.
Pemerhatian REMAJA mendapati, ruangan komen dibanjiri rata-rata pengikut dan rakan artis yang mengucapkan salam takziah dan meniupkan kata semangat buat penyanyi tersebut.
Sebelum ini, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerima skrol diploma arwah anaknya yang menamatkan pengajian dalam jurusan Perfileman di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.
Terdahulu, Allahyarham yang sebelum ini pernah menyertai program realiti Mentor Milenia 2019, meninggal dunia pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah di rumah. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan dengan pusara bapanya, Allahyarham Johan Nawawi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Di dalam kehidupan iman pasti ada turun dan naik. Sebagai manusia kita tidak akan lepas dari berbuat salah sesama kita. Kalau salah dengan Allah kita menadah tangan dan memohon keampunannya. Namun jika salah dengan manusia, maka haruslah saling memohon kemaafan.
Menarik perhatian Remaja, hantaran yang dimuat naik penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Hafiz Suip di laman Instagramnya. Pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu sebanyak tiga kali ini berkongsi kisah tentang kemaafan dan juga pengharapan dan kebergantungan kita sebagai manusia kepada Allah SWT.
Memetik apa yang dikongsikan di media sosialnya itu. Ujarnya, “Assalamualaikum wbt nama saya Mohd Hafiz Bin Mohd Suip atau lebih dikenali dengan nama Hafiz Suip di dalam dunia ini, bukan semua kenal pun, tetapi Hafis Suip memohon maaf atas apa yang kami telah lakukan kepada anda andaikata ada yang kecil hati, tersalah cakap dan sebagainya. Yang ada dendam yang tersimpan selama ini, maafkan saya.
“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng, tetapi hakikatnya saya takut Azab Allah SWT di mana satu hari apabila saya mati saya akan dihisab. Guys, saya tidaklah meminta lebih cuma doakan yang baik dan saya minta kalian bermodalkan 5 minit sahaja. Jika ada masalah, 2 rakaat minta dengan Allah itu sahaja, jangan harapkan makhluk. Maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun, sebab yang menggerakkan kita Dia jugak. Insha Allah hati tenang pasti jumpa solusi
PERKONGSIAN YANG BAIK
Apa yang dikongsikan oleh penyanyi ini sememangnya boleh dijadikan satu cermin di dalam kehidupan kita. Harus pandai meminta kemaafan bila berbuat salah, dan orang yang memaafkan itu semestinya jiwa mereka akan lebih tenang. Sebagai umat Islam pula sudah menjadi tanggungjawab kita untuk beriman kepada Allah SWT dan menjadikanNya tempat kita meminta. Jika ada sebarang masalah tunaikan solat solat. Seperti yang tertulis dalam surah Al-Baqarah ayat 45, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan menunaikan solat.
Malaysia sememangnya merupakan sebuah destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang menjanjikan pengalaman luar biasa kepada pengunjungnya, sama ada dari dalam mahupun luar negara.
Baru-baru ini, pelantun lagu Levitating dan ikon fesyen dari Great Britain, Dua Lipa juga telah mengangkat Malaysia sebagai destinasi paling menarik yang pernah dilawati olehnya.
Menerusi hantaran satu klip di platform TikTok, ia memaparkan wawancara dalam talian bersama Dua Lipa. Apabila disoal manakah tempat yang paling menarik pernah dilawati oleh Dua, dia tanpa diduga menjawab Kuala Lumpur, Malaysia.
“Saya telah pergi ke banyak tempat tapi saya benar-benar sukakan Kuala Lumpur. Saya pergi ke sebuah tokong di sana dan ia amat menakjubkan,” katanya.
Tokong yang dimaksudkan oleh Dua ini adalah Tokong Thean Hou Temple yang bertempat di Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur.
Tambahnya lagi, setiap kali dia mengunjungi negara-negara di benua Asia bagi menjayakan jelajah konsert, dia akan dijanjikan dengan pengalaman menakjubkan yang digemarinya hingga ke hari ini.
Terdahulu, Dua Lipa pernah bertandang ke KL Live, Malaysia bagi menganjurkan konsert Dua Lipa Live In Kuala Lumpur pada Februari 2018. Malah sebelum itu, Dua menjadi sebahagian daripada penghibur di festival Good Vibes 2017 bertempat di Gohtong Jaya, Genting Highland.
Konsert Dua Lipa Live In Kuala Lumpur 2018.Aksi satu jam Dua Lipa di Good Vibes Festival 2017.
“Dia sebut Malaysia!”
Sudah pastinya, peminat tempatan Dua Lipa amat berbangga terutama apabila nama Malaysia disebut.
Iyalah, siapa sahaja tidak tumpang bangga apabila seorang pemenang anugerah Grammy’s seperti Dua Lupa memuji negaranya.
REMAJA pernah melaporkan mengenai perasaan Dua Lipa tentang impak golongan troll dalam dunia maya terhadap kerjaya serta kesihatan mentalnya.